hi awok ! Bab 3 ni rumit sikit ye. Kalau ada sebarang kesilapan, harap maaf ye awok ! Kalau tak paham tu... Cuba lah fahamkan.
HAVE FUN !Habis sahaja kelas untuk hari ini... Fuhh penat! Tak apa lah... Kali pertama , lama lama biasa lah ni.
Alya sudah balik ke hostel dia,sebab dia malas nak balik rumah mak ayah dia. Aku memutuskan untuk balik ke rumahku sendiri. Sudah lama tak balik rumah tu. Sebelum masuk universiti ni duduk dengan mummy dengan daddy. Rindu katanya. Ikut je lah.
Perjalanan ke rumahku hanya naik grab. Ye lah, ada ke orang nak hantarkan aku ni? Tengok bayang pun belum tentu nyah.
Sampai sahaja di depan rumah aku itu aku mengeluarkan kunci rumah dan buka kunci. Bukan sahaja pagar rumah itu ada suara garau menegur aku. Suara yang cukup dikenali.
" Hai sayang. " Dia memandang ke arah aku dengan pandangan yang menjijikkan. Senyuman sinis yang buatkan aku nak muntah tengok. Ya. Ex boyfriend aku. Muhammad Firdaus. Dah lama dia hilang. Sebelum ini selalu datang sini sebab nak kacau aku. Sekarang dia datang kembali.
" Siapa sayang kau? " Balasku. Tidak menunjukkan perasaan terkejut sebab aku tak takut dengan dia. Berani dia sentuh aku, bola dia aku hilangkan.
" You tak rindu I ke sayang? " Soalnya dengan muka mintak penumbuk. Nak sahaja aku tumbuk muka dia sampai ke langit.
" Rindu? Aku harap kau mampos je terus. Tak menyusahkan hidup aku" balasku tanpa memandang ke arah dia. Jijik. Jijik dengan manusia tak ada maruah diri. Sekali tengok muka dia, mual aku dibuatnya
" Aww jangan jadi rude sangat sayang... I tahu you rindu I " Dia cuba untuk menyentuh tangan aku.
Aku menepis kuat tangan dia lalu memberikan penampar dekat dia. Hambek kauuu. Merah pipi dia selepas kene penampar padu dengan aku. I've told ya , berani sentuh aku mendapat lah kau.
" You jangan menyesal dengan apa yang you buat ni sayang " Balas dia selepas kene penampar dengan aku. Dia memalingkan wajahnya ke arah aku dan memandang tajam ke arah aku.
" Eik? Menyesal? What do you mean 'menyesal'? , For what aku nak menyesal ? Kau nak bunuh aku? " Balasku selamba. Tak kesah apa dia nak buat kat aku , sebab aku tahu dia tak berani dengan manusia macam aku. Aku pernah bagi penumbuk besar ke dia sebab curang dengan aku. Takkanlah kene lagi kan?
" Just wait sayang..." Dia senyum sinis ke arah aku dan berlalu pergi dari rumah aku.
Aku mencebik ke arah dia. Eiii mamat ni, fikir aku takut ke apa? Badan dah lah tak sado. Erghhh
Aku masuk ke dalam rumah lalu kunci pintu dengan rapat. Ye lah mana lah tahu tiba-tiba dia datang balik , bukak pintu ni ke apa.
'Prangggg' bunyi sesuatu jatuh di dapur. Eh? Aku bela kucing ke? Aku berlalu ke dapur sambil memegang kayu hoki untuk memukul orang. Kene rompak ke?
Aku masuk ke dapur. Belum sempat untuk aku toleh, ada seseorang sudah menekup muka aku dengan kain yang agak basah. Aku pening. Aku percaya kain itu ada klorofin yang boleh buatkan aku pengsan. Tapi... Kenapa aku jadi mangsa?
3:51am 14/8/23
done bab 3! Have fun !
YOU ARE READING
CINTA PALSU ADINDA ROSE | ADELRSYH
RomanceCerita mereka bermula dari suatu kejadian " Saya , Adinda Rose Binti Ibrahim" Wanita yang cantik lagi berseri tetapi mulut yang agak murai " Cantik nama Adinda " Lelaki yang pemurah, berbudi bahasa dan berasal dari Perancis yang sangat digemari tet...