sembilanbelas

1.8K 21 0
                                    

Cangkir berisi air kopi panas di letakkan tepat di depan lelaki yang masih sibuk mengotak-atik komputer riba miliknya.

" Thank you , my darling". Kayla mendengus tidak suka . Kesal , sakit hati , rasa nak tampar , semuanya ada cuma masih terpendam saja .

" Sekejap lagi , ikut aku fitting baju pengantin . Aku tak nak dengar penolakan buat sekian kalinya lagi ". Easton menatap Kayla dan tersenyum sekilas .

Dek kerana desakan kewangan saja , Kayla menerima perjodohan pelik ini . Jika tidak sudah lama dia kahwin dengan lelaki lain .

" Tuan , nanti kalau kita dah kahwin....saya perlu ke layan tuan macam suami saya? atau begini saja?". Kayla bertanya , soalan ini sudah mengganggu kehidupannya sejak kebelakangan ini .

" Like your husband ". Entah mamai atau memang gila , Kayla juga bingung . Hari itu dibilangnya hanya pura-pura sekarang banyak pula songehnya .

Kesal dengan perbualan ini , Kayla bangkit dari duduknya dan mula melangkah ke arah dapur menyambung pekerjaan yang tertunda tadi .

-TIME SKIP-

Mungkin jika ingin dibilang masanya memang terlalu singkat dan hal ini terus membuat kegelisahan dalam jiwa meronta agar tidak berlangsung lagi perkara ini .

Tapi melihat senyuman mekar milik Mary membuat hati Kayla kembali luluh . Kesihatan Mary yang awalnya semakin menurun kini kembali meningkat semula apabila melihat khabar gembira begini . Khabar yang paling ditunggu katanya .

" Kayla , nanti kalau dah kahwin dengan Easton jaga dia elok-elok ya. Jadi isteri yang baik , ya sayang ". Kayla hanya mampu tersenyum sambil tangan yang sibuk mengupas kulit apel merah itu .

" Easton is the only one my family members yang masih hidup . Sebab itu Mary sanggup berkorban apa jua untuk dia . Mary sayang dia sangat-sangat ". Kayla tidak tahu mahu merespon bagaimana lagi kerana ini sudah kali ketiganya Mary berkata begini .

Dan hal itu memang tidak terlihat bohong . Dari cara dia melayan dan memanjakan Easton sangat berbeza dengan adik beradik di luar sana , Mary sangat sayangkan Easton.

Perkara beginilah yang membuat Kayla merasa bersalah kerana tujuan mereka berdua berkahwin hanya ingin memenuhi permintaan Mary sahaja . Dan kini Kayla sungguh berasa sungguh bersalah dengan akal busuknya yang berkahwin kerana inginkan duit sahaja .

Gadis muda itu hanya mampu berdoa agar rahsianya tidak terbongkar agar Mary kembali pulih dan sihat bugar .














tbc.

OG|UNCLE'S Where stories live. Discover now