satu

10.6K 62 3
                                    

BERLIN , GERMANY|

Suasana pagi Berlin amatlah sibuk sampaikan mereka lupa bahawa disudut kota terdapat pelbagai manusia yang masih sibuk mengais-gais sampah ditepi jalan buat mencari sepotong roti untuk sarapan .

" helo , aunty Mary ". Suara si gadis memecah keheningan sebuah kamar hotel yang sudah ditepati hampir tiga hari .

" helo , Kayla Adison ". Nama penuh si gadis disebut dengan teliti .

Gadis bertubuh ramping serta rambut di ikat kuda itu tersenyum manis bagaikan se-ton gula pasir .

" apa yang boleh saya bantu ? ". Soalan terlampau biasa dikalanganya diucapkan .

" tolong kemas bilik ni ya , sebab anak saya nak datang sekejap lagi . Saya turun makan dulu . Thank you , Kayla". Senyuman manis diberi atas perkataan tadi .

Selesai sahaja Mary keluar dengan segera dirinya mengemas bilik yang hampir boleh dibilang kapal pecah . Kain berterabur sana sini serta botol wine yang tergeletak diatas lantai .

" hahh... malam yang panas ". Perkataan itu spontan keluar dari mulutnya .

Pelbagai lagi hal-hal berbau dewasa yang bersepah diatas lantai cuma malas mahu bilang kerana pandangan seperti ini sudah biasa dilihatnya.

Usai mengemas bahagian katil dirinya beranjak untuk mengutip sampah-sarap yang bersepah diatas lantai pelbagai plastik makanan ringan yang dilihat bahkan plastik kondom juga .

Dengan penuh jijik dirinya mengutip segala benda yang menyemakkan mata itu .

" Baik , dah selesai ". Dirinya kembali beranjak kearah bilik air . Barangan yang dipakai ditukar kepada yang baru . Katanya Mary akan tinggal disini sehingga minggu depan .

Lagipula Kayla tidak boleh protes kerana Mary ialah tamu terhormat di hotel ini dan pelabur pertama ditempat dirinya berkerja sejak sepuluh tahun lepas .

Dan Kayla sudah berkerja disini hampir setahun yang lalu dan boleh dibilang jika dirinya sememangnya kerap melayan janda anak satu itu .

Mary memang dikenal dengan sebutan janda anak satu dan umurnya juga boleh dibilang cukup berusia dalam 45 tahun mungkin dan suaminya sudah meninggal dua tahun silam .

Mary hanya mampu menghabiskan masa tuanya dengan perkara yang tidak berfaedah begini dan katanya hobinya memang suka melancong .

Tapi jika soal anaknya Kayla tidak pernah lihat bahkan jumpa sahaja tidak . Tapi berdasarkan cerita Mary anaknya berusia 26 tahun dan masih single katanya . Bahkan Kayla tidak menanyakan soalan itu kepada Mary .

Kata Mary , anak lelakinya selalu menjadi rebutan ramai kerana profesinya sebagai seorang model dan juga pengurus syarikatnya diluar negara .

Tapi mendengar hal begitu malah membuat Kayla geli sendiri kerana Mary seolah bangga akan hal begitu tapi wajar saja jika Mary bangga kerana dia seorang ibu dan seorang ibu pasti bangga melihat anaknya berjaya dalam kehidupan .

Kayla mencekak pinggangnya dan melakukan beberapa senaman untuk memulihkan sendi-sendinya yang lenguh akibat penat membersihkan bilik Mary .

Bunyi ketukan pintu membuat Kayla menoleh dan berlari sedikit untuk membukanya .

" Mary room's ? ". Kayla tersenyum dan menunduk sedikit kearah lelaki itulah barangkali dia tersesat bilik atau sedang mencari seseorang.

" Yes , sir ". Senyuman dibalas senyuman tanpa banyak bicara lelaki yang menyapa Kayla tadi langsung menerobos masuk dan   merebahkan diri diatas katil .

Kayla terheran-heran dengan aksi selamba lelaki itu . Dengan gesit Kayla berjalan kearah pemuda itu .

" anak aunty Mary ? ". Setelah mendapat anggukkan dari lelaki tersebut dengan cepat Kayla mengundur diri .

" kalau begitu saya undur diri dulu , selamat menikmati hari anda ". Kayla perlahan menunduk dan mengundurkan diri .

Namun tanpa diketahui mata helang milik pemuda itu terus menatap tajam memerhatikan segala pergerakan gadis yang baru sahaja bercakap dengannya .
















TBC.

OG|UNCLE'S Where stories live. Discover now