Flashback.......
BRAKKKK !!!!!
ADYANNNNNN !!!!!!!!!! Aryan membuka kasar pintu pejabat adyan tanpa ,mengetuk dahulu.
Adyan yang tengah berbincang dengan Mikael itu menatap tajam adik nya . takda rebut takde hujan tiba-tiba nak terjah bilik orang.
"kau apahal ??" tanya adyan kepada adiknya.
"KAU TANYA AKU APAHAL ??? KAU TU APAHAL SIAL !" aryan menentang mata abangnya dengan berani. Mungkin selama ini dia hanya menjadi pelawak. Tetapi ada masa nya juga kesabarannya hilang dengan perangai bodoh abangnya.
Bukan main terkejut beruk dia tengahari tadi melihat adengan cinta segi empat. Dia pulak tak sampai hati melihat kayla yang menangis di sebabkan perangai abangnya. Dia tahu berapa jauh hubungan mereka berdua. Tiba-tiba datang pulak minah mana yang adyan ajak berjumpa dengan kayla tengahari tadi.
" wehhh.. ary, sabar bro . apahal kau ni" Mikael menarik Aryan yang ingin mencapai kolar baju kemeja adyan. Adyan yang merasa benggang menjeling adiknya.
" KENAPA KAU BUAT KAYLA MACAM TU ? KAU TAUKAN DIA SYOK KAT KAU! KAU PUN SYOK KAT DIA KENAPA KAU PERGI PULAK DENGAN MINAH TU !!"
Sial !!
BUKKKK!!!!!
Adyan menumbuk adiknya. Baginya dia tak suka mendengar Aryan menyebut dahlia seperti itu. Perempuan seperti dahlia itu tidak pantas di sebut macam tu.
"sial kau ad.!"
BUKKKKK!!!!!
Adyan terduduk kerana ditumbuk Aryan. Dia mendesis melihat bibirnya yang sedikit luka.
"kenapa korang ni !!! Aryan kau diam sebelum aku tumbuk korang dua !" Mikael sudah meleraikan mereka berdua. Aryan hanya diam menatap tajam abangnya.
" kau tau tak menangis budak tu tengok kau dengan dahlia. Kau tau dia beria nak keluar dengan kau tadi untuk lunch, last-last kau cakap kau busy meeting. Dia minta tolong kat aku temankan daia jumpa kawan dia sebab kawan dia nak dia kenalkan lelaki yang dia suka kat sahabat dia. Sebab apa ?? sebab aku kembar kau ! . kau ingat aku tak tahu apa hubungan kau dengan dahlia dulu????". Adyan tergamam mendengar adiknya menceritakan hal kayla. Kenapa dia rasa hati dia mula sakit.
"macam mana kau tau ?" tanya adyan kepada adiknya
"kau kembar aku tau! Aku tauu kau siapa dahlia dalam hidup kau dulu. Sampai dia tinggalkan kau sebab lelaki lain. Kau masih buta ke ad ????"
"Kau diam! Kau tak tahu cerita dia yang sebenar !" adyan tidak suka mendengar tuduhan yang diberikan oleh Aryan kepada dahlia.
"kau yang tak tahu !!! akuu ad.....AKU yang usaha cari dia dulu masa dia tinggalkan kau. Sampai aku tahu apa yang dia buat belakang kau ! lepas aku tahu semua tu , aku bawak kau balik Malaysia. Kau tak ingat lagi ???" Aryan meluahkan semua yang dia tahu selama ini kepada abangnya. Dia taknak abangnya hanyut dengan perempuan yang baik di hadapan yang penuh dengan rancangan lain.
"aku tak kesah kau nak buat apa lagi lepasni. Aku tak nak kau dekat kat kayla kalau kau masih nakkan dahlia tu lagi. Kau jantan kan? Kau pilih satu antara dua. Ingat ad, kayla adik siapa. Kau taukan harraz macam mana?." Aryan terus keluar dari bilik pejabat adyan selepas menasihati abangnya.
"kau tahu ???" setelah lama berdiam adyan menanyakan Mikael yang hanya diam di sebelahnya. Mikael menatap adyan lalu mengganguk mengiyakan pertanyaan adyan. Baginya tidak perlu dirahsiakan lagi rancangan dia dan Aryan dahulu.
"SIAL!!!!"
Harraz menyiapkan bubur ayam ke dalam mangkuk dan tidak lupa juga jus manga kesayangan adiknya. Dia tersenyum melihat adiknya duduk di sofa melihat cerita korea yang tengah dimainkan.
"nah.. makan bubur baby" tanpa membuang masa kayla memakan bubur yang di sediakan harraz kepadany.
"awal abang balik dari majlis tadi ??" tanya kayla kepada harraz
"haah...sekejap je.. risau sebab takde sapa yang jaga adik kat rumah kan?"
"ramai tak tadi abang ?"
"ramai.. ehh tadi abang jumpa kawan baby kat sana.. sapa eh nama dia?? Haaa dahlia. Dia kawan adyan juga rasanya. Sebab adyan cakap tadi tu kawan dia "
Terhenti suapan kayla mendengar perkataan abangnya. Dia tersenyum hambar mendengar perkataan itu. Biarlah apa yang terjadi haritu dia sahaja yang tahu. Lagipun sekarang dia dah ikhlaskan hati dia. Dia taknak menjadi perosak hubungan orang. Dan tak lama lagi dahlia juga akan Kembali ke turkey seperti yang dia tahu.
" tadi kan isteri paksu adyan tanya adik. Adik kenal ke dengan paksu adyan tu ??" tanya harraz yang merenung muka adiknya. dia perasan melihat mood kayla beberapa hari ini tidak baik. Susah kalau mood perempuan ni. semua tak betul dia buat.
dia masih ingat berapa hari lalu kayla marah padanya. sehari dia tak di tegur kayla. kesalahan dia cuma sikit je. Cuma ter salah langgar motor big bike adik dia je.
Masa tu dia memang tak sengaja. tak sedar yang moto adik nya terpaking di belakang keretanya. Dia undurkan kereta terus tumbang moto adiknya. Baru saja dia ingin mengangkat moto adiknya senyap-senyap. Masa tu jugak Kayla keluar. nohhh terus dia kena maki adik nya. Dia hanya mampu tersengih sahaja. Nantilah dia ganti balik." ohh aunty natasya. tahu, sebab hari tu adik ada hantar kan buah tangan kat mereka. Masa tu lah adik tau yang uncle khalid tu adik uncle Adam" kayla tidak mahu menceritakan kepada sesiapa yang kayla pernah berjumpa dengan uncle khalid dahulu. Biarlah disimpan dengan rapat tentang bertapa hancurnya lelaki itu dahulu.
" nihh makan banyak-banyak tau, nanti malam mama papa sampai. Nanti mama tengok baby kurus abang pulak yang kena marah nanti. " arah harraz kepada adiknya. mama nya itu bukan boleh bawa bincang.
"baiklah boss !!!! " kayla mentabik tangan nya di hadapan harraz sambil tersenyum.
" EEEEE !!!!! COMEL ADIK AKU NI !!" kata harraz geram sambil menonyoh pipi dan muka adik nya.
"ABANG !!!!!!!!!!!!!!!!!"
YOU ARE READING
PEMILIK HATI ADYAN SYAH
Romancejika jodoh dah tertulis umur takkan jadi penghalang seperti kisah cinta TUAN ADYAN dan KAYLA AISYA