" Weh alyaaaaa... Sampai hati kau.. malu aku tadi... " aku merengek ke alya sebab dia ni lah aku malu sampai 7 keturunan. " Sorry lah... Aku janji tak buat lagi... " Balas Alya. Haih... Nasib baiklah pensyarah itu puji nama aku , lega sikit.
" Eh mamat yang kau nak tunjuk aku tadi mana? " Soalku. Saja nak tanya walaupun itulah sebab aku kene tegur dengan lecturer. Tak sempat nak tengok orang yang Alya tunjuk itu.
" Ha panjang umur! dia ada dengan sekumpulan budak-budak the gedik sana tu " Alya tunjuk ke arah di hadapan kami. Ya, ada sekumpulan the gedik di sana , dengan ada seorang jejaka tinggi lampai yang sedang melayan gadis-gadis. Hmm nampak macam bukan Melayu , tapi kacak.
" Tahu lah handsome... Tutup lah mulut tu kalau ye pun " tegur Alya yang mengejutkan aku dari khayalan dunia nafsu. Ya Allah kau jauhkan lah aku dari nafsu berat ini...
" Eh. Aku ternganga ke tadi ? " Soalku terpinga-pinga. Tak sedar yang aku tengah ternganga tadi. Harap tak ada orang nampak.
" Iya lah Adinda oiii " balas Alya. Aik marah ke?Habis sudah gosip-gosip tadi. Aku meminta untuk ke tandas seketika. Fuhh bukan main jalan nak ke tandas dia ye.
Akhirnya. Jumpa juga tandas ni... Dekat setengah jam aku cari tandas ni ye. Sebelum aku ingin berlalu masuk ke tandas. Aku ternampak jejaka yang tidak jauh dari tempat ini, seorang tinggi lampai yang nampaknya sedang berborak dalam talian. Kedengaran macam tengah bergaduh. Cumanya... Bahasa asing. Bahasa apa ye?. Aku melilau ke arah lelaki itu. Lelaki yang di sebut oleh Alya tadi. Lelaki yang digemari ramai perempuan. Dia orang apa ye? Kalah ikutkan bahasa yang dia bualkan dalam talian dia itu macam bahasa... Perancis! Ya bahasa Perancis! Tapi dia nampak serabut. Nak tolong ke tak eh?
Aku masih berdiri di tempat ku. Ya didepan tandas sambil memikir... Nak tolong ke tak ni? Habis sahaja jejaka itu berbual dalam talian itu , aku terdengar dia mengeluh agak kuat.
" Semak betul lah perempuan gedik ni , ingat aku hamak sangat ke dengan kau? Muka buruk ! " Katanya sambil memandang telefon dia.
Perempuan gedik? Perempuan yang dia maksudkan itu perempuan yang dia layan tadi tu ke? Eh. Tapi dia yang syok dengan perempuan gedik tu. Bukan shok lah tapi siap bagi pickup line lagi. Euw playboy nya. Talam dua muka! Kau yang layan, mendapat lah kau. Bila dah mendapat, ha layan lah kau.
Aku mencebik ke arah dia yang masih memandang skrin telefonnya itu. Aku membebel di dalam hati, bukan apa... Tapi pantang betul dengan orang talam ni. Playboy pulak tu.
Tanpa aku sedar , dia sedang memandang tajam ke arah ku. Ha sudah kantoi! Ya Allah Adinda!! Kenapa lah lalai khayal sangat! Kalau ye pun nak membebel dalam hati... Perhatikan lah sekeliling Adinda oiii.
Aku senyum tak ikhlas ke arah dia dan lari masuk ke bilik air. Ya Allah malunya aku... Banyaknya malapetaka yang menimpa aku hari ini !!!
1:32 am 14/8/23
InshaAllah sambung bab 3 ye
awok
#wattpad
#CPAR
ADELRSYH
YOU ARE READING
CINTA PALSU ADINDA ROSE | ADELRSYH
RomanceCerita mereka bermula dari suatu kejadian " Saya , Adinda Rose Binti Ibrahim" Wanita yang cantik lagi berseri tetapi mulut yang agak murai " Cantik nama Adinda " Lelaki yang pemurah, berbudi bahasa dan berasal dari Perancis yang sangat digemari tet...