22

220 19 1
                                    

Adyan tersenyum selepas selesai menghubungi dahlia, kerana petang tadi dia mendapati dahlia bertemu dengan sahabatnya. Dahlia juga mengajaknya untuk bertemu dengan sahabat dahlia. Dia tersenyum mendengar telatah dahlia menceritakan sahabatnya mengilai crush dia. Adyan juga agak tertarik mendengar dahlia menceritakan serba sedikit sifat sahabatnya itu.

Adyan duduk bersandar di sofa yang terletak di gudang tempat dia dan kawannya berkumpul sebelum menjalankan misi mereka. Dia melihat jam di pergelangan tangannya, sudah menunjukkan jam 9 malam, tapi kelibat musibat tak nampak-nampak. tanpa menghiraukan mereka adyan memainkan telefonnya.

tiba-tiba...

"PAKKKKKK !!!!!! "

"hahahahahahahaha..... ambik KAUUU ! nak sangat kan tinggalkan aku tadi !"

"ARGGHHHH!!"

adyan terkejut dan langsung mengosok kepalanya. Musibat mana yang pukul kepala dia ni!. dia melihat ke belakang firash dan mikael.  tanpa rasa bersalah, firash duduk di sofa sebelah sana.

"KAU APAHAL SIAL !" adyan menanyakan firash yang dihadapannya. budak ni ada dendam ke dengan dia. kalau tak silap, adyan tak pernah buat salah kat budak hingusan ni.

Mikael yang melihat firash membuat muka toya nya tidak menghiraukan lelaki yang dihadapannya ini yang sudah mengamuk . Mikael menepuk dahi dia . nahas lah firash malam ni.

" kau apasal tinggalkan aku tadi ?? kau tahu kan aku suruh kau tunggu sekejap aku nak beli air soya !! kau paham tak AIR SOYA ! nasib baik tau mikael datang ambil aku, kalau aku kena culik siap kau. "

Adyan mendengar firash yang menjuihkan bibirnya sambil membebel membuka air tin soyanya itu mengerutkan dahinya. Lama dia berpikir, sejak bila dia pergi dengan firash . 

"HELLO EVERYBODY !!!!" 

Firash yang tengah meminum air soya ny terbatuk "UHUKKKKK!!!!!!! "

"HAHAHAHA..awal kau sampai, best tak kena tinggal dengan aku tadi " aryan ketawa sambil menepuk perutnya sendiri, kalau tepuk perut harraz nanti dia pula kena tepuk amai-amai belalang kupu-kupu.

Setelah itu, Firash tersenyum kearah adyan yang dihadapannya. Sial, dia salah pukul. Dia ingat yang tadi tu Aryan! matilah kau FIRASH. firash berdehem lalu cepat-cepat belari ke arah Mikael.

Aryan tersengih melihat gelagat firash yang sudah terketar disana. Dia memang sengaja meninggalkan Firash di jalan tadi kerana dia ingin membalas dendam kepada firash . bukan selalukan gurau kasar ni.

"Kau meh sini anak ayam". Teriak Adyan yang sudah berapa langkah kearah Firash. Firash yang melihat itu dengan sepenuh hatinya dia pun berlari kearah harraz.

"Harraz tolonggg akuuuuu." Dengan muka tersebik nya dia mengadu kepada harraz kalau mengadu kepada Aryan memang tak aa. " haaaaa tau takut ! asal laa kau tak cam tu adyan bukan Aryan? Memang nak tempah maut kan ?" harraz mengetuk kepala firash yang sudah berselindung di belakang badannya.

Mikael yang sedang memerhati gelagat mereka itu lalu menegur mereka. Kalau dibiarkan sampai esok pagi pun tak mula misi mereka ni. Adyan memanggil mereka semua untuk berkumpul kerana menjalankan misi untuk menyerang musuh yang sudah mengacau tempatnya.

Adyan dan Mikael menerangkan tentang misi mereka malam ini . Sedang yang lain fokus kearah mereka, tatapan adyan teralih kepada manusia yang disebelah harraz. dia melihat aryan yang fokus menulis di buku nota yang dia bawa itu. 

" faham tak " . mereka yang ditanya oleh Mikael hanya mengganguk menandakan faham.

" kau Aryan, asal nak bincang pasal misi mesti kau bawa buku nota! kau ingat ni sekolah ???" tanya adyan geram. Dari dulu dia geram dengan budak ni. tak pernah nak serius, acah-acah je nak tulis dalam buku nota. susah pulak kalau tak sama otak ni.

" aku tulis laaaaa.... aku dengar dan fokus tau tak " jawab aryan yang sedang menulis itu. yang dihairankan mereka , aryan menulis bukan menggunakan satu pen. dia siap bawa pen merah,hita,biru pulak. budak ni umur berapa sebenarnya. 

"bak sini aku  nak tengok ! "tanpa melenggahkan masa firash merampas buku nota kecil di tangan aryan. aryan yang melihat firash sedang membelek buku nota itu sudah berdiri bersedia untuk lari. 

sedang firash,haikal dan harraz yang merasa penasaran itu lalu melihat satu persatu buku itu membulatkan matanya ,

" harraz bodoh"

"firash budak kecik yang berhingus"

"adyan berak merata sebab dah tua"

"haikal bau"

"mikael acah-acah handsome"

ARYAN SHAH !!!!!! KURANG HAJAR SINI KAU MUSIBAT !!!!!!

aryan yang diteriaki mereka ketawa terbahak dan terus berlari kearah keretanya dengan cepat dia menutup pintu keretanya. 

Mikael dan Adyan menggelengkan kepala mereka. Beginilah mereka kalau dah berkumpul memang ada saja perangai tak semengah mereka.

" kau tau tak kat siam mana tempat ada jual orang tua ?" mikael mengerutkan dahinya mendengar solan adyan itu.

" yang tu nanti aku tanya dengan kawan aku kat sana, kau nak jual sapa "

" tu, kembar aku " 

PEMILIK HATI ADYAN SYAHWhere stories live. Discover now