"OH, Inara nak buku mewarna ni?" Nafeesa membelek buku mewarna yang dihulurkan tadi oleh Inara kepadanya.
Inara mengangguk dengan wajah terujanya. Mereka kini sedang berada di kedai buku di pusat membeli-belah. Berdua sahaja kali ini tanpa Ismail memandangkan lelaki itu mempunyai kerja yang perlu diselesaikan olehnya di pagi Sabtu yang indah ini.
"Okay, nanti mama bayar."
Inara sengih suka. Mereka menjelajahi setiap ruang kedai buku tersebut beberapa minit sebelum Nafeesa membayar barang-barangan yang dipilih olehnya dan Inara di kaunter menggunakan kad kredit yang diberikan oleh Ismail sebelum mereka keluar rumah tadi. Nanti kalau tak pakai karang, mahunya encik suami dia tanya tak belanja apa ke hari ni dan semestinya isu tanggung dan sara akan dibebel lagi seperti ketika dia bersemangat ingin bekerja untuk 'mencari wang sara diri' tempoh hari.
Ting! Deringan notifikasi telefon kedengaran membuatkan langkah Nafeesa terhenti untuk memeriksa gerangan yang menghantar pesanan kepadanya. Langkah Inara juga terhenti sama. Perilaku Nafeesa yang menghidupkan skrin telefon diperhati.
En. Smile
- Have you finish your shopping yet?
- Nanti balik rumah terus atau ada nak pergi mana-mana lagi?
You
- Dah habis dah.
- Rasa macam nak gerak balik je terus. Tak ada nak pergi mana-mana.
- Oh, mungkin ada nak singgah kafe tempat kawan saya kerja sekejap kut.
- Dah lama tak jumpa dia.
En. Smile
- Kawan lelaki ke perempuan?
Nafeesa menyembunyikan senyumannya yang hampir kelihatan.
En. Smile
- ??
- Is it man or woman, Mrs Wife?
Terburai tawa Nafeesa apabila Ismail laju membanjiri ruangan mesej mereka dengan desakan agar dia memberitahu jantina kawannya itu. Terasa seperti tangannya ditarik membuatkan dia mengalihkan perhatiannya daripada skrin telefonnya.
"Ya, sayang." Nafeesa bertinggung agar paras matanya sama dengan Inara.
Kenapa mama ketawa?
Soalan Inara membuatkan dia ingin ketawa sekali lagi apabila teringatkan sebab dia ingin ketawa tadi.
Papa awaklah.
Kepala Inara senget sedikit ke kanan. Matanya terkelip-kelip tidak faham. Kenapa dengan papanya?
Nafeesa mencubit pipi Inara geram. "Eee comelnya awakk."
Tiba-tiba telefonnya berdering tanda ada satu panggilan masuk
En. Smile is calling...
Tanpa lengah dia menyambungkan talian mereka sambil tangan kirinya bermain dengan jari-jemari kecil Inara.
"Yes, Mr Husband?" Nafeesa terus menyapa Ismail di hujung talian.
"Lelaki atau perempuan, Nafeesa?" Tanpa banyak soal, Ismail terus bertanya soalan sama yang ditanyakan olehnya di dalam ruangan mesejnya bersama isterinya tadi. Terlepas tawa Nafeesa sekali lagi.
"Ya Allah, Encik Smile. Perempuanlah! Nama kawan saya tu Yana."
Ismail diam sejenak di hujung talian.
"Encik Smile?"
"Hello? Awak?"
"Hm. Okay." Akhirnya kedengaran suara Ismail di sebalik talian selepas beberapa minit diam.
Senyuman nakal mula menghiasi wajah Nafeesa. "Awak cemburu yaa..."
"Kalau ya pun kenapa?"
Kini Nafeesa pula terdiam dengan respon Ismail. Tak sangka pula Ismail tidak menidakkan serkap jarangnya.
"Erm. Tak ada apa-apa. Saya saja je tanya. Okaylah, bye!"
"Hei-" Talian terus dimatikan oleh Nafeesa tanpa sempat Ismail berkata apa. Mata Nafeesa bertentang dengan milik Inara.
Tangan Inara naik menyentuh pipi Nafeesa. Terasa bahang membuak keluar dari kawasan itu.
Pipi mama merah.
Nafeesa terkedu. Tangannya naik menyentuh wajah sendiri. Hangat. Sudah semestinya merah seperti yang dikatakan oleh Inara tadi.
"Inara?"
Tidak semena-mena, ada satu suara asing menegur Inara dari belakang Nafeesa. Terus Nafeesa berdiri lalu toleh ke belakang bagi mengenal pasti identiti yang menyapa Inara itu tadi. Dahinya timbul satu kerutan apabila muncul satu wajah yang kelihatan seperti dia pernah lihat, tetapi dia tidak ingat di mana.
"Hai!" Perempuan yang kini berhadapan dengan Nafeesa mula menyapa Nafeesa pula apabila kehadiran Nafeesa disedari olehnya.
"This is Inara, right? Ismail's daughter?" Perempuan itu bertanyakan soal Inara kepada Nafeesa sementelah dia tahu bahawa Inara tidak mampu mendengarinya dan dia pula tidak tahu berbahasa isyarat.
Nafeesa ragu-ragu menganggukkan kepalanya. Inara pula kelihatan seperti takut-takut dan mula menyembunyikan diri di belakang Nafeesa dan menjadikan Nafeesa sebagai pelindungnya. Muncul satu rasa tidak senang dalam hati Nafeesa melihatkan reaksi Inara yang sebegitu rupa terhadap perempuan yang sedang berada di hadapan mereka itu. Pasti ada yang tidak kena dengan perempuan ni, desis hatinya. Namun begitu, Nafeesa tetap menganggukkan kepalanya tanda mengeyakan telahan perempuan itu.
"And you pula babysitter dia, correct?"
Kali ini tidak sempat Nafeesa menidakkan telahan yang dibuat oleh perempuan yang kelihatan agak angkuh itu apabila perempuan itu dulu-dulu menepuk tangannya tanda meluahkan rasa hatinya yang gembira mendapat tahu tentang 'berita' yang satu ini.
"Haha! Akhirnya Ismail tetap juga buat apa yang I suruh dulu. I guess you still tak boleh lupakan I, kan? Very well." Perempuan itu mula bercakap seorang diri sebelum dia kembali menoleh ke arah Nafeesa semula.
Kalau tidak kerana adab dan nama yang perlu dijaga, sudah lama dia angkat kaki tinggalkan minah yang dah serupa tak betul ni. Inara pun nampak macam takut-takut aje dengan minah senget ni.
"Hai, salam perkenalan. Nama I Lily. Yep, Lily yang pelakon tu. That's me." Lily menghulurkan tangannya pada Nafeesa untuk bersalaman dengan perempuan yang difikirnya penjaga kepada Inara. Oh, patutlah Nafeesa rasa macam kenal muka Lily ni. Mungkin dia pernah ternampak muka Lily ni dekat TV sebelum ni. Nafeesa mengangguk sekali kepalanya tanda menerima huluran salam perkenalan yang diberikan oleh Lily tadi.
"Dan I juga teman wanita bos you. Well, bekas teman wanita sebenarnya tapi siapa kisah? I akan dapat semula title teman wanita tu semula tak lama lagi jadi tak ada beza pun." Lily menjongketkan bahunya dengan senyuman senang hati manakala Nafeesa di tempatnya serasa seperti tidak enak diperut dan ditekaknya. Sebaik boleh dia mengawal air mukanya agar tidak kelihatan seperti orang yang nak memulakan pergaduhan tarik tudung di tengah-tengah pusat membeli-belah itu. Lagi pula, genggaman erat tangan kecil Inara pada tangan kirinya sedikit-sebanyak memberi semangat dan kekuatan dalam dirinya untuk berlaku tidak endah dalam situasi ini.
Nafeesa menyambut huluran tangan Lily itu bersama senyuman nipisnya. "Nafeesa." Singkat, dia mengenalkan dirinya pada Lily tanpa memberitahu atau membetulkan tanggapan Lily terhadapnya. Bekas teman wanita? Bekas teman wanita yang ramai-ramai sebelum Ismail berjumpa dengannya atau bekas teman wanita sebelum lelaki itu berkahwin dengan Athirah? Kerana sekiranya tentang yang ramai-ramai itu, dia sudah tahu, tetapi yang sebelum berkahwin dengan Athirah dia tidak pernah tahu kewujudannya. Ismail pula tiada nak ringan mulut bercerita kepadanya. Adakah kerana lelaki itu merasakan perkara itu tidak penting atau ada perkara lain yang lelaki itu simpan dari pengetahuannya? Nafeesa berteka-teki di dalam hati.
YOU ARE READING
Smile!
RomanceTentang Ismail, Inara dan Nafeesa yang menjadi satu keluarga demi merasa bahagia.