Bab 23

11 3 0
                                    


Nafeesa mendekati Ismail yang sedang leka menonton drama yang terpapar di televisyen. Sekilas Nafeesa menganalisa barisan pelakon drama tersebut. Oh...

"Cantik juga kan, pelakon Lily tu?" Nafeesa mengambil tempat di hujung kiri sofa manakala Ismail berada di hujung kanan sofa. Nafeesa dapat merasakan renungan Ismail terhadapnya buat seketika waktu sebelum lelaki itu menghadap ke arah skrin televisyen semula.

"Biasa je," respon Ismail.

"Isteri saya lagi cantik by the way." Ismail tersengih.

"Isteri yang mana satu?" Laju mulut Nafeesa mengeluarkan pertanyaan itu tanpa sempat akal warasnya menahan.

"What do you mean?" Tegang. Suara Ismail serta pandangannya pada Nafeesa ketika itu menggerunkan.

"What do you mean by that, Nafeesa?" Sekali lagi Ismail melontarkan soalan yang sama menimbulkan kekacauan dalam perut Nafeesa. Gerun. Kecut perut. Tetapi wajah wanita itu kekal dengan riak tenangnya.

"Betullah. Awak ada dua isteri, kan?" Nafeesa melawan.

Ismail meraup wajahnya. Kakinya dibawa naik ke atas sofa dan dia duduk bersila. Tangan kekarnya mencapai Nafeesa yang berada di hujung kiri sofa sana dan ditarik merapatinya sehinggakan tiada lagi sisa ruang sofa di antara mereka.

Sesak. Itu yang Nafeesa rasa berada di dalam renungan tajam Ismail.

"I've got only one wife and one ex-wife. And my only one wife is you, Nafeesa. There's no one other than you apparently. Sorry to disappoint."

"And how many ex-girlfriends do you have?!" Terlepas lagi ayat yang ditahan sejak siang tadi keluar dari mulutnya. Ismail terdiam. Cuba mencerna soalan yang diberikan oleh Nafeesa dan cuba mencari dan mengaitkan soalan yang diberikan oleh isterinya itu dengan punca isterinya berkelakuan sebegini pada malam ini. Namun diam Ismail dianggap terkedu oleh Nafeesa. Dia menganggap bahawa Ismail tidak tahu hendak membalas apa kerana terkejut apabila dia menyebut tentang hal yang disimpan rapi oleh lelaki itu selama ini.

"Banyak, kan?"

"Saya dah pernah beritahu sebelum ini, kan?" Wajah dan suara yang tegang tadi mengendur apabila dia tetap tidak jumpa punca angin Nafeesa tidak berapa elok pada malam ini.

Nafeesa senyum kelat. "Saya pun fikir yang awak dah beritahu semua. Tapi awak pilih untuk tinggalkan satu cerita daripada saya. Kenapa? Masih sayang? Kalau sayang kenapa tak ajak dia kahwin sebelum ni? Kenapa perlu menagih simpati saya? Kenapa saya? Saya ni nampak mudah ke di mata awak, Ismail?!" Tidak semena-mena suaranya meninggi. Nafeesa menekup mulutnya yang lancang berkata-kata itu. Nafasnya jadi tidak sekata.

Ismail terkedu. Terkejut apabila Nafeesa yang periang selama ini mampu meninggi suara seperti tadi. Dia masih tidak faham dengan konteks yang dibicarakan oleh isterinya sebentar tadi tetapi tetap hatinya tergores dengan tanggapan Nafeesa terhadapnya.

"Nafeesa­-" Tangan Ismail tergantung di udara apabila Nafeesa menjauhkan dirinya ketika dia ingin menyentuh bahu isterinya itu.

"Saya minta maaf sebab naik suara." Dingin suara Nafeesa kala berkata itu sebelum dia bangkit dari duduknya lalu mendaki tangga menuju ke kamar tidur mereka.

Pagi itu Ismail bangun dari tidurnya tanpa Nafeesa di sisi. Mereka tidur sebilik dan sekatil malam tadi. Namun bayang dan kehangatan Nafeesa sudah hilang sejak dia mencelikkan mata pada pagi keesokan harinya.

Ismail mencapai telefon pintarnya di meja sisi. Ada satu mesej dari Nafeesa yang dihantar pada 5.45 pagi tadi berkata 'saya keluar' dan itu sahaja tanpa dimaklumkan ke mana, atas urusan apa. Kini matanya naik melihat waktu di sudut kanan skrin telefon. 6.30 pagi. Bermakna sudah hampir sejam Nafeesa keluar meninggalkan kediaman mereka. Adakah wanita muda itu sudah meninggalkan dia dan tidak akan kembali lagi? Terdetik soalan itu di benaknya namun cepat-cepat dia beristighfar. Isterinya bukan orang yang seperti itu. Ismail meraup wajahnya.

Pintu bilik dibuka dari luar. Ismail menyangka bahawa Inara yang memasuki biliknya tetapi rupanya bukan. Nafeesa ada di depannya. Masih memakai pakaian yang dipakai untuk tidur semalam tetapi kini bersama tudung sarung di kepala.

Ismail tidak tahu untuk berkata apa. Pergi mana tadi? Buat apa? Kenapa awak marah semalam? Saya ada buat salah ke? Kesemua soalan itu tersangkut di celah kerongkongnya. Tidak berjaya untuk keluar. Oleh itu, dia sekadar memerhatikan langkah Nafeesa yang mendekati meja soleknya. Segala perilaku kecil, gerak tangan dan pernafasan isterinya itu diperhatikan olehnya tanpa bunyi.

"Awak dah Subuh ke belum?" Nafeesa bertanya apabila mata suaminya tidak lekang dari memandangnya. Dia lihat sejadah tadi masih tergantung seperti semalam di atas ampaian. Maka, dia meneka bahawa lelaki itu baru sahaja bangun dari tidurnya dan masih belum menunaikan solat fardu Subuh.

"Belum."

Nafeesa lihat jam skrin telefonnya. "Bangunlah solat cepat. Dah nak hujung waktu dah ni. Saya dah solat dekat RnR tadi."

Ismail terus melakukan apa yang Nafeesa suruh dan menghilangkan diri di sebalik pintu tandas.

Nafeesa menghela nafas panjang. Berat rasa serba-salah yang menyarat di dalam hatinya saat ini. Dia tidak patut tinggi suara dan menuduh suaminya melulu tanpa sebarang bukti. Sepatutnya duduk berbincang secara tenang lebih baik dan bukannya secara beremosi seperti semalam. Sekarang lihatlah, baik Nafeesa ataupun Ismail, dua-dua tidak berani untuk melontarkan kata kerana bimbang akan membuat pihak yang lagi satu terasa hati.

Kalau tak boleh cakap, mesej. Nafeesa menasihati dirinya. Oleh itu, dia mula mencapai telefon pintarnya dan menaip mesej yang ingin dihantar kepada Ismail.

You

- Tadi saya keluar hantar kawan saya, Yana, ke lapangan terbang untuk ke Jepun hari ini.

- Dia minta tolong saya hantarkan sebab ahli keluarga dia tinggal jauh dari dia.

- Saya minta maaf sebab tak minta izin untuk keluar tadi.

- Dan

'Dan saya minta maaf kerana tiba-tiba sahaja melenting malam tadi'. Itu yang Nafeesa rancang untuk tulis sebelum dia memadamkan semula ayat tersebut. Dia belum lagi mahu menyentuh isu semalam. Wajahnya diraup perlahan. Tidak lama kemudian, Ismail keluar dari tandas. Dia, mahupun lelaki itu, tidak membuka suara sehinggalah dia melihat Ismail mengangkat takbir barulah dia melangkah masuk ke dalam tandas untuk membersihkan dirinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Smile!Where stories live. Discover now