duapuluhlima

1.1K 10 0
                                    

Buku jadul yang masih berada di tangan sibuk di semak satu demi satu seolah tidak mahu ketinggalan satu patah perkataan pun . Wajah yang fokus asyik berkerut dan kendur membuat gadis cantik di sebelahnya terheran-heran .

" Awak baca buku apa ni ? ". Vincent yang mendengar percakapan itu mula menoleh ke kearah pasangan pengantin baru itu .

" how to love your wife by Buri John why? ". Easton hanya tersenyum apabila melihat wajah pelik isterinya.

" O-ouh WOW ! ". Vincent ternganga apabila pakciknya itu masih lagi fokus membaca buku jadul itu .

Kayla yang baru tahu tajuk buku itu mula mencerna sedikit demi sedikit . Masih lagi tidak dapat fokus dengan filem kegemarannya yang berputar di depan mata .

" Pakcik , you're amazing crazy crazy lah ! ". Vincent tersenyum lebar apabila melihat pakciknya yang mula menaruh minat terhadap Kayla .

Bermakna pakciknya masih normal buat bercinta dengan perempuan bukan lelaki .

" ya , ma . Ha...ye orang balik sekarang  tau". Melihat suasana agak kekok Vincent mengambil peluang buat mengundur diri .

" Balik lu bos ! ". Setelah berkata begitu dengan pantas jejaka muda itu berlari keluar dari keadaan yang mula tegang itu .

Satu detik , dua detik dan masih tiada siapa yang mahu membuka topik sekadar untuk berbual .

" Maksud baca buku tu? ". Kayla menoleh kearah suaminya .

" Untuk mencintai isteri saya dengan lebih tulus , kenapa ada masalah? ". Kayla berdecak kesal . Ya , dia memang ada masalah , masalah yang sangat besar sekarang.

" Ingat tujuan utama kita ".

Seperti dipukul dengan batu sebesar gaban Easton diam tanpa ingin membalas . Dia akan diam jika hal ini berkaitan tentang tujuan mereka .

" Saya nak masuk tidur dulu ". Kayla bangkit dan berjalan masuk ke dalam biliknya meninggalkan Easton bersendirian dengan buku bodohnya .

Easton mengetap bibir dalam . Tidak tahu ingin berkata apa lagi , dia juga pelik kenapa dia terlalu teruja dalam hubungan tidak berarti ini . Kepala ditunduk buku jadul diletak tepi . Pening . Masalah demi masalah terus menganggu fikiran .

" haish- pergi mampus la ". Dia bangkit dan mula melangkah masuk ke dalam bilik . Diri direbah di atas katil empuk .

Lelangit bilik tidur bernuansa putih diperhatikan lama . Tidak salahkan merenung masa hadapan? .

Jika dibilang suka , ya dia memang suka sejak gadis itu masuk lagi di banglo besarnya ini . Tapi kalau cinta dia masih bingung buat memilih . Kayla gadis yang cukup sifat . Rugi jika ditolak tetapi jika sudah jadi begini Easton hanya mampu pasrah dan serahkan pada takdir sahaja .


























tbc.

OG|UNCLE'S Where stories live. Discover now