32

116 11 1
                                    

dahlia sibuk mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat makanan. Dia mahu menyiapkan makanan tengahari nanti ke pejabats adyan.

semenjak hari dia meluahkan perasaannya kepada adyan, dia merasakan lega. Kerana adyan menerimanya kembali. Dan kali ini dia takkan curang lagi di belakang adyan seperti apa yang dia lakukan pada beberapa tahun yang lepas.

Memang benar dia balik secara tiba-tiba ke turkey kerana ayahnya sakit. Di sana, dia juga kenal rapat dengan doktor yang merawat ayahnya semasa sakit. Masa berlalu dan rasa cinta pun berputik antara mereka berdua. Dan Dahlia melupakan cinta  dan janji dia dan adyan buat.

kali ini biarlah dia fokus kepada adyan. Dan dia takkan lepaskan adyan kepada perempuan lain. Sejenak dia pikirkan kayla. lama dah dia tak berhubung dengan kawannya itu. mungkin kayla sibuk sekarang.

Drtttt .......Drtttt ........

Dahlia melihat pesanan di telefonnya.

" babe...... im sorryy.... please forgive me...i will explain all to you..."

Dahlia yang melihat pesanan itu menghela nafasnya menandakan dia menyampah dengan pesanan itu.

" hish lakini....." dia menekan tanda block kepada nombor itu dan menyambung mencari bahan untuk d masaknya nanti.

+++++++

" yuhuuuuuuuu"
" yihiiiiiiiiiii"

mereka memandang muka mikael menunggu perkataan dari mulut lelaki itu. Mikael mengangkat keningnya lalu merengus lalu mengikuti kawan gilannya.

" yihaa" pendek sahaja perkataan yang d sebut mikael.

"HAHAHAHA" haikal dan firas ketawa melihat muka mikael yang merah kerana menahan geram kearah kawannya.

mereka bertiga pergi ke pejabat aryan memandangkan jam tengahhari sekarang masa lunch.

" korang kenapa ? " tanya aryan sambil menutup leptop dihadapannya.

"sibuk betul kau eh.. jum lah lunch sama. jauh tau kitaorang datang sini semata- mata nak ajak kau lunch"

"harraz mana ??dia tak join kita ke  " tanya aryan sambil bangun dari kerusi kerjanya.

" ada... dia terus ke sana nanti " kata mikael

" adyan ? " tanya aryan kearah mereka. walaupun dia merajuk kepada adyan. Dia tetap taknak sama dengan adyan. ingat nak ambil berat ke ? huh. kepala dia lagi keras laa dari adyan.

" maklumlah ada kekasih hati hantarkan bekal. kita yang menyingle ni mana la orang nak hantarkan ! " kata faris sambil berjalan duduk d meja aryan. cantik juga tempat aryan ni keja. Pandai pulak dia kerja. ingatkan makan gaji buta je.

" kekasih ? " tanya aryan sambil duduk d sofanya. sempat dia mengerling ke arah faris yang sedang duduk di kerusi nya.

" jawab haikal... cahhhhhh...." kata faris sambil membuka leptop aryan yang d tutup du hadapannya. dia pelik sebab kat sana sudah ada computer, kenapa la budak ni bawak leptop juga. tak silap dia, ni leptop yang selalu digunakan aryan dalam mission mereka. Dia nak tengoklah mana tau budak tu tengok benda pelik-pelik senang la nak mengadu kat uncle Adam nanti.

" ye , kekasih adyan dahlia tu. tadi kita datang bilik adyan. Dalam masa yang sama dahlia sampai, bawa makanan. " terang haikal kepadanya.

Aryan hanya mengganguk sambil tersenyum sinis. Nampaknya di beruk makye adyan tu masih degil. Takpe, kalau cara nasihat dia tak dengar biar cara kasar je kalini.

" korang.... apa kata kita makan dalam bilik adyan je ? jimat la sikit kan duit kita " aryan mengajak mereka makan di bilik adyan .

" Haaaaa setuju! yang ni aku stuju sangat. Aku oderkan makanan nanti suruh orang hantar ke dalam bilik adyan lah.. jum!!" jawab haikal yang tak sabar itu.

" jum " Mikael pun setuju dengan cadangan aryan. Baginya dia pun tidak seberapa suka dengan dahlia.

" NI YANG KAU CAKAP BUSY ARY??? KURANG ASAM KAU ,KAU SAJA KAN DATANG KERJA SEBAB NAK DOWNLOAD GAME ??" tanya faris sambil membesarkan mata nya melihat skrin d hadapan nya. Dia ingatkan budak tu buat kerja. rupanya tengah download game, edit gambar . haihh baran faris tengok

aryan yang mendengar kawannya hanya ketawa sambil mengaru kepalanya lalu mengikuti mikael dan haikal berjalan keluar. kalau tak keluar cepat-cepat, nanti kena ceramah lagi. Dia tak buat kerja pun dari tadi. sebab dia malas nak hantar kertas ke bilik adyan memandangkan dia masih merajuk kat adyan. Abangnya pula tak pujuk dia.

"Hihihihihihihi kbai.." aryan meninggal kan kawannya seorang di biliknya.

PEMILIK HATI ADYAN SYAHWhere stories live. Discover now