OH tidak, habislah dia nanti akan jadi wanita yang paling terkenal di pejabat Ismail dan menjadi bualan ramai orang. Nanti ramai yang nak berfoto dengannya. Sudahlah dia itu sejenis pemalu... lah sangat−
Ismail menghela nafas buat kali keempat apabila isterinya dihentikan oleh seorang lagi pekerjanya yang ingin bergambar dengan isterinya yang cantik itu. Boleh ingatkan dia semula tak bagaimana perkara sebegini terjadi?
Pagi Isnin itu, dia bangun dikejutkan oleh Nafeesa yang kelihatannya sudah selesai mandi dan bersedia untuk menunaikan solat fardu Subuh. Kemudian setelah dia bangun, membersihkan diri dan mengimamkan solat, Nafeesa pula hilang dari bilik sementara dia bersiap untuk memakai baju formalnya. Kemudian mereka menikmati sarapan pagi mereka dengan mi goreng basah yang dimasak oleh Nafeesa di meja makan. Selesai makan, mereka menghantar Inara ke taska. Beberapa momen antara ibu dan anak itu terlayar di minda. Inara tampak gembira sangat sehinggakan pulang juga ingin dijemput dengan Nafeesa bersamanya. Sesampainya mereka di ibu pejabat, dia dan Nafeesa berjalan bersampingan sebelum mereka disapa oleh salah seorang sepupunya yang merupakan anak kepada Mak Cik Asmah. Sepupunya mempunyai pejabat di tingkat dua bangunan yang sama. Sudah kalau Mak Cik Asmah seorang yang banyak mulut, anaknya juga tentulah sama. Pengusaha butik ternama, Fitri Kaseh, yang merupakan sepupunya itu tidak jemu memuji kecantikan isterinya itu dan mengajak atau lebih kepada memujuk isterinya untuk menjadi model pakaian jenamanya sehinggakan Nafeesa sudah pasrah dan mengatakan bahawa dia akan mencuba tanpa bertanyakan pendapatnya terlebih dahulu. Kaseh pula apa lagi? Dicanang pula tentang hal itu pada orang sekelilingnya bahawa Nafeesa bakal menjadi model yang bakal meningkatkan kelarisan jualannya. Maka, beberapa pekerjanya yang turut merupakan penyokong setia butik terkenal milik sepupunya itu terus mengambil peluang untuk bergambar dengan isterinya tanpa mereka tahu bahawa wanita yang mereka kerumuni itu merupakan isteri kepada bos besar mereka sehinggalah mula timbul rasa sesal kerana membawa isterinya itu kemari. Tempoh hari dapatlah dia menolak cadangan Mak Cik Asmah. Tapi dah kalau tuan badan sendiri yang lagi kuat memujuk sudah mari, memang tak terdayalah isterinya hendak menolak.
End of flashback yang teramat panjang.
"Fuh! Encik Smile," panggil Nafeesa kala mereka akhirnya memasuki bilik pejabat milik Ismail. Kelihatan plat nama Ismail yang menunjukkan status Ismail sebagai chief executive officer di syarikat Pemandu Holdings Sedirian Berhad itu.
Ismail sekadar mengerling sekilas sembari menutup rapat pintu bilik pejabatnya. Baru masuk kerja dia sudah rasa nak pulang ke rumah. Tak pernah-pernah selama dia masuk alam bekerja ini dia ingin pulang ke rumah sebelum jam 12 tengah hari. Mestilah dia pernah ada keinginan untuk pulang sebelum jam 5 petang. Tetapi hari ini, buat pertama kalinya sebelum waktu tengah hari masuk, dia sudah terasa ingin pulang ke rumah dan meluangkan masa dengan isterinya. Inikah yang para suami rasakan apabila mereka baru berkahwin dengan isteri mereka. Dia tertanya-tanya kerana ini merupakan kali pertama dia merasakan sebegini rupa meskipun dia merupakan seorang duda.
"Encik Ismaiiiill." Meleret suara Nafeesa memanggil Ismail yang mengelamun di hadapan pintu sehinggakan dia panggil lelaki itu berkali-kali pun tidak lelaki itu sedari.
Ismail mengawal riak wajahnya yang sebenarnya tersentak dari lamunan. Dia terus mendorong Nafeesa ke arah sofa panjangnya yang empuk dan mendudukkan isterinya di situ. Kedua-dua belah tangannya memegang bahu kanan dan kiri Nafeesa. Wajah jelita itu ditenung dalam. "Ini baru canang jadi model si Kaseh. Itupun sudah ramai yang berkerumun. Cuba kalau bagitahu yang dia ni isteri aku, mahunya tak cukup tangan nak melayan orang nak ambil tahu pasal dia." Ismail membebel dengan suaranya yang perlahan. Dia tak sedar meskipun nada suaranya itu rendah, deria mendengar Nafeesa mampu menangkap setiap butir kata yang dituturkan olehnya dengan jelas.
"Saya okay je kalau awak nak rahsiakan status saya sampai bila-bila." Nafeesa senyum lebar.
"No way. You're my wife, silly. Mestilah saya akan bagitahu satu Malaysia dengan bangganya bahawa saya merupakan suami awak, Nafeesa." Laju Ismail membalas. Mata Nafeesa kelihatan membulat. Barangkali kerana Ismail menyebut 'satu Malaysia' dalam kata-katanya tadi. Entah-entah 'satu Malaysia' pun tak teringin nak ambil tahu hal rumah tangga awak, Ismail oi.
"Semestinya bila awak dah bersedia, Nafeesa." Ismail menambah. Dan Nafeesa hanya membalas dengan mengukir senyum kecil dan mengangguk kepalanya tanda berpuas hati dengan janji Ismail itu. Ismail kemudian bangkit menuju ke arah mejanya untuk dia mula melakukan tugasnya. "Awak teman saya kerja, okay? Nanti kita makan tengah hari sama-sama dan balik awal."
"Balik awal?" Nafeesa hairan. Bos pun suka balik awal, ya?
"Ha'ah. Saya tak nak awak bosan. Dan saya rasa saya masih dalam mood kahwin lagilah. Jom pergi dating." Tanpa segan Ismail mengajak.
Nafeesa mula bercekak pinggang. "Amboi, kerja tak nak. Tapi dating nak. Tak boleh! Orang lain sibuk bekerja, susah payah nak bagi syarikat jalan, awak pula sedap-sedap nak pergi date. Duduk sini. Buat kerja macam orang lain. Saya teman sampai awak selesai." Tegas Nafeesa berkata-kata.
Bekerja itu merupakan satu ibadah kerana kita berusaha untuk mencari rezeki yang halal di sisi agama dan tidak berputus asa dengan rahmat Allah sebagai pemberi rezeki. Kenapa kita kena kerja kalau Allah tetap akan beri rezeki kepada kita? Benar. Rezeki memang ada di mana-mana sahaja. Tetapi keberkatannya perlu dicari. Contohnya, seorang pekerja yang mengular ketika bekerja tetap mendapat gajinya di akhir bulan. Tetapi berkatkah wang yang didapati olehnya itu sedangkan kerjanya tidak diselesaikan dengan bagus dan dia tidak mematuhi waktu bekerjanya? Apa-apa pekerjaan yang dilakukan selagi halal dan dilaksanakan dengan baik, Insya-Allah gajinya juga berkat dan halal.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ
Maksudnya: "Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama."
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (9890) dan
al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)Ismail menyimpan senyumnya. Pertama kali dia lihat wajah garang isterinya. Selama ini kalau garang dengan dia pun sekadar garang yang dibuat-buat apabila dia mengusik isterinya itu. Tetapi kali ini perempuan cantiknya itu benar-benar serius dan bertegas dengannya tentang hal yang satu ini. Meskipun dia bos, yang paling atas di syarikat ini, ada isteri yang lagi tinggi dari pangkatnya. Ismail tahan dari melepas tawa kecil. Ini rupanya yang orang panggil GTB atau nama penuhnya Geng Takut Bini. Namun lainnya dia, dia bukan takutkan Nafeesa. Tetapi dia hormatkan isterinya itu dan sayangkan wanita itu serta suka dengan cadangan yang diberikan kepadanya itu iaitu Nafeesa akan menemaninya sehingga jam 5 petang.
Ismail mengamit Nafeesa agar isterinya itu mendekat. Nafeesa mengatur langkah mendekati meja Ismail. "Kenapa?" Soalnya ingin tahu sebab Ismail memanggilnya.
"Awak duduklah depan saya ni. Boleh saya cuci mata sambil buat kerja. Boleh, kan?" Ismail meminta dengan sopan.
Nafeesa menjeling kerusi empuk yang menghadap ke arah Ismail itu. Nafas dihela perlahan sebelum dia mengambil tempat di hadapan suaminya itu. "Dah. Buatlah kerja awak tu," suruh Nafeesa sambil mengeluarkan barang-barangannya dari dalam beg dan diletakkan di atas meja Ismail.
Ismail senyum kecil sebelum dia menumpukan perhatiannya pada skrin komputer dan dokumen penting yang memerlukan perhatiannya yang diberikan oleh pembantu peribadinya sebelum dia memasuki bilik pejabatnya awal tadi. Di syarikat ini, hanya pembantu peribadinya dan beberapa orang penting yang lain sahaja tahu bahawa dia sudah berkahwin dengan Nafeesa lebih kurang dua minggu yang lalu. Nafeesa belum mahu terkenal 'satu Malaysia' lagi. Cukuplah terkenal dalam kalangan ahli keluarga Ismail sahaja meskipun Ismail sudah pun dikenali oleh satu kampung mak cik Nafeesa. Agak berat sebelah, bukan? Tetapi kehendak isteri, pastilah sang suami akan ikuti selagi ia tidak memberi kesan buruk kepada mereka.
YOU ARE READING
Smile!
RomanceTentang Ismail, Inara dan Nafeesa yang menjadi satu keluarga demi merasa bahagia.