Suasana di tempat kerja kayla sangat riuh memandangkan pagi. Ramai yang membeli air dan ada juga yang melepak. Ni kalau tak curi tulang ni mesti lari dari kerja.
Kayla meletakkan beg nya di rak dan bergegas menyarungkan apron ke badannya. Kayla terdongak lalu tersenyum kepada kawannya yang menegurnya.
" morning smurf ! " jangan hairan dengan panggilan rina kepada kayla . Kerana dia suka memanggil kayla dengan gelaran si smurf.
Kayla memuncungkan bibirnya mendengar gelaran rina. Tak habis-habis ingin memerlinya. Tau lah dia ni pendek. Pendek-pendek dia ni kalau bagi penumbuk kuasa tiga lebam juga lah muka perempuan depan dia ni.
" dah-dah koranh jangan nak bergusti eh kat dapur ni. Dua-dua aku sekeh nanti " tegur kak riana merangkap perkerja yang usia lebih daru mereka di cafe ini.
Rina yang mendengar kata-kata itu lalu tersengih memeluk kayla dan pergi ke depan .
Kringggg .......
Bunyi pintu cafe terbuka menandakan ada pelanggan yang datang. Takkan la bomba yang datangkan.
" selamat datang !" Jawab kayla sambil tersenyum melihat sekumpulan lelaki di hadapannya.
"Hi kayla " kayla tersenyum meneliti muka mereka dan seketika dia ketawa. Melihat dua muka yang sama , sorang tu kosong je muka , yang lagi sorang senyum dia amboi sampai ke telinga. Sapa lagi kalau tak bukan si aryan.
Adyan hanya memandang tatapan kosong sahaja. Sebenarnya dia malas nak keluar memandangkan sekejap lagi ada meeting. Kalau tak keluar memang runyam lah dia punya pejabat dikerjakan adiknya. Dahla malas kerja , asyik nak keluar je.
Mereka sibuk bersembang di meja tetapi tidak dengan adyan. Yang sentiasa busy dengan telefonnnya.
Mereka memandang reaksi adyan dengan curiga. " happy nampak " tanya mikael kepadanya.
" hmm " hanya sepatah jawapan adyan berikan lalu matanya mencari kelibat kayla yang tengah berjalan menghantar pesanan mereka.
" ni pesanan semua.. selamat menjamu selera " ucap kayla sambil tersenyum kepada mereka. Lalu beredar dari sana kerana memberi ruang kepada mereka.
" manis je muka dia aku tengok comel kan.. kalau dia senyum mata dia terus berubah jd senyum " mereka mengalihkan pandangan ke arah faris. Amboi kan main lagi puji anak dara orang.
"Manis lah . Sebab orang murah senyum. Tak macam kau ni.. serius je memanjang kan masam je " jawab aryan sambil menunjukkan kepada adyan.
Adyan menatap tajam ke arah adiknya. Sedap je mulut dia bercakap.
Mereka ketawa melihat adyan yang sudah ingin mengetuk kepala adiknya.
" tapikan, kalau aku tengok kayla ni.. macam pernah tengok je. Tapi kat mana erk " kata haikal. Mereka pun mengiyakan. Seperti pernah jumpa.
Tinggg....
Telefon adyan berbunyi menandakan pesanan masuk. Seketika adyan membaca lalu tersenyum. Dia melihat jam di pergelangan tangannya lalu berdiri.
" aku nak pergi meeting ni . Korang borak dulu. Kau . Jangan lupa apa yang mama cakap. Balik rumah jangan nak mengada pergi mana-mana. Kalau aku balik malam ni kau belum datang rumah siap kau " pesanan berbaur ancaman adyan berikan kepada aryan.
Mata aryan terkebil-kebil melihat abangnya. Tak boleh main-main ni. Selalunya kalau ada makan malam yang meriah di rumahnya, aryan akan menghilang. Sebab aryan tidak suka dengan soalan-soalan yang di berikan oleh ibu saudara nya. Bila nak kawin, eh tau lah dia bila nak kahwin. Jangan sampai aku kahwin empat sekali nanti terngaga kau tengok.
Kayla melihat adyan yang bergegas keluar seperti ada urusan. Baru saja dia ingin bercakap dengan adyan. Kayla menghela nafasnya lalu menyambung kerjanya. Dia perlu menyelesaikan kerja ny sebelum jam enam petang kerana memandangkan abangnya tiba di malaysia tengahari nanti dan setelah malam mereka pergi ke rumah rakan bisnes papanya.
Pada malam itu keluarga Datuk Adam sudah bersiap untuk pergi ke rumah rakannya. Mereka mengambil keputusan pergi ke rumah rakannya. Memandangkan dia ingin melihat kawasan rumah kawannya. Pada mulanya dia membuat jamuan kerumahnya. Tetapi rakanya memujuk dia untuk menjamu kerumah memandangkan anak perempuan nya ingin memasak makanan yang speacial.
" dah siap semua ? Jum lah kita berangkat. " kata datuk adam sambil memegang tangan isterinya.
" mana adik kamu adyan ?" Tanya papanya ke arah adyan.
VROMMM VROMMMM
Papa dan mamanya menutup telinga apabila mendengar motosikal itu di pulas oleh aryan dengan muka yang tidak bersalahnya.
"Kamu ni dah kenapa aryan hah " marah mamanya.
" rileksss datin.. hehehe..saja je buat macam tu sebab nak bagi papa dengan mama sedar yang ada orang single kat sini. Takpayah nak berpeggang tangan segala "
Papa dan mama nya mendengar itu lalu tertawa. Apa lah cemburu anak bungsu nya ini.
" kalau tahu single pergi la cari isteri " jawab papanya
" nantila tunggu kayla terima pinangan adik "
"UHUKKK!!!"
Tersedak air liur adyan mendengar ucapan sang kembarnya. Budak ni sihat ke tak."Kau jangan nak mengada. Dah pergi sana ! " marah adyan kepada adiknya. Dari tadi merapu, kalau layan perangau budak ni memang sampai esok tak jalan. Walaupun hatinya ada rasa terbit cemburu mendengar nama kayla di bibir adiknya.
Aryan menutup enjin motornya lalu berlari masuk kedalam kereta adyan .
" aku tumpang kau lah bang. Malas lah nak bawak motor tu " dengan tersengih aryan bercakap sambil duduk di dalam keretanya.
Mereka melihat perangai tak semena aryan itu menggelengkan kepala." Asslamualaikum " ucap datuk adam sambil masuk ke rumah rakannya.
" waalaikumsalam , adam, masuk-masuk"
PRINGGGG.........
Sedang mereka duduk di ruang tamu itu lalu berhenti seketika apabila mendengar kaca pecah . Alangkah terkejut nya mereka sekeluarga.
KAYLA ???
YOU ARE READING
PEMILIK HATI ADYAN SYAH
Romancejika jodoh dah tertulis umur takkan jadi penghalang seperti kisah cinta TUAN ADYAN dan KAYLA AISYA