"Nak pergi mana pagi-pagi ni kayla ? "
Tegur papa nya yang melihat kayla mengendap berjalan. Dah macam pencuri dah." awal lagi ni kayla, kan hari ni kamu cuti?" Tanya mamanya. Hairan juga melihat kayla yang keluar pagi-pagi ini membawa beg besar.
"Baby nak lari dari rumah tu mama," jawab harraz sambil menghirup air milo nya.
dengan wajah cemberut kayla lalu menghampiri keluarganya. Tak clean ke dia buat kerja hari ni.
" apa yang dalam beg besar baby ? Baik cakap sebelum papa suruh abang kamu bakarkan barang dalam tu. "
"Apa ni paa, tu barang adik laaaaa, adik nak pergi buang baju adik yang pendek-pendek tu, adik segan nak suruh makcik kiah buangkan. " kayla menunduk kepalanya. Dia sudah berfikir panjang sepanjang malam tadi dan membuat keputusan ingin membuang pakaian yang tak cukup kainnya itu.
" lahhhh tu je ke? Dah macam pencuri mama tengok tadi. " mamanya ketawa mendengar tujuan kayla itu lalu mengelus perlahan rambut anaknya.
"Mama bersyukur , anak mama nak berubah. "
Mereka tersenyum melihat kayla yang senang hati ingin berubah.
"Papa...... mama.... nanti adik pergi keluar kejap dengan rina nak beli pakaian sikit. Boleh tak bagitau kat abang harraz bagi kunci kereta kayla " kayla memujuk papa dan mama nya.
Semenjak peristiwa keluarga adyan memberitahu yang kayla terlibat dengan kemalangan aryan itu. Harraz memberi hukuman kepada adik nya denga mengambil semua kunci motor dan kereta milik kayla.
Harraz yang mendengar kata-kata kayla itu membesarkan matanya tanda protes ke arah papa nya.
"Harraz pulangkan balik kunci-kunci adik tu, kayla.. lepasni hati- hati kalau bawa kenderaan tu,.. " datuk hassan menegur anak-anaknya.
Kayla menjelirkan lidahnya kerana dia kali ini di bela oleh papanya. Harraz yang melihat itu menjeling adiknya. Baiklah kasi je dia menang kali ni.
Tengahari ini kayla dan rina pergi untuk membeli pakaian apa yang patut. Mereka berdua masuk kedalam butik yang mana tempat untuk para Wanita berhijab. Mata mereka berdua berbinar binar melihat pakaian yang tergantung di hadapan mereka. " Rina, kau tengok baju ni cantik la gila !" kayla mengoyangkan tangan rina kekanan dan kekiri.
" ee kau nih banyak-banyak warna kenapa warna pink ????" rina merasa geram apabila melihat kawan dihadapannya. Budak ni kalau tak hitam mesti pink dia pakai. Nak kata minat group blackpink dia tak tau pulak.
"kenapa tak boleh ke ?" kayla yang sedang memilih baju kesukaannya dan meletakkan dalam bakul untuk dibayar nanti.
" ikut suka kau lah labu, aku nak pergi sana sekejap nak beli shawl."
" labu ?? dasar kau labi . baiklah KARINA MELINDA ! pergi lah kau sana."
sedang asyik kayla memilih pakaiannya terlefon nya berbunyi. dengan senyuman merekah kayla menjawab panggilan tersebut.
" halu-halu dahlia! "
bunyi ketawa di sebelah sana menandakan dia terhibur dengan sikap peramah dahlia.
" assalamualaikum, kayla, sekarang saya ada dekat malaysia tau , "
"WHAT ?!!!! "
belum sempat kayla ingin meneriaki lagi tiba-tiba mulut nya di tepuk dari tepi
" aaaaa! sakit lahh "
baru sahaja dia ingin memarahi rina kerana menepuk mulutnya. Sakit tau tak . Rina yang melihat kayla ingin memarahinya dia pun membesarkan matanya .ingat aku takut ke . kayla menjeling kawan nya lalu mengecilkan suaranya bercakap dengan dahlia.
"awak kat mana sekarang? kenapa tak bagitau ada kat malaysia ? sampai hati kan"
dahlia tergelak mendengar kata-kata kayla seolah merajuk kepadanya.
" banyak betul soalan awak nak tanya ni, ni awak kat mana, saya nak ajak awak lunch ."
" boleh! awak kat mana, bagi saya location awak nanti saya datang sana ok! " kayla sudah keriangan. kawan kita datang malaysia .
"okay, nanti saya bagitau , "
kayla menutup panggilannya lalu berlari ke arah rina lalu memeluk gadis tersebut. rina yang sedang membayar barangnya itu terkejut, sikit lagi nak terkena kepalanya dekat besi sebelah kuanter pembayaran itu. perangai budak setengah tiang ni kan .
" OI! KAU NI KAN MEMANG NAK KENA. AKU HEMPUK JUGAK KANG KEPALA BUDAK NI NANTI !" marah karina kepadanya. kayla yang dimarah hanya ketawa terbahak dengan gelagat rina yang sudah ingin mengangkat tangan nya .
"ehemmm... cik berdua, kalau nak bergaduh sila bayar barang ni dahulu "
teguran pekerja disana memberhentikan sesi jawab antara kedua sahabat ini. mereka berdua mendengar teguran itu lalu menoleh kearah pekeja itu
" SABAR BOLEH TAK " pekerja di butik itu terkejut mendengar suara karina yang sudah tinggi. nampaknya memang baran betul perempuan ni.
"kayla mendengar itu lalu cepat-cepat memujuk karina dan membayar semua barangnya dan juga barang karina. kalau tak memang sampai malam la dengar si karina ni membebel.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI ADYAN SYAH
Romansajika jodoh dah tertulis umur takkan jadi penghalang seperti kisah cinta TUAN ADYAN dan KAYLA AISYA