Hi para readers ! Adel nak minta maaf kalau ada sebarang typo atau perkataan atau ayat dan lain-lain. Enjoy !
•|•
Usai makan malam aku terus masuk ke bilik. Fateih tidak dapat sertai makan malam tadi. Dia ada kerja katanya, dia masih berkurung dalam bilik sekarang.
Aku masuk ke bilik lewat sedikit. Sebab habis sahaja makan malam tengok TV. Nak sambung tengok kdrama True Beauty . Maklumlah tengok kdrama kat Netflix sampai lupa nak tidur. Solat isya' pun solat di bilik tetamu.
Jam menunjukkan pukul 12malam. Harap tak bertekak dengan Fateih sebab lewat masuk bilik. Takut je dia bunuh aku dalam bilik tu. Ha baru langkah separuh dah kena hadap parang, tak sempat mengucap.
Aku menutup TV dan lampu lalu terus lari ke tingkat atas. Biasalah, takut gelap.
Pintu bilik dikuak. Baa! Hampir luruh jantung aku melihat Fateih betul-betul berada di hadapan pintu.
Wajahnya nampak beku. Tajam mata Hazel nya menusuk ke mata aku. Dah mula lah nak bertekak ni.Laju tangan aku ditarik ke dalam bilik. Badan aku ditolak ke dinding, tangan aku digenggam erat dan dilekatkan di dinding untuk mengunci pergerakan aku. Weh apa ni?!
" Pergi mana sayang? " tak sempat aku mahu bertekak , Fateih sudah menghalang.
Gugup aku jadinya dengar nada marah Fateih.
" T-tadi saya tengok TV "
" Hm? Tengok TV sampai lupa aku ke? " tangan aku makin digenggam lebih erat. Matanya menusuk mata aku. Menusuk hingga ke kalbu. Tibe.
" Ish awak ni! Saya nak tengok Cha Eun Woo saya. Salah ke? " sengaja aku membalas. Apa? Cha Eun Woo lagi handsome dari dia.
" Apa Cha? "
" Ishh Cha Eun Woo lah! Dia lagi handsome dari awak tau. Lebih baik saya sambung je episod akhir tadi dari layan awak. Dah,Lepaskan saya! "
" Oh. Lagi handsome dari aku? " makin dekat jarak kami. Senyuman nakal dikeluarkan. Nak mundur tapi dah lekat kat dinding. Parah!
Aku menoleh muka aku ke tepi. Tak nak lah aku bercium dengan dia. Lagi-lagi dengan jarak macam ni.
" Look at me , sayang " tangannya menolehkan muka aku tepat pada mukanya. Kedua tangan aku digenggam ke atas dengan satu tangan sahaja.
" Tes lèvres sont si belles. Je veux t'embrasser, chérie "
Bahasa Perancis di keluarkan. Matanya tepat pada bibirku. Tolonglah... tangan aku dah lenguh ni.
" A-awak tangan saya dah lenguh ni. Lepaslah saya. " muka acah merayu . Tapi memang merayu. Penat sangat dah ni.
Tangan aku dilepaskan. Aku cepat-cepat menolehkan badan aku. Semput aku dibuatnya. Rasa macam mati hidup balik.
" by the way, you look beautiful without a hijab " wah.
Kelakar.
" Oh awak nak cakap saya nampak buruk lah pakai tudung? " mata dijeling ke atas. Menyampah!
" Tak. you don't wear a hijab more makes me attracted to you, but you look more pretty with hijab , Sayang."
YOU ARE READING
CINTA PALSU ADINDA ROSE | ADELRSYH
RomanceCerita mereka bermula dari suatu kejadian " Saya , Adinda Rose Binti Ibrahim" Wanita yang cantik lagi berseri tetapi mulut yang agak murai " Cantik nama Adinda " Lelaki yang pemurah, berbudi bahasa dan berasal dari Perancis yang sangat digemari tet...