"ENCIK Ismail!" Nafeesa menyapa Ismail dengan teruja apabila dia mendapati bahawa kereta hitam berjenama Mercedes, iaitu Mercedes Benz C200, merupakan kereta yang dipandu oleh Ismail. Bukan kerana jenama kereta yang dia teruja, tetapi..
"Encik pandai bawa kereta?!" Soal Nafeesa setelah dia memasuki ruang kereta milik Ismail itu.
"Eh mestilah. Macam mana saya nak pergi kerja hari-hari kalau saya tak reti bawa kereta?"
Nafeesa angkat kening sebelah. "LRT, Grab, teksi, Pemandu." Segala cara yang boleh digunakan oleh Ismail disenaraikan.
Ismail ketawa kecil. "Okay, okay. Ye, saya reti bawa kereta. Kenapa? Ada masalah ke? Awak tak yakin dengan saya bawa kereta?"
Nafeesa sengih. "Tak ada lah. Selama ni kan saya yang drive."
"Oh wait, haahlah. Kenapa saya yang kena bawa Encik Ismail pergi dating sedangkan Encik Ismail ada kereta lawo macam ni dan pandai pandu kereta sendiri?"
Ismail diam tidak menjawab. Tak sangka Nafeesa sebenarnya banyak bercakap orangnya. Yalah, masa dia ajak berbual semalam, langsung berat mulut nak bukanya. Macam simpan emas dalam tu.
Melihatkan Ismail yang terdiam lama itu membuatkan Nafeesa memandang curiga ke arah lelaki itu. "Encik nak uji awek-awek tu ke? Sebab tu tak pakai kereta cantik ni masa kali pertama keluar bersama-sama?" Nafeesa cuba serkap jarang.
Ismail tertawa kuat mendengar tuduhan yang diberikan oleh Nafeesa sehingga sakit perut dia menahan rasa geli.
"Awak ni banyak tengok sosial media lah, Nafeesa." Tawanya bersambung lagi.
"Bukan eh?" Nafeesa garu pipi. Dia jadi malu sendiri.
Ismail mengerling ke arah Nafeesa dari pantulan cahaya milik cermin pandang belakangnya. Dia tersenyum sendiri.
"Saya saja nak tambah pendapatan awak. Lagipun, awak antara yang terawal sertai Pemandu ni, kan?"
Nafeesa terkebil-kebil pandang Ismail. "Macam mana Encik Ismail tahu?!"
"Saya tahulah." Ismail tidak menjawab, malah sengaja menambahkan rasa ingin tahu dalam hati Nafeesa dengan senyumannya yang tertahan-tahan itu.
Nafeesa merenung tajam ke arah kerusi pemandu. Kemudian telefon pintarnya dikeluarkan dari beg silangnya sebelum maklumat tentang Ismail dicarinya. Orang perempuan selalunya memang handal bab-bab mencari ni. Percayalah.
"Okay, kita dah sampai." Kereta hitam itu berhenti di hadapan bangunan besar. Banyak kereta lain yang sudah sedia terparkir di ruang parkir itu. Hanya tinggal beberapa sahaja lagi ruang kosong yang tersedia untuk dipenuhkan oleh tetamu yang lain.
"Haaa?!"
Terhinjut bahu Ismail gara-gara terkejut mendengar Nafeesa yang menarik nafasnya dengan kuat. "Apa tu yang terkejut sangat tengok telefon awak tu?" Berkerut dahi ismail apabila fokus Nafeesa hanya pada skrin telefonnya yang bernyala itu.
Perlahan-lahan Nafeesa pandang Ismail dengan riak wajah tidak percayanya. Lelaki berkulit kuning langsat yang berkemeja kasual berwarna hijau, sepadan dengan warna blaus yang dipakainya, dipandang atas bawah. Dia baru sahaja menyedari bahawa warna pakaian mereka sama.
"Kenapa warna baju kita sama ni?!" Kelam-kabut, Nafeesa bertanya.
Ismail hampir sahaja tersenyum melihat keadaan Nafeesa yang gelabah itu. "Kenapa ni? Apa yang buat awak gelabah ni, Nafeesa?" Soalnya lembut dengan senyumannya yang manis.
"Encik Ismail tak pernah kata pun yang Encik ni owner syarikat Pemandu. Lepas tu, boleh pula Encik yang famous ni ajak saya, rakyat biasa-biasa ni, pergi hari keluarga sekolah Inara."
"Habislah saya." Nafeesa seakan-akan kemurungan.
Laju Ismail buka pintu kereta dan melutut di hadapan Nafeesa. Risau bila Nafeesa kelihatan agak murung selepas mengetahui identitinya itu. Serba-salah pun ada pada Nafeesa. Adakah dia telah memperdaya wanita muda itu dengan tidak sengaja?
"Erm, Nafeesa, saya minta maaf." Ismail jadi mati kata. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat sekarang ini. Jadi dia hanya pandang Nafeesa yang menundukkan kepala itu lama, berharap agar gadis itu membalas pandangannya. Apa yang perlu dia buat sekarang ni?
YOU ARE READING
Smile!
RomanceTentang Ismail, Inara dan Nafeesa yang menjadi satu keluarga demi merasa bahagia.