PULANG dari percutian yang serba ringkas itu, mereka terus ke rumah Nafeesa untuk memindahkan barang-barang peribadi wanita muda itu ke rumah yang didiami oleh Ismail dan Inara.
Fokus Nafeesa yang sedang menyusun koleksi tudungnya ke dalam almari yang bakal dia kongsi bersama Ismail terganggu apabila terasa bahunya ditepuk dari sisi. Toleh kanan dan ada Inara yang sedang menunggu dia beri perhatian kepada si kecil itu.
"Ya, sayang?" Dengan lembut Nafeesa menyapa sambil tangan mengelus rambut si comel.
Esok awak hantar saya ke sekolah, boleh? Dengan papa.
Nafeesa senyum. Dia mengangguk. "Boleh, sayang."
Baju Nafeesa ditarik lagi. Ada yang ingin dia luahkan tetapi dia malu.
"Ya, sayang?"
Inara bermain-main dengan jari-jemarinya.
Ismail masuk ke dalam ruang kamar dan perhatiannya terus tertumpu pada dua orang penting dalam hidupnya kini. "Kenapa ni?" Aksi Inara yang sedang kelihatan segan itu menimbulkan rasa ingin tahunya.
Nafeesa diam. Fokusnya hanya pada Inara.
"Oh, saya rasa saya tahu kenapa." Nafeesa toleh Ismail yang mendekati mereka. Gerak laku Ismail diperhatikan olehnya.
Bahu Inara ditepuk agar perhatian si kecil itu beralih ke arahnya. Inara nak panggil Nafeesa mama, kan?
Laju mata Nafeesa memandang Inara bagi memastikan apa yang ditanyakan oleh Ismail itu benar atau tidak. Dan ya, Inara mengangguk menyebabkan pipi Nafeesa menghangat malu.
Berkali-kali ibu tiri kepada Inara itu menganggukkan kepalanya sebelum dia menarik Inara masuk ke dalam pelukannya. "Boleh, sayang. Boleh sangat-sangat," ucap Nafeesa dengan perasaan sebak menyelubungi diri.
"Esok awak ikut saya pergi pejabat sekali, ya?" Soal Ismail setelah suasana kembali ceria. Inara dengan hatinya yang gembira itu terus menuju ke biliknya untuk menyiapkan baju yang hendak dipakai olehnya pada hari esok. Sambil itu Ismail membantu isterinya memasukkan baju ke dalam almari dengan kemas dan teratur.
"Aik? Kenapa saya kena ikut Encik Smile ke kantor pula? Tak mahulah. Saya ni pemalu orangnya. Lagipun esok saya kerja. Mahu cari uang buat sara diri."
Tak.
Tak pasal-pasal dahi Nafeesa dijentik halus oleh Ismail mendengarkan jawapan balas dari Nafeesa. Wajah tidak bersalah isterinya direnung tajam.
"Adoii! Sakitlah!" Nafeesa memuncung. Dahinya digosok perlahan dengan tangan. Dia memandang Ismail dengan pandangan yang cukup tidak puas hati. "Awak ni kenapa, Encik Smile?"
Ismail mengeluh perlahan. Urusan kemas-mengemas ditinggalkan. Dia menarik kedua belah tangan Nafeesa dan membawa isterinya duduk di birai katil.
"Awak tengah mengelamun eh, Nafeesa?"
"Hah? Apa Encik Smile merepek ni?"
"Ha tu lah. Orang dah suruh panggil abang, dia nak juga panggil Encik Smile. Tengok-tengok dia jadi lupa diri pula yang dia tu isteri kita dan kita ni suami dia."
Nafeesa diam dan cuba untuk tersengih tidak bersalah.
"Ha tu, tengok tu."
"Siapa saya, Nafeesa?"
"Syed Ismail bin Syed Halim."
"Dan siapa Syed Ismail bin Syed Halim pada awak sekarang?"
"Suami."
"Jadi suami atau isteri yang perlu cari duit untuk sara isteri?"
Nafeesa diam sekejap. Baru dia tahu yang Ismail sedang bengang dengan kata-kata yang diungkap olehnya awal tadi. "Suami...?" Takut-takut Nafeesa hendak menjawab.
"Pandai!" Ismail menepuk tangan secara sarkastik. Dia kurang suka dan masih tidak puas hati dengan cara Nafeesa menganggap urusan menanggung keperluan isteri itu bukan urusannya. Dia rasa seperti perkahwinan ini semata-mata untuk Nafeesa diberikan gelaran ibu dan seorang isteri dan dia pula mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
"Saya tahu awak bersetuju kahwin dengan saya ni bukan kerana cinta awak pada saya. Saya tahu apa yang awak buat kebanyakannya untuk kebaikan Inara. Tapi tak bermaksud saya tak akan melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang 'suami'. Kalau saya nak penjaga untuk Inara aka pengasuh, baik saya upah sahaja orang mana-mana. Tapi bukan, Nafeesa. Awak berkahwin dengan saya dan secara automatiknya awak menjadi tanggungan dan keutamaan saya. Orang penting dalam hidup saya. Kita bukan sekadar rakan serumah, rakan sebilik. Jauh sekali orang asing. Awak kena ingat tu." Panjang Ismail berleter pada Nafeesa dengan cara yang paling lembut sekali. Dia tidak mahu kata-katanya itu menggores perasaan isterinya itu.
Nafeesa menggaru pipinya. Air mukanya jelas menunjukkan bahawa dia sedang merasa serba salah dengan apa yang telah terjadi. Baru dia sedar akan silapnya. Tak tahu pula sekiranya ini merupakan isu yang sensitif dan Ismail menitik beratkan hal ini. 'Haish! Itulah kau, Nafeesa kan dah kena marah,' bisiknya perlahan.
"Erm, awak. Saya minta maaf sebab buat awak marah dan terasa hati." Nafeesa takut-takut mencapai tangan kanan Ismail lalu dikucupnya kekura tangan lelaki yang bergelar suami itu sebagai tanda dia benar-benar menyesal akan tindakannya dan ucapan maafnya itu ikhlas luhur dari hati.
Ismail hela nafas perlahan. Serba-salah pula apabila reaksi yang diberikan oleh Nafeesa adalah sebegini. Tapi bukan dia sengaja nak marah dan membebel panjang. Dia mahu Nafeesa sedar dan tahu bahawa perkahwinan mereka itu benar. Hubungan antara mereka itu benar. Bukannya olok-olok semata-mata ingin menjaga dan mencurahkan kasih sayang kepada Inara sahaja.
"Tak mengapalah. Kali ini saya maafkan awak. Kalau awak buat lagi, nanti saya fikir cara lain untuk marah awak sebab awak ni degil sangat." Ismail melepaskan tautan tangan mereka dan tangannya naik mengepit hidup Nafeesa separa kuat bagi melepaskan geram yang terbuku di dalam hati.
"Oww ow!' Nafeesa mengaduh kesakitan. Sebaik sahaja tangan Ismail menjauh dari hidungnya yang mula memerah itu, terus dia menghadiahkan cubitan yang kuat pada lengan lelaki itu. Dan lelaki itu pula yang menahan kesakitan yang dirasa. "Padan muka. Tahu tak sakit dikepit hidung ni." Isteri kepada Ismail itu menggosok hidungnya yang telah menjadi mangsa kekejaman seorang lelaki yang bernama Syed Ismail.
Ismail angguk kepala sambil dia juga menggosok bahagian lengannya yang mula meninggalkan bekas cubitan oleh Nafeesa tadi. "Tahu. Tapi itulah ubat untuk orang yang degil macam awak ni."
Nafeesa menjeling tajam. Namun bibirnya terketap rapat tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Hendak melawan tak boleh kerana apa yang Ismail katakan itu benar. Dia yang degil. Itu sahajalah ubatnya. Memang padanlah dengan muka dia.
"Jadi esok awak ikut saya ke pejabat ya?" Ismail membuka kembali topik asal.
"Alaa perlu ke saya ke sana?"
"Perlu."
"Kenapa?" Berkerut dahi Nafeesa tidak faham tujuan Ismail ingin membawanya ke pejabat lelaki itu. Bukannya dia ada urusan di sana pun.
"Ada dua sebab." Ismail menunjukkan dua jarinya. "Pertama, sebab saya nak perkenalkan awak kepada para pekerja saya dan status awak untuk memudahkan urusan kalau ada apa-apa hal yang terjadi di hari akan datang. Kedua dan yang paling penting, sebab saya nak berkepit dengan awaklah. Kan saya pernah kata yang lepas kahwin saya akan pastikan awak ada di mana sahaja saya berada." Ismail senyum senget sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.
"Seriuslah!" Nafeesa terjerit tak percaya sebelum Ismail menyambut soalannya dengan tawa yang besar.
"Ish, awak ni betul-betullah!" Nafeesa memukul badan Ismail.
"Betul-betullah ni."
"Oh tidaaakkkk." Terbuntang luas mata Nafeesa apabila dia mula terbayang hari-hari seterusnya yang akan dia jalani. Dimana-mana sahaja dengan Ismail dan ayat flirtynya yang sungguh cringe. Oh tidak, habislah dia!
YOU ARE READING
Smile!
RomanceTentang Ismail, Inara dan Nafeesa yang menjadi satu keluarga demi merasa bahagia.