Bab 6

77 5 0
                                    

Bab 6 sudah. Eh kalau tak suka tak yah baca ye . Sekian.

   "'

Mana lah grab ni oi!! Lambatnya... Hari dah lah hujan. Dah lah aku sorang-sorang dekat sini. Alah nak balik rumah.... Rengek aku dalam hati. Nak bawak kereta sendiri tapi tak reti. Grab ni pulak lama. Haih...

Masih lagi menunggu grab tapi dapat aku rasakan ada orang memerhatikan aku dari jauh. Nak kata makcik kat sebelah aku ni mungkin ye. Cuma menyeramkan sedikit. Macam akan ada benda buruk berlaku.

Aku pandang ke kiri dan kanan , mana lah tahu memang ada orang tengok aku dari jauh ke. Tempat ni sunyi. Macam tak ada orang. Alah grab ni pun satu.

Kereta Audi R8 yang mulanya laju tiba-tiba perlahan. Berhenti betul-betul di hadapan aku. Eh. Nak ambil aku ke? Nak kata daddy macam tak,sebab daddy tak ada kereta Audi.

Tingkap dibuka. Jeng jeng jeng! Ya. Dia lagi.

" Come in " arahannya. Amboi . Memang tak lah.

" Tak apa lah , saya dah order grab " balasku . Langsung tidak memandang muka dia yang penuh palsu itu.

" Come. In. Ke awak nak saya dukung awak masuk kereta? " Balasnya lagi. Ha sudah. Disebabkan tak nak kene dukung dengan dia aku masuk kereta.

Aku masuk ke perut kereta bahagian belakang. Apa? Ingat aku nak duduk sebelah dia? Heh. 

Pintu kereta dikunci dengan cepat sebelum aku ingin membuka pintu. Aku pandang ke arah dia. Eh dia ni nak tumpang kan aku ke tak ni?

" Depan " Satu perkataan sahaja dah buat aku menggigil.

Aku perlahan-lahan membuka pintu bahagian depan. Ya. Sebelah dia. Nak buat macam mana , tak pasal pasal muka aku berkecai nanti.

" Good girl " dua perkataan yang cukup... Menjijikkan. Wajahnya tidak pandang ke arah aku sedikit pun. Seram lah mamat ni.

Kereta mula laju berjalan di jalan raya. Sunyi. Aku cuba nak tanya dia , siapa dia? Kenapa dia tolong aku? Aku dah lah maki hamun dia. Alahai mamat ni mesti minta perhatian je.

" Awak siapa sebenarnya? Kenapa tolong saya? " Akhirnya. Aku memecahkan keheningan itu.

" Fateih Al-Iman. Kenapa? Tak boleh ke saya nak tolong? Kalau saya tak tolong, awak dah kene culik dah tadi " jawabnya . ' Kene culik '? hairan dengan dia ni kadang-kadang

" Islam rupanya... " balasku selamba. Ingatkan bukan Islam . Haritu aku nampak dia bukan main ada perempuan peluk tangan dia. Tengok wajah dia pun orang tak boleh nak syak dia ni Islam. Haih... Manusia.

" Apa maksud awak ' kene culik '? " tanya aku lagi. Ayat tu macam ada kene mengene dengan apa yang aku rasa tadi. Ada orang perhatikan aku.

" nothing ." Satu. Sahaja. Eh mamat ni. Dia ni siapa sebenarnya?

" Je vais prendre soin de toi, ne t'inquiète pas , cher " ujarnya lagi. Apa dia ni? Dia cakap bahasa Perancis ni fikir aku faham ke?

" Saya tak faham apa awak cakap tapi saya tahu itu bahasa Perancis. " Itu sahaja aku mampu balas. Dia maki aku ke? Entah lah.

Eh dah sampai? Mana dia tahu rumah aku? 

" Dah sampai kan. Turun lah. Nak ikut saya balik ke? " tanya dia. Selamba dia je cakap macam tu. Eh aku hantar kau kat kubur baru tahu kau.

Tapi... Mana dia tahu rumah aku?
" M- mana awak tahu rumah saya? "
Tanya aku. Pelik lah dia ni. Stalker aku ke apa dia ni?

" Tak penting. Nak turun ke tak ni? " Dia ni memang nak aku kelar leher dia baru dia nak bagitahu ke ?

" Ish sabarlah ! " jeling aku. Akhirnya aku keluar dari kereta itu.

Aku masuk ke rumah baru dia berlalu pergi dari sini. Malas lah nak blushing. Lagipun aku tahu dia ni poyo. Nak perhatian perempuan je. Talam.

Eh lah . Dah habis. Tak sweet sangat. Sad ending ke happy eh?
🤔

#wattpad
#CPAR

ADELRSYH

CINTA PALSU ADINDA ROSE | ADELRSYH Where stories live. Discover now