Kedengaran suasana meriah di kawasan rumah Datuk Adam kerana berkumpul dan menyediakan jamuan untuk majlis kesyukuran anak Khalid Isham. Dari tadi perhatian Adyan hanya fokus kepada tetamu yang datang. Dia mencari sosok yang dia tunggu dari tadi.
"assalamulaikum uncle" atensi adyan berhenti melihat sosok sahabatnya yang baru datang.
"waalaikumsalam Harraz, masuklah" tawar datuk adam kepada harraz yang merupakan anak kepada kawannya itu.
"sorry uncle, harraz lambat sikit tadi, sebab bagi adik harraz makan bubur. Susah sikit kalau jaga perempuan ni uncle . lagi-lagi papa dan mama tak ada kat sini." adyan yang mendengar itu sedikit terkedu. Kenapa kayla boleh demam, patutlah dia tak tengok kelibat budak tu dari tadi. Ssemenjak kejadian seminggu yang lepas, mereka berdua tidak berhubung antara satu sama lain lagi.
"lahh yeke, nanti jangan lupa bawa makanan untuk kayla ya, kesian uncle tengok adik kamu tu. "harraz menggangukkan kepala nya.
"bro ,Aryan mana ??" tanya harraz kepada adyan. Kerana dia tidak melihat sosok adik kembar sahabatnya itu. Selalunya dia akan membuat kecoh di rumahnya kalau ada majlis.
Baru saja adyan ingin menjawab lalu dia melihat sosok yang sedang berjalan ke dia dan harraz.
" eh bro !!! baru je aku tanya dia mana kau tadi, haikal ,farish, Mikael mana ??"
"kat dalam" harraz mengerutkan keningnya bila mendengar dua patah perkataan keluar dari mulut Aryan. Selalunya Aryan tak macam ni. Kenapa laki tu macam takde mood. Harraz melihat Aryan dan Adyan tidak bertegur sapa dari tadi, masing-masing diam. Dalam fikirannya mesti si kembar dihadapannya ini tengah berperang.
Aryan dan kawan-kawannya sedang bergelak ketawa di meja makan entah apa yang faris dan haikal bualkan. Tiba-tiba ketawa Aryan terhenti apabila melihat dua orang yang baru sahaja duduk di meja mereka sambil ketawa.
Dengan perasaan marah Aryan menayangkan wajah beku sambil menatap tajam manusia yang duduk di hadapannya. Atensi mereka di meja makan itu terhenti lalu memandang ke arah hadapan.
"oh lupa aku kenalkan, ini Dahlia Marwa" adyan mengenalkan gadis yang di sebelahnya kepada sahabatnya. Dahlia tersenyum malu dan tunduk ke bawah sahaja apabila dikenalkan kepada kawan adyan.
" hai.. saya faris, yang ni harraz, Mikael, haikal dan yang muka sebijik macam adyan ni Aryan" jenuh dahlia memerhati faris mengenalkan mereka kepadanya.
"eh bukan kau kawan kayla ke ?" tanya harraz tanpa bas abasi kepada dahlia.
Dahlia menggangukkan kepalanya tanda dia mengiyakan.
"ha.. aku kena balik ni, anak kayangan dah call aku dari tadi" mereka menggangukan kepala melihat harraz yang terburu-buru pulang.
"cantik betul awak , awak dah berpunya ke belum.?" Dahlia yang mendengar soalan tiba-tiba itu tertunduk malu menandakan dia tidak selesa.
"dah-dah, awak makan la. Kau jangan kacau dia" adyan menatap tajam kea rah haikal menandakan dia menyuruh kawan nya berhenti menanyakan hal yang aneh kepada dahlia.
Haikal yang mendengarkan itu hanya memuncung mulutnya, baru sahaja dia ingin menyulam benang. Kalau dahlia singel lah kan. sibuk je adyan ni nak tatap -tatap kita dengan mata tajam dia tu. Cucuk kanggggg !
Brukk!!!
Bunyi kerusi yang menarik perhatian mereka disana. Semua memerhati Aryan yang berlalu pergi dengan wajah yang menahan marah. Adyan menatap tajam adiknya sambil mengeram. Sepanjang hidupnya, baru ini dia melihat perangai Aryan.
"budak tu kenapa pulak ? heh terkejut aku tau. Macam kena rasuk je Aryan tu" haikal mengatakan sambil makan buah
" haah laa. Kena cari ustaz cepat-cepat ni" Faris mengambil telefon nya mencari nombor telefon ustaz yang dia kenal. Mana tau kan Aryan tiba-tiba mengamuk di majlis ni. Tak ke naya kan
Mikael yang hanya diam memerhati mereka dari tadi hanya tersenyum senget. Dia tau apa yang berlaku di antara Adyan dan Aryan sekarang kerana dia satu-satunya orang yang menjadi saksi pentengakaran adik beradik haritu di pejabat . Letih juga dia menahan baran dua beradik tu.
:- saya update slow2 tau ;)
YOU ARE READING
PEMILIK HATI ADYAN SYAH
Romancejika jodoh dah tertulis umur takkan jadi penghalang seperti kisah cinta TUAN ADYAN dan KAYLA AISYA