Tingggg......
Pintu butik dibuka dari luar menandakan ada yang berkunjung. Atensi kayla terarah ke pintu butik.
" selamat datang" Kayla tersenyum ramah melihat suami isteri dan seorang anak kecil lelaki yang sedang di dukung oleh lelaki itu. Memandangkan pekerja Kayla sedang rehat, kaylah menjaga dan melayani pelanggan yang berkunjung.
" assalamualaikum..."
" waalaikumsalam, boleh saya tolong," kayla bejalan ke arah Wanita yang dihadapannya.
Kayla terkejut melihat lelaki yang sedang mendukung anak lelaki itu begitu juga dengan lelaki itu.
" KAYLA ??"
" EH ENCIKK ??"
Setelah menerangkan kepada isterinya, dia pun menoleh kearah Kayla.
" kayla sihat ?"
"Alhamdulillah, sihat, encik macam mana sekarang ?"
"jangan panggil saya encik, nama saya Khalid Isham, ni isteri saya Nur Natasya, panggil kami uncle aunty saja, dan ini anak kami, Danial Ryan."
Kayla tersenyum melihat keluarga kecil yang dihadapannya, teringat dia kepada peristiwa beberapa tahu dulu. Dia lah lelaki yang ingin merangut nyawanya atas kehilangan isteri dan anaknya. Kayla bersyukur kerana Allah telah menghadiahkan hikmah yang terbaik apa yang telah menimpanya.
Mereka berbual dengan kayla sambil itu, Puan Natasya terlihat tertarik dengan butik kayla. Dan dia menempahkan beberapa baju kurung dan baju melayu untuk majlis kesyukuran anaknya nanti.
Puan natasya sangat menyukai cara kayla yang melayan mereka dan sentiasa memberikan senyuman.
"kayla jangan lupa datang ke majlis kami nanti yaa," pujuk puan natasya kepada kayla, sempat dia , menjemput kayla pergi ke majlis kesyukuran anaknya nanti.
"ye, nanti saya datang " kayla tersenyum. Dia merasakan selesa apabila dekat dengan aunty natasya.
" ajaklah suami kamu datang sekali nanti kayla" kayla yang mendengar kata-kata uncle khalid tersedak.
" mana ada la uncle , saya single lagi tau hahaha" jawab kayla sambil ketawa
"hah,,, bagus tu, sayang nanti kita jodohkan kat anak buah abang. Daripada jadi bujang tua kan.," uncle khalid sambil mendukung anaknya yang sudah lena tidur itu.
" heh abang ni, dah-dahlah tu, tengok tu muka kayla dah macam buah jambu dah"
Kayla hanya menahan malu di hadapan mereka mendengar uncle khalid yang seronok membulinya. Kalau difikir fikirkan boleh jugakkan. Kalau muka encemboy nak laaa jugakkk hihihihi.
Suasana meriah di rumah Datuk Adam kerana adik beradiknya bertandang ke rumah mereka memandangkan adik bungsunya ada di malaysia.
" Mana si kembar tu along ? dah macam anak dara dah tak pandai turun bawah sini "
" Aku pun tak faham dengan diorang tu , haaaa tu mereka "
"ishhhhh bongokkkk la kau niiiii ! aku punya baju tu baru lagi tau !! kau kan ada banyak baju hitam siallll kenapa baju tu jugak kau pakaiiiiii !!!!!!! ARYANNNNNNN!!!!"
Semua keluarga mereka di ruang tamu itu terkejut dan ada yang terkebil kebil melihat adyan dan aryan bergaduh mulut. Dengan keadaan aryan yang sedang terkekeh ketawa dan adyan mengepungnya.
" BOYS?????" antensi mereka berdua terhenti bila mendengar suara di satu arah. Datuk Adam yang sudah menatap geram ke arah anaknya. Asal kembar ni ada di rumah memang tak sah tak gaduh. Anak siapalah ni yang kurang sangat.
Aryan yang sudah berjaya ditangkap oleh adyan itu lalu mengambil kesmpatan untuk lari " ehhhh PAKSU !!!!!, BILA PAKSU MAKSU SAMPAI???"
adyan menjulingkan matanya ke atas apabila mendengar aryan bersahaja itu. Takpe tunggu lah nanti dia akan balas dendam. Adyan berjalan mengikuti aryan yang sudah duduk di ruang tamu itu. Dengan sengaja dia memijak kaki aryan yang di sebelahnya.
"AAAAAAAAAAA SAKITTTT MAAKKKKKK! " aryan berteriak apabila merasakan kakinya terpijak. Ingatkan kala jengking yang sengat kaki dia, rupanya kaki bapak siam ni.
Datin Juita yang tengah berborak dengan iparnya itu hanya menggelengkan kepalanya melihat anak kembarnya itu.
" kamu berdua ni dah kenapa , Adyan kenapa buat adik macamtu. " paksu nya yang melihat kaki aryan dipijak tadi lalu menegur anak buahnya."
" mereka berdua ni memang macam ni Khalid , along dah tak tau nak ajar budak dua orang ni. "
Khalid yang mendengarkan bebelan along nya hanya ketawa melihat reaksi anaknya buahnya, yang seorang hanya ketawa yang seorang lagi muka beku tatapan kosong sahaja yang tengah merenung dengan penuh dendam ke arah adiknya. Seketika itu, dia teringat akan sesuatu.
"haaaa along, anak along ni dua-dua single ke ? "
"tak payah kamu susah-susah khaid. siapa lah nak dengan anak aku yang macam ni" kata datuk adam sambil melihat tetalah anaknya.
" NAKKK !!!!!" aryan terus menjawab paksu nya . Nak juga dia rasa kena jodoh orang tua-tuakan.
adyan yang mendengar kata-kata adiknya melebarkan mata. Amboi gatal betul budakni.
" tapi, paksu kenal dengan seorang je perempuan. Korang ohsom la sapa menang, dia lah yang boleh kenal kat perempuan tu. Adyan mendengus mendengar gurauan paksunya. Kini dia tahu Aryan ni ikut sapa. Sebijik macam paksu dia yang kaki masuk air.
"Aryan je lah paksu, sian kite takde awek... semua perempuan yang kenal dengan aryan mama reject " aryan mengadu kepada paksunya sambil membuat muka sedih.
"mana tak nya, yang kamu cari semua yang tak cukup kain. Terdedah sana sini." Datin juita yang diam dari tadi akhirnya berbunyi. Natasya yang mendengar bebelan kakak iparnya itu terikut ketawa.
" kau yang nak ke aryan ?? tuu aku ada dengar mak timah kat office aku tu, dah 5 tahun dah janda, kau nak ke ?? sebab dia selalu tanya kau . takpun nanti aku tolong pinangkan untuk kau .
" Kau jangan nak macam-macam bang! aku rampas crush kau nanti nangis tak berdarah air mata kau nanti. Dengan nada mengejek aryan menjeling abangnya. dia tahu abangnya sekarang tengah jatuh cinta.
" BOYS ?? ENOUGH OK ?? " mereka berdua terus terdiam mendengar jerkahan papanya
" Khalid , esok kau ikut aku, aku tunjukkan kau tempat aku selalu beli sapi dan kambing . Kta buat banyak, sebab aku nak sedekahkan untuk anak-anak yatim juga nanti"
"baiklahh kalau macam tu along. " tanpa membantah khalid mengikuti kata abangnya.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI ADYAN SYAH
Romancejika jodoh dah tertulis umur takkan jadi penghalang seperti kisah cinta TUAN ADYAN dan KAYLA AISYA