Hi ! Kalau baca jangan lupa vote ! Kalau ada sebarang masalah, cakap dekat comment ye ! Enjoy !
''
Aku dah macam manusia tidak berperasaan. Hidup aku rasa sunyi. Alya sahaja tahu perasaan aku. Sudah seminggu aku tak datang class. Alasan sakit. Hari ini aku akan datang ke Universiti dengan wajah kosong. Ya Allah macam mana aku nak hadap Fateih dalam class nanti...
Selangkah aku masuk ke dalam Universiti. Dari riuh jadi sunyi. Semua orang pandang aku lain semacam. Dah kenapa? Aku buruk sangat ke? Aku tak kesah dengan semua itu. Aku hanya meneruskan perjalanan aku untuk ke class .
Tempat yang jadi tempat riuh perempuan-perempuan yang selalu usha Fateih itu sudah sunyi... First time.
Bukk ! Ada seseorang menepis bahu aku dengan kuat hingga aku tersungkur ke lantai. Bila aku angkat kepala , ramai perempuan di sekeliling aku. Perempuan yang menepis tangan aku tadi ialah perempuan yang aku pernah nampak dia peluk lengan Fateih. Dia lah yang paling beria. Tak silap namanya Miya.
" you ni memang tak tahu malu eh? " Miya bercakap kat aku sambil jari memegang rambut perang nya itu.
Aku hanya diam dan berdiri. Membetulkan posisi aku dan penampilan aku. Yang penting awning tudung bawal aku betulkan.
Miya menarik kasar tangan aku
" You memang nak mati kan? Berani you rampas Fateih dari I ! " Zapp tamparan kuat hinggap ke muka aku hingga kepala aku terpaling ke kiri.
" Dia i punya ! Dia sendiri cakap dia sayang I ! Lepastu tiba-tiba dia cakap dia tunang you ?! " Dia menaikkan tangan untuk tampar aku lagi sekali tapi aku sempat tahan tangannya yang keding itu.
" Eh perempuan. Kau dengar sini. Aku pun tak ingin lah dengan cinta hati kau tu. Kau nak ambil dia? Ambil lah ! Janji kau tak kacau hidup aku. " aku lemparkan tangan dia kebawah dengan kasar. Biar dia rasa sikit , tu baru sikit.
" Adinda Rose! " suara garau memecahkan pergaduhan antara aku dan Miya si pikmi tu.
Fateih .
" Sayang tengok dia tampar I !!! " Rengek Miya ke Fateih. Lah , aku tampar dia ke?
" shut up , stupid " hanya 3 perkataan buatkan semua orang terkejut. Mereka pernah di ship semua orang . Katanya sweet couple . Jijik aku dengar.
" You come with me " arah Fateih lalu menarik tangan aku . Meronta-ronta aku untuk dilepaskan , namun dia lebih kuat.
""
" Anak daddy ! " suara yang aku rindu. Yang sudah 5 bulan tak balik .
" Daddy !!! " aku lari dan peluk daddy erat-erat.
" how's your day ? " tanya daddy
" good ! " satu perkataan sahaja. Walaupun aku menipu . Ya Allah berdosa nya aku !
" Rose okay ke dengan Fateih ? " soalan kbat ni weh. Demi Tuhan aku tak tahu nak jawab apa. Aku hanya terdiam dan pandang lantai. Senyuman yang terukir di mulutku kembali muram.
" It's okay , Rose. Take your time " selepas sahaja daddy cakap begitu terus daddy berlalu pergi ke bilik. Tetapi ianya kedengaran kecewa. Adakah jika aku tidak memilih Fateih untuk hidup aku , aku akan buat mummy dan daddy kecewa dengan aku? Salahkah aku?
""
Malam ini , di hotel daddy ada parti makan malam sempena kepulangan Datuk Ibrahim. Ayah aku tu. Tak tahu nak rasa apa , sebab Fateih juga di jemput untuk ke parti tersebut sebagai... Tunang aku. Ya Fateih sudah digelar tunang aku. Sepanjang masa aku perlu berdua dengan dia , hanya sebab 'tunang' . Cumanya aku akan berpisah dengan dia seketika di malam ini sebab aku akan melaksanakan persembahan nyanyian.
Malam ini aku bertema hitam , tetapi nampak elegan. Dress yang dipakai tidak nampak gah sangat itu sangat cantik !
Usai keluar dari kereta , Fateih sedang menunggu aku di depan pintu masuk ballroom hotel.
" You look so stunning, ma femme " pujinya. Dia juga kelihatan kacak malam ini. Cuma aku malas nak puji dia balik
" thanks " satu sahaja
Kami jalan berdua dan masuk ke dalam ballroom itu. Semua mata memandang kami. Lagu " All of me " dibuka. Ada vibe macam nak kahwin. Padahal kami akan berkahwin bulan depan. Senyuman terukir senyuman terpaksa. Aku cuba mengerling sedikit ke arah Fateih , wajahnya beku seperti biasa. Tiada perasaan. Wajah berperasaan nya akan muncul jika ada orang yang menegur dia dengan cara baik.
Hi ! Sambungan akan sambung di bab 10 ! Agaknya apa yang Fateih cakap dekat Adinda haritu eh 🤔
Enjoy !#wattpad
#CPARADELRSYH
YOU ARE READING
CINTA PALSU ADINDA ROSE | ADELRSYH
RomanceCerita mereka bermula dari suatu kejadian " Saya , Adinda Rose Binti Ibrahim" Wanita yang cantik lagi berseri tetapi mulut yang agak murai " Cantik nama Adinda " Lelaki yang pemurah, berbudi bahasa dan berasal dari Perancis yang sangat digemari tet...