Bab 3

12 4 0
                                    


"SIKEEE! Ingat saya kisah? Mantap, duda kaya, muda dan hot ada anak perempuan ni ajak saya pergi family day anak dia kat sekolah! Mari kita jumpa Inara." Nafeesa angkat kepalanya dengan senyuman lebar dan tawanya yang tertahan apabila terlihat wajah resah gelisah milik Ismail.

"Ciskek betul." Ismail ketuk kepala Nafeesa perlahan dek geram sebelum dia tersenyum sendiri.

"Eh Encik Ismail ni, apa sentuh-sentuh anak dara orang ni? Haram tahu, haram." Nafeesa menyapu bahagian tudungnya yang mengenai tangan Ismail tadi.

"Diam, saya malu ni." Ismail berjalan di hadapan Nafeesa menuju ke arah pintu masuk sekolah anaknya. Sudahlah dia gelabah biawak tadi, lepastu, boleh pulak dipanggil duda hot dan kaya oleh gadis yang bernama Nafeesa itu? Hampir merah padam wajah dia saat ini. Kedengaran suara Nafeesa ketawa terbahak-bahak dari arah belakangnya.

Ismail mengebam bibirnya, menahan tawa dari ikut terlepas sama. Aduhai, sabar ajelah bila hati dimainkan oleh gadis itu.

Oh ya, hari keluarga sekolah Inara ini dijalankan bersama-sama dengan hari sukan sekolah. Maka, tiada alasanlah untuk ibu bapa kepada pelajar di sekolah ini tidak hadir pada hari ini.

"Ha, tu Inara!" Susuk tubuh Inara yang sedang berada di garisan permulaan dilihatnya dari jauh. Serentak, Inara memandang ke arahnya kembali. Wajah si kecil itu bercahaya tatkala terlihat dia yang sedang berada di belakang Ismail. Pantas tangan kecil itu melambai ke arahnya dengan senyuman lebar yang penuh dengan keterujaan dalam diri.

"Comelnya anak Encik Ismail ni." Puji Nafeesa.

Ismail senyum nipis. "Wajah dia ada iras-iras ibu dia sikit."

Terdiam Nafeesa mendengar balasan Ismail. "Oh, sorry Encik Ismail." Perlahan suaranya menuturkan kata maaf. Nafeesa bimbang sekiranya dia tanpa sengaja telah menyinggung perasaan Ismail dengan mengingatkan Ismail tentang bekas isterinya.

Ismail tertawa kecil. "Kenapa awak minta maaf pula ni?"

Nafeesa diam tidak menjawab. Dia tidak tahu bagaimana hendak membaca hati Ismail kala ini kerana lelaki itu tidak kelihatan terkesan langsung apabila membicarakan soal bekas isterinya itu. Tidak sedihkah dia? Tidak terkilankah dia? Ataupun, tidak terasa hatikah Ismail pada dia kerana dia seakan-akan tidak menjaga hati lelaki itu?

"Heii, are you okay, Nafeesa?" Ismail petik jarinya dihadapan wajah Nafeesa. Boleh pula gadis itu termenung jauh.

Nafeesa tersentak. Lekas-lekas dia meraup wajahnya. Hidup tak boleh fikir negatif, Nafeesa. Lebih baik bertanya daripada tersesat jalan.

"Encik Ismail okay?"

"Okay je. Kenapa?"

"Sebab saya dah buat Encik Ismail teringat kat bekas isteri Encik Ismail..?"

Ismail melepas tawanya lagi.

"Ya Allah... saya okay je lah pasal tu. Yang saya tak okay sekarang ni bila awak tak habis-habis panggil saya 'Encik Ismail'. Ismail saja sudahlah. En. Cik. Is. Ma. Il. Itukan dah lima suku kata. Panjang tu."

Nafeesa mencebik lalu menggelengkan kepalanya. "No. No. No. Kita ni bukan level kawan-kawan ya Encik Ismail. Encik Ismail ni big boss saya. Formalities are needed. Tapi..." Nafeesa tersenyum penuh makna.

"Tapi apa?" Hairan dengan perkataan 'tapi' yang ditambah oleh Nafeesa.

"Tapi kalau Encik Ismail kesian dekat saya yang kena panggil Encik Ismail dengan lima suku kata, Encik Ismail perlu izinkan saya panggil Encik Ismail dengan nama lain." Sengaja Nafeesa sebutkan banyak kali 'Encik Ismail' dalam kata-katanya biar Ismail rasa jengkel.

"Nama apa?" Berkerut muka Ismail. Lebih-lebih lagi dengan namanya yang diulang-ulang beberapa kali dalam satu ayat yang sama itu.

"Encik... Smile!" Nafeesa tepuk tangannya bersungguh-sungguh setelah mengucapkan nama gelaran barunya untuk Ismail. Dia agak bangga dengan dirinya itu. Manakala wajah Ismail pula sudah macam ayam berak kapur sahaja mendengar nama gelaran barunya itu. Terpaksalah dia merelakan gelaran itu diguna oleh Nafeesa apabila gadis itu tampak gembira sebegini rupa.





kumpul sini siapa yang nak saya sambung tulis cerita ni. gue perlukan motivasi huhu.

Smile!Where stories live. Discover now