duapuluh

1.8K 23 1
                                    

Masa yang sesingkat ini makin membuat diri tertekan dengan keadaan . Hampir banyak kali juga difikirannya tapi hujungnya jalan yang ini di pilih jua . Bukan tidak mahu mengalami hal begini... tetapi dek usia yang terlalu muda makin membuat gadis ini sedikit ketakutan.

Ucapan janji pernikahan di ucap . Wajahnya menoleh kearah lelaki yang dulunya tuan rumah di tempat dia berkerja itu kini sudah sah menjadi suaminya.

Entah bagaimana dia boleh menerima segala perkara ini . Jika bukan pasal kewangan sudah lama dia cabut dahulu , namun satu nyawa yang masih bergantung harap padanya membuat Kayla tidak ingin melepas peluang ini .

" Can I kiss you? ". Dengan suara yang sopan dan penuh hormat, Easton menarik kepala isterinya perlahan-lahan dan mengucupnya lembut .

Mata yang ditutup tadi kini dibuka semula . Suara tepukan dan sorakan memenuhi gereja lama ini . Mereka saling bertatapan , seolah tidak percaya Easton ingin menyedarkan isterinya itu . Tangan Kayla di genggam erat , mereka berdua berjalan keluar dengan mengikuti karpet merah yang dibentang hingga ke pintu utama .

" Tahniah ! ".

" Tahniah! ".

Senyuman lebar Easton terbit kerana bermula saat ini dia sudah mempunyai pasangan hidup di mata orang-orang yang telah membuat rumor tidak benar tentangnya .

" Terima kasih , Kayla . Sebab sudi kahwin dengan adik saya ". Mary yang datang dengan kerusi roda itu menggapai tangan Kayla dan menciumnya sayang .

Senyuman manis diberi , Kayla melutut dan memeluk erat wanita tua yang selama ini banyak membantunya itu .

" Vincent , bertuah awak dapat mak baik macam ni ". Yang dipanggil hanya tersenyum dalam diam . Gadis cantik yang dulunya dibawa kini sudah bergelar makciknya .

" Diminta pengantin untuk berada di luar gereja buat sesi bergambar ". Suara pengacara majlis memecah suasana mereka .

Easton lantas menarik tangan isterinya dan membawanya keluar buat sesi bergambar.

" Bye , Mary . Aku kena tangkap gambar dengan bini aku ni ".

Mary yang mendengar itu hanya tersenyum tipis dan menggeleng kepalanya .

- SKIP TIME-

Kayla menggigit kukunya , gadis itu bingung mahu keluar atau tidak . Dia merasa janggal .

" Macam mana ni? ".

Setelah pernikahan selesai Kayla langsung menghilangkan diri . Dia terlalu kekok buat berhadapan dengan suaminya selepas Easton memberinya kucupan di depan orang ramai tadi .

" Kayla? , kau dekat dalam ke? ". Suara garau Easton terdengar dari luar bilik air . Lagilah bertambah bingung.

" Sekejap , saya nak keluar ni ". Dengan baju yang entah apa yang diberi Mary padanya membuat Kayla tiada pilihan lain .

Baju bermotif ros merah itu disarung . Sudahlah jarang dan pendek , Kayla pening sendiri .

" Baju apa ni? ". Dia tahu ini jenis baju apa tapi tidak perlu jugakan untuk dia pakai di depan Easton kan? .

" Cepatlah , aku nak guna bilik airlah!". Lagi-lagi suara itu memekik dari luar .

Takut akan amukan lelakinya Kayla bergerak pantas membuka lebar pintu bilik air dengan wajah bingung .

" What-

Kayla mengerjap mata berkali-kali apabila Easton langsung menoleh kepalanya kearah berlainan dan mengetap bibir .

" Kay- kau nak goda kau ke? ".

" Ha? ".

Easton mengesat wajah kasar lalu mula menjatuhkan pakaiannya ke lantai . Dia mula mendekati Kayla hingga gadis itu hampir terjatuh ke lantai .

" Sa-

" Kalau kau suka dekat aku cakap... tak payah susah-susah nak goda macam ni . Aku sanggup bagi ". Kayla mengerut dan menoleh kearah lain apabila Easton kembali mendekatkan wajahnya .

" huhh- dah keluar , aku nak mandi ". Sepantas kilat gadis itu berlalu keluar seperti orang yang ingin tercirit.

Pintu ditutup kasar , Easton memandang pantulan dirinya di cermin besar itu .

" Lama-lama macam ni aku pun boleh gila ". Easton berdecih . Pening akan situasi yang dihadapinya ini .




























tbc.

OG|UNCLE'S Where stories live. Discover now