bab 11

83 3 0
                                    

YA ALLAH ! SORRY ! TADI SILAP JALAN CERITA 😭 LUPA PULAK YANG ADINDA BAWAK KERETA TU. SORRY !  So Adel akan buat chapter baru untuk bab 11. Walaupun memenatkan tapi demi readers. ENJOY ! SORRY SEKALI LAGI!

Penat! Penat yang teramat. Mata ini dah rasa tak boleh nak tahan lagi. Dah macam orang tahan mati. Allahuakbar. Parti ini masih lagi berjalan dan lama lagi nak habis. Ya Allah bantulah hamba mu ini ya Allah.

" Adinda? You look tired. Nak balik ke? Saya hantarkan " tanya Fateih.

" Tak apa , tak sopan lah kalau balik awal " jawabku

" Rose, baliklah . Rose pun nampak penat sangat. Balik ye sayang?" Tanya mummy. Bukan apa tapi ini memang prinsip hidup aku.

" Rose balik sendiri " aku bangun dari tempat duduk untuk berlalu pergi tetapi daddy menghalang.

" Eh, biarlah Fateih hantarkan. " halang daddy. Tak nak lah!

" Tak apa lah daddy , Rose boleh balik sendiri " jawabku lagi. Demi Tuhan aku tak nak dia hantarkan aku balik.

" Adinda Rose Binti Ibrahim. " Fuh nama panjang aku disebut daddy. Memang sangat menakutkan kalau seorang ayah sudah sebut nama panjang kita.

" Haihhh ye lah , tapi Rose nak pergi tandas sekejap " terpaksa!

" Saya tunggu awak di parking kereta ya? " tanya Fateih. Acah cool lah kau.

Aku hanya mengangguk dan berlalu pergi.

'''

Sunyi. Eh mane mamat ni. Tadi sibuk nak hantarkan orang , ini dia pula yang menghilang.

Aku menjenguk ke arah kereta aku. Tiada sesiapa. Ting! Aku dapat idea. Aku bergegas masuk ke dalam kereta aku. Jangan tanya bagaimana aku dapat kunci. Daddy ada berikan aku kunci spare untuk aku , dan satu lagi untuk Fateih. Untuk ' bakal menantu ' katanya.

Jadi aku balik sendirian. Alhamdulillah! Selamat aku dari dunia tadi! Laju kereta Mercedes benz di jalan raya. Laju-laju sebab mana lah tahu ada orang ikut dari belakang ke? Kan?

Sedang aku memandu kereta itu , baru aku sedar wangian di kereta aku ini berbeza. Seperti bau minyak wangi lelaki ! Cukup aku kenal. Tapi di mana ya?

" Laju-laju nanti accident macam mana sayang? " jeng jeng jeng! Ya. Fateih Al-Iman.

Aku tak dapat nak jenguk ke belakang. Ye lah kalau aku jenguk kelaut kereta ni. Aku tengok dia dari cermin kereta. Fuhh cukup memikat hati! Dia membuka blazer nya dan hanya memakai baju kemeja putih , butang di buka hingga menampakkan dada dan memakai seluar jeans hitamnya. Rambut blonde berserabai tapi cukup memikat hati perempuan di luar sana. Kecuali aku.

" M-macam mana awak-" tak sempat aku berkata dia sudah memotong.

" How? Not your business. " jawabnya.

Eh gila.

" Tak malu ke? Saya nak balik rumah saya, bukan balik rumah daddy. "
Selamba aku je cakap sebab aku memang berani.

" Tak boleh ke? Saya nak tengok juga dalam rumah awak macam mana. "

Huh? Dia ni belajar agama ke tidak? Masuk rumah perempuan. Berdua-duaan pula itu?!

Aku menjengukkan kepala aku kebelakang dan menjeling dia.

Dia sinis ke arah aku.

" Watch out young lady " normal dan biasa sahaja dia cakap, tahu tahu ada Hilux hampir langgar aku.

Aku cepat cepat memusingkan stereng ke kiri dan stabil kan keadaan.

Hampir gugur jantung aku melihat ada kereta Hilux laju ke arah aku tadi. Aku melepaskan nafas dengan kuat dan memberhentikan kereta di sebelah jalan raya. Sesudah itu aku memegang dada aku dan menutup mata sambil mengucap.

Pintu kereta di sebelah aku diketuk. Aku membuka tingkap.

" Keluar. Biar saya drive. " arahnya ke aku. Kali ni aku setuju dengan dia kerana aku masih belajar memandu jadi agak berisiko kalau aku yang bawa.

Aku keluar dari perut kereta dan pergi ke bahagian tempat duduk di sebelahnya.

Laju kereta Mercedes benz itu berlalu. Sunyi. Sejak kejadian tadi kami sunyi bagai musuh. Lama kelamaan aku jadi sangat penat dan aku terlena di dalam kereta.

'''

Hi! Sorry lambat update! Busy sangat! Harap korang suka, bye!

#CPAR
#WATTPAD

ADELRSYH






CINTA PALSU ADINDA ROSE | ADELRSYH Where stories live. Discover now