Hi ! Sorry saya unpublished... sebab ada masalah sedikit . Btw saya rasa nak letak nama Alya jadi Alya Natasya. Okay kan? Enjoy!
'''
Hari ini Alya mengajak aku ke mall. Nak shopping katanya... Aku pun ikut sahaja disebabkan aku ada barang yang perlu di beli. Tanpa aku sedar minggu depan aku akan bergelar isteri Fateih Al-Iman. Nervous.
" Weh aku nak pergi popular , kau nak ikut tak? " tanya aku. Aku ini memang ulat buku. Semua jenis buku kalau boleh aku nak borong.
" Jom "
Kami melangkah masuk ke popular. Banyak betul pilihan buku yang ada di sini. Sedapnya cuci mata ! Aku melangkah ke sudut novel. Manakala Alya ke sudut pen. Dia itu memang suka menulis, nak suruh dia jadi penulis novel. Lambat lagi.
" Adinda ? " suara lelaki yang agak aku kenali menegur aku. Aku memusingkan badan aku . Moward? Khalif? Apa dia orang buat kat sini? Setahu aku dia orang tak suka baca buku. Mungkin cari barang tulis kot.
" Eh Moward, Khalif! Lama tak jumpa ! Kau orang cari barang tulis ke kat sini? " tanya aku sedikit teruja. Sungguh aku sudah lama tidak berjumpa dengan mereka. Kali terakhir aku berjumpa dengan mereka 3 bulan lepas sewaktu parti makan malam itu.
" Tak adalah kita orang cari tayar " selamba Khalif membalas. Perangai tak berubah !
" Mana yang lain? " maksud aku yang lain itu mesti lah kroni yang perempuan dalam group ' Ghostbusters ' ini.
" Kitaorang je , yang lain semua ada hal. Nana dah tunang Dafiq , Nia sambung belajar dekat UK , Zahra dah ada syarikat , Ainnor Alhamdulillah dah lahirkan anak kedua , anak Nazmi, Mai pula baru je kahwin dengan kekasih dia " jawab Moward. Ya Allah aku tak tahu pun Ainnor dah ada anak. Aku turut gembira dengan berita tersebut. Mereka semua sudah berjaya dan berkerjaya.
" Alhamdulillah... " Jawabku lega.
" Weh Rose! Jom ba- " Kata-kata Alya terbehenti melihat Moward dan Khalif berdiri di hadapan aku. Alya takut dengan dia orang ke?
" Ace... " Perkataan 'ace' dikeluarkan di mulut Alya. Ace?
" Siapa ace? My name is Moward. Salah orang ni "
Lihat dari wajah kelat Alya, dia nampak tak suka dengan Moward dan Khalif. Dia orang kenal ke?
" Oh , betul lah... Salah orang " Alya sengih terpaksa. Apa hubungan mereka ni?
" Weh Rose jom bayar " ajak Alya sambil menarik tangan aku.
Aku hanya akur dan jalan beriringan dengan Alya. Habis sahaja kami bayar tiada lagi kelibat Moward dan Khalif.
Sekelip mata sahaja.
Alya menarik tangan aku laju dan keluar dari kedai itu. Dia macam takut dengan Moward dan Khalif.
" kau kenal ke dia orang tadi? " akhirnya aku memecahkan keheningan.
" Hm? Tak. Tadi tu salah orang. Muka sama dengan orang yang aku kenal, kawan kau ke tadi? "
" Ya. Dah lama dah aku kawan dengan dia orang. Asal kau nampak macam takut je? " soalku penuh misteri. Tengok dari muka dia tadi ada rasa macam nak marah, nangis , takut.
" Tak lah. Aku... Sakit perut. Ha aku sakit perut tadi. " Walaupun aku agak tidak percaya dengan kata-kata dia tapi mungkin dia benar. Aku hanya perlu fikir positif.
" Betul eh? " Soalku double check.
" yee betul "
Akhirnya aku percaya.
YOU ARE READING
CINTA PALSU ADINDA ROSE | ADELRSYH
RomanceCerita mereka bermula dari suatu kejadian " Saya , Adinda Rose Binti Ibrahim" Wanita yang cantik lagi berseri tetapi mulut yang agak murai " Cantik nama Adinda " Lelaki yang pemurah, berbudi bahasa dan berasal dari Perancis yang sangat digemari tet...