enam

5.1K 40 1
                                    

Kayla menghembus nafas lega , dirinya baru sahaja membersihkan kesemua ruangan di banglo megah ini . Peluh di dahi dikesat kasar .

Kini sudah hampir sebulan tuan rumah banglo ini tidak pulang-pulang . Bahkan Kayla sudah menganggap ini ialah rumahnya kerana hanya dia yang tinggal disini .

Vincent hanya datang beberapa kali dalam seminggu dan itu untuk memastikan apakah dia masih hidup ataupun sudah di mamah babi hutan di area sini .

Kayla akui banglo ini agak jauh dari keramaian kota megah Berlin . Entah mengapa Easton si pakcik tua itu membina banglo sebesar ini di dekat hutan .

Kayla mendudukkan diri di salah satu sofa megah di ruang tamu . Dia agak kesal dengan orang gaji yang sudah lama berkerja disini . Boleh pula minta ingin berhenti dengan tiba-tiba siap ugut lagi .

Dan sekarang hanya tinggal dia seorang sahaja di sini dengan penuh kesunyian .

Easton telah mengajinya penuh semata-mata untuk menjaga rumah ini dan merawat kucing sejenis Sphynx cat .

Sudahlah garang banyak tingkah pula kadangkala menyeramkan ketika malam hari . Namun sebagai pecinta kucing . Kayla tetap menyayangi segala jenis kucing dan dirinya sememangnya pengemar berat kucing .

Dia juga sudah diberhentikan kerja kerana tidak tenang terus-terusan dikacau oleh pakcik tua itu . Katanya rumah dia ada perompak lah , kucingnya mati kelaparan dan sebagainya .

Jadi akhirnya dia diberhentikan kerana perkerjaannya lalai dan cuai serta pelbagai masalah lain . Dan akhirnya dia berakhir seorang diri disini . Entah apa nasibnya juga dia tidak tahu .

Deringan telefon mengejutkannya dari lamunan dengan segera dirinya berjalan untuk mengangkat telefon yang berada diruangan televisyen.

" helo , iya kenapa ? ". Kayla bertutur dengan suara yang sopan sudah pasti sang bos yang akan menelefonnya.

" hahh , iya bos . Saya dah siap kemas dah ". Kayla tersengih walhal bahagian dapur masih lagi belum dikemas . Tetapi jika difikir kembali tidaklah kotor seperti tidak dijaga .

" owh , nak balik harini ? ". Kayla menarik nafas lega jadi dia tidak keseorangan lagi di banglo ini untuk menghadap segala bunyi-bunyian yang pelik lagi kan janggal .

" nak sama masak apa-apa ke ? ".

" kalau macam tu , saya sambung kerja dulu ya ". Kayla mengakhiri panggilan telefon itu . Tidak mahu terlalu lama berbicara dengan tuan rumah ini .




























BERLIN , GERMANY|

Tepat jam bergerak pukul sepuluh malam . Kereta yang dikenderai tiba tepat di depan rumah miliknya .

Easton melangkah turun , dirinya tidak lepas memandangi halaman rumah yang dihiasi pokok-pokok yang baru tumbuh serta bunga-bungaan yang berwarna warni .

Dia tersengih , mengingat bertapa susahnya seorang Kayla Adison menanam segala jenis pokok dan bunga-bungaan seorang diri . Walau hanya memantau dari CCTV tetap sahaja hal itu menyeronokkan .

Kakinya melangkah masuk ke dalam banglo besarnya . Pertama sekali yang menyambutnya ialah Zaz si kucing jantan kesayangan tampak berlari mendekatinya sambil mengusil-gusil minta diusap .

Dia tersenyum senang dan matanya menangkap seorang gadis mungil sedang berbaring sambil berdengkur kecil di atas sofa dengan baju tidur berwarna merah menyala .

Easton hanya menggeleng tidak faham akan situasi yang berlaku . Dengan sigap Easton mendekatinya dan memerhatikan air muka Kayla yang tidur dengan nyenyak sekali .

Lama memerhati paras cantik gadis itu , akhirnya Easton membuat keputusan mengangkat Kayla ke bilik tidur gadis itu .

Perlahan Easton membaringkan Kayla agar si gadis tidak terjaga . Dirinya juga tidak mahu tertangkap sedang 'ingin' berbuat baik kepada orang gajinya .

'papp'.

" yahhh ! , kiss...kisss ". Kayla terus memuncungkan bibirnya kearah Easton yang begitu dekat dengannya .

Melihat itu Easton mengerut dan hanya tersenyum canggung , bahkan dia terus menerus menjauhkan kepalanya tapi tetap saja ditarik agar mendekat .

" k-kayla ". Semakin dia mencuba melepaskan pelukan erat Kayla semakin erat pula gadis itu memeluknya .

" cih , kau ingat kau bagus sangat ke apa ?! . Perasan hensem , suka suruh orang , cerewet . Hei , kau tau aku panggil apa pakcik tua tu ? ". Easton mengerdip berpuluh kali .

" Pakcik tua monopos ! ". Kayla mengernyit matanya kearah Easton .

" huh , dalam mimpi pun boleh fikir pakcik kaya ni ". Tangannya bergerak mengelus pipi Easton perlahan . Dirinya mengeluh berat .

" kenapa ? , kenapa semua beban aku kena tanggung ? . Kenapa Tuhan tak jadikan aku kaya ? , aku nak hidup senang ! . Hehh , semua lelaki penipu!".

Setelah mengutarakan isi hatinya Kayla langsung berbaring tidak seperti tidak sedarkan dengan dengkuran yang halus .

Sedangkan Easton yang mendengar segala racauan gadis ini hanya mengerdip tidak percaya . Ini sungguh diluar jangkaan .




































TBC.

OG|UNCLE'S Where stories live. Discover now