12

289 22 0
                                    

" NUR DAHLIA MARWA !!" gadis yang panggil itu menoleh ke arah suara itu lalu tersenyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" NUR DAHLIA MARWA !!" gadis yang panggil itu menoleh ke arah suara itu lalu tersenyum . "KAYLA AISYA" dengan bibirnya tersenyum lembut. Mereka berpelukan melepaskan rindu setelah beberapa tahun tidak bersua muka. Akhirnya takdir menemukan mereka Kembali.

" ya allah, lepas la saya dulu aisya," dahlia menegur lembut sahabatnya itu. Kayla yang ditegur lalu tersengih gembira sapa yang tak kenal dengan kenakalan kayla.

Kayla tersenyum haru melihat sahabatnya yang berapa tahun tidak bersua muka. Sejuk matanya memandang dahlia yang bertudung labuh dan berpakaian tertutup sempurna , tidak sepertinya terbuka terdedah kat mana-mana.

" awak apa kabar aisya ?" ya dahlia memanggil kayla dengan nama aisya. Kayla yang mendengar sebutan Namanya itu tersenyum, sudah lama dia tak dengar nama aisya itu.

Dahlia dan kayla sahabat dari sekolah rendah sampai ke menegah. Mereka terpisah sejak mereka umur 14 tahun, kerana dahlia terpaksa mengikut keluarganya pindah ke luar negara atas urusan syarikat. Kini mereka berjumpa kerana kayla mendapat pesanan dari instagramnya yang dahlia mengatakan itu sahabatnya. Dan mereka berdua membuat keputusan untuk bertemu jika kayla pergi ke sana.

"alhamdulillah , sihat. Awak dahlia ? sihat tak ?"

" alhamdulillah sihat."

" suka saya tengok awak macam ni, awak cantik sangat. " puji kayla kepada dahlia . dahlia yang di puji memerah pipi nya kerana malu .

" insyallah awak pun boleh macam saya ," pujuk dahlia, dia tahu apabila melihat reaksi kayla yang melihat cara dia berpakaian.

Kayla yang mendengar itu lalu menggangukkan kepalanya. Ya memang dah lama dia berniat untuk menutup aurat memandang papa,mama, dan abangnya selalu menegurnya. Dia yakan dia akan berubah secara perlahan suatu hari nanti.

Mereka berdua tidak berhenti berganti cerita sampai la jam menunjukkan 6 petang. Dahlia melihat jam dipergelangan tangannya, lalu tersenyum.

"aisya, saya nak minta diri dulu boleh tak, sebab saya ada janji, awak bila balik Malaysia ?" kayla yang mendengar itu terus mengganguk kepalanya.

" alaaa, kejap je kan masa ni, saya balik lusa" dahlia tersenyum melihat telatah kayla . " takpe, lusa saya jumpa awak di airport okay," jawab dahlia. Kayla pun mengiyakan dan mereka berpelukkan sebelum dahlia keluar dari café tersebut. 

Jam menunjukkan sepuluh malam di bandaraya turkey. Kayla tersenyum melihat suasana di hadapannya. Yang menayangkan sepasang pasangan menari dan sekumpulan bermain alat music di sana. Tiba-tiba memori kayla terlintas ke satu Ketika dahulu. Dimana dia menolong seorang jejaka yang hampir meregut nyawa dijambatan. Ketika itu kayla pergi melancong ke negara paris, dan diparis dia menolong seseorang itu.

3 tahun yang lalu............

Kayla berjalan seorang diri untuk mengambil angin malam di paris. Kerana baginya cuaca disini sangat sejuk. Ketika kayla berjalan memandang langit, dia mendengar seorang lelaki sedang menangis tersedu sedu. Mula-mula kayla tak menghiraukan lelaki itu, mungkin dia mempunyai masalah siapa tahu kan.

Kayla berhenti tidak jauh darinya, kerana kayla mendengar kata-katanya mengenai isterinya. Kayla menoleh ke arahnya, ternyata dia bercakap Bahasa Malaysia. Dan yang membuat kayla terkejut lelaki itu sudah memanjat jambatan itu mestilah ingin membunuh diri.

Kayla berlari ke arahnya dan menarik lelaki itu ke tepi. "encikkk!!!!! Apa yang encik cuba buat ni!!" marah kayla memeluk lelaki tersebut.

"lepaskan aku !!!! aku nak jumpa isteri dan anak aku !! disebabkan aku anak dan isteri aku mati !! kalaula masa tu aku tak bawak mereka kat sini ! ini semua tak akan jadi !" lelaki itu meraung ingin melepaskan dirinya dari pelukan kayla.

"bawa mengucap encik!! Ya allahhhh .." kayla yang mendengar luahan lelaki itu terikut menangis.

Setelah tangisan nya reda mereka duduk di tepi jambatan itu dengan masing-masing yang berdiam diri. Kayla yang merasa asing lalu berdehem.

" ehem , encik dah okay ?" lelaki itu menoleh ke arah kayla lalu tersenyum.

"maafkan saya sebab menyusahkan awak. Saya rasa menyesal sangat-sangat saya rasa taklayak hidup dengan apa yang dah terjadi kat orang yang saya sayang.

" apa yang terjadi ni ujian allah. Saya doakan awak dapat redha dengan pemergian orang yang awak sayang. Teruskan hidup awak, sedih arwah bila tengok awak sedih terus menerus." Dengan celotehnya kayla bercakap sambal memujuk lelaki di tepinya. Dia sedih melihat keadaan lelaki ini tadi.

Lelaki itu tersenyum melihat kayla. Dia bersyukur kepada allah kerana menghantar seorang gadis kepadanya untuk menghalangnya dari cuba membunuh diri. Dia agak menyesal dengan Tindakan yang dia lakukan tadi. Telefon lelaki itu berbunyi menandakan panggilan masuk. Lelaki itu lau tersenyum lalu mengangkat.

"hmmm, paksu okay...."

'....................'

"ye,paksu akan balik rumah lepasni,"

Setelah mematikan panggilan, lelaki itu menoleh kearah kayla lalu tersenyum mengatakan " terimakasih sebab dah sedarkan saya, insyallah kalau ada masa kita akan jumpa lagi, saya khalid."

" saya kayla aisya" setelah mengatakan itu, mereka berdua berpisah dikenangan itu, kayla harap dia kini sudah mendapatkan kebahgiaannya.

Kayla terkejut apabila tangannya ditarik lalu melihat pasanga tua tadi mengajak nya untuk menari bersama mereka. Tanpa menolak ajakan mereka dengan tertawa kayla lalu berdiri dan mengikuti mereka di tengah-tengah itu lalu menari. Mereka ketawa dengan telatah kayla menari-menari sambil tertawa.

Adyan meletakkan tangan kedalam poket jaketnya kerana angin malam di turkey ini sungguh menyejukkan. Adyan duduk di bangku yang berdekatan di tengah-tengah bandaraya. Dia termenung akan seseorang yang telah memberi janji kepadanya. Dia tidak berputus asa kepada orang yang telah memberi janji kepadanya. Janji akan mencarinya, dan janji akan menerima cintanya. Pencarian nya kini tinggal sikit sahaja lagi dia hanya perlu bersabar.

" I will find you love" dengan tatapan tajam adyan mengingati seorang gadis yang sudah lama bertahta di dalam hatinya.

Dalam dia termenung kedepan matanya teralih kea rah seorang gadis yang sedang tertawa Bahagia dan menari dengan rambutnya ditiup angin. Adyan memeggang dadanya merasakan jantungnya berdetak laju. Mungkin dia perlu pergi ke hospital yang berdekatan lepasni mana tau ada yang tak okay dengan jantung dia. 


PEMILIK HATI ADYAN SYAHWhere stories live. Discover now