Bab 1

210 11 1
                                    

Alhamdulillah! Aku sangat gembira! Aku dapat sambung belajar di Universiti Malaya! Impianku untuk sambung belajar di Sepanyol tapi tak ada rezeki kan ... Tak apa , aku tak kesah , asalkan dapat buat mak ayah gembira. Kali pertama aku di Universiti ini aku rasa macam sudah dewasa , walaupun umur baru 24 tahun semua orang ingatkan aku dah kahwin sebab aku nampak tinggi dan seperti dah berpunya. Hari ini aku sarungkan baju kurung yang tak nampak kampung sangat tapi bila dilihat memang baju kurung. Adinda Rose Binti Ibrahim. Itu namaku. Biasanya orang panggil aku Rose sebab katanya zaman dah moden , tak sesuai dengan nama Adinda , tapi aku tak pernah kesah orang nak panggil aku apa , cuma tak pernah lagi orang panggil aku dengan nama Adinda , mungkin dah masuk U ni ada orang panggil aku Adinda? Mungkin.

" Rose ! " Aku menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggil aku itu . Alya. Kawan baikku sejak darjah 5 lagi , dia sahaja kawan yang setia dengan aku.
" Eh , Alya ! " Aku menjerit sedikit dan berlari ke arah dia untuk peluk dia , maklumlah... Lama tak jumpa minah gosip ni. " Lamanya tak jumpa ! Rindu kauuu " kata alya sambil memeluk aku . " Kan , tak sangka kita masih berkawan sampai sekarang kan." Kata ku dan meleraikan pelukan itu , ughh rasa nak nangis! " Mestilah ! Kau kan kawan baik aku , dan dekat 20 tahun kita kawan " kata alya sambil pegang tangan aku . Dah masuk Universiti ni aku masih boleh duduk sebelah dengan dia . Haih dah memang jodoh agaknya...

Kami berjalan untuk ke kelas sambil bergosip. " Macam mana dengan ex boyprend kau tu? Kau kata dia macam obses dengan kau. Dia kacau kau lagi tak? " Tanya Alya . Aku mengeluh sikit sebab nak fikirkan pasal ex memang buat sakit kepala .

Setiap malam datang rumah. Macam mana lah dia tahu aku dah ada rumah sendiri. Kalau ikutkan setiap malam dia datang tapi sekarang dia dah jarang kacau aku . Sambung belajar jugak kot. " Entah lah weh , malas nak fikir. Sekarang dah jarang dia kacau aku . Baguslah jugak kan , aku ni pon nak cuba fokus bila dah masuk U ni " ujarku sambil memandang ke hadapan . " Aku rasa kau kene kahwin lah weh " ujar Alya dengan selamba nya dia suruh aku kahwin . Eh minah ni . Pikir senang ke nak kahwin ? Ada ke lelaki nak kat aku?
" Amboiii , ingat senang ke nak kahwin ni? Ada ke lelaki nak kat aku ni? "
" Mestilah ada ! Kau kan lawa , cantik , flawless , semualah " katanya

Kami sudah sampai di kelas dan ingin duduk di tempat duduk .

" Weh kau nampak tak mamat belakang kita tu " alya mencuit lengan aku untuk lihat orang yang dia ceritakan itu
" Mana? " Balasku dengan menoleh ke belakang dan tak pedulikan pensyarah di hadapan sedang mengajar itu .

" Student yang pandang belakang tu usha siapa? " tiba-tiba ada suara yang dapat didengar satu dewan . Pensyarah aku. Ya Allah malunya......

Laju-laju aku berdiri dan membalas
" T-tak ada sesiapa tuan " tergagap-gagap aku membalas, alya tengah tahan gelak. Eii perempuan itu tunggulah nanti
" What's your name miss?" pensyarah aku membalas... Ya Allah aku nk kalau bab-bab perkenalkan diri ni... demi Allah lemahh .

" Hi. Saya , Adinda Rose Binti Ibrahim " aku cuba tenangkan diri dan act cool gituww
" Hmmm such a nice name , okay you can sit down and please focus on my class " balas pensyarah aku itu , amboiii nak usha aku ke? Aku kembali fokus dalam kelas

" Cantik nama Adinda"

CINTA PALSU ADINDA ROSE | ADELRSYH Where stories live. Discover now