Bab 22

43 3 0
                                    

NAZRI mendengus apabila adik perempuannya, fasha bergayut dilengan han yang masih ligat meneruskan perkerjaanya melayan pelanggan. Nazri kemudian menarik fasha lalu berbisik pada telinganya.

"Fasha...lupakan han. Ada mamat yang lebih handsome dari han Tau! Tapi kau kena mengorat dia la" bukannya nazri tak tahu bahawa fasha laju saja menurut perkataan abangnya apatah lagi bila menyebut 'mamat lebih handsome dari han'

Fasha menjeling. "Yeke? Kalau macam tu bagi detail!" Tangan fasha bersedia terhulur didepan nazri. Nazri tanpa berbasa basi lagi menyerahkan detail tentang Enzo ditangannya.

Fasha amati detail yang diberikan oleh nazri. "Enzo De'luca? Nama pun dah handsome..mesti orang dia hot kan?" Nazri tersenyum puas.

"Dengar sini fasha. Kau kena mengorat dia and korek maklumat tentang keluarga dia, faham?" Fasha hanya mengangguk laju.

"Tapi kan dia pakai mask, macam mana fasha nak tahu mana satu Enzo?" Nazri memberikan gambar abang thariq kepadanya. "ni mamatnya. Dia sedang menyamar tapi kau jangan lurus bendul panggil dia Enzo just call him thariq or ariq"

Fasha menjeling lalu beredar Dari situ. Misi fasha baru saja bermula.

AKU kini berada di cinta's wedding boutique. Ya kawan aku yang sorang tu wedding planner. Pintu itu aku tolak lalu melangkah masuk kedalam. Aku nampak Ainul sedang sibuk menyiapkan baju pengantin sepupunya.

"Ainul! Ada apa apa aku boleh tolong tak?" Ainul menoleh ketika terdengar namanya diseru. "Eh naura bila kau masuk pun aku tak sedar doh. Sorrylah busy sikit lately ni" aku hanya tertawa sambil mendekati nya.

"So ada apa apa aku boleh tolong tak ni?" Ainul hanya berfikir sementara. "Weh tolong carikan camera man yang pro boleh tak? Sebab sepupu aku cerewet sikit. Nanti gambar kawin dia tak cantik bila camera hampeh"

Tiba tiba aku dapat idea yang bernas.

"Eh, cantiknya gambar ni abang!" Zafier hanya tersenyum bangga. "Aku yang tangkap Memang la cantik! Aku kan photographer." Aku mengamati gambar perempuan yang sangat cantik dipanjangkan di dinding bilik abang zafier. "Eh aku kenal la perempuan ni" zafier pandang aku dengan pandang 'explain please'.

"Perempuan yang ada dalam gambar kau ni, kawan aku nama dia Ainul cinta safiya. Cantik kan orangnya?" Zafier meng'oo' saja. "Aku tak sengaja ternampak dia haritu. Mula mula aku pikir dia akan rosakkan gambar aku tapi cantik pula dengan pemandangan tu" aku hanya tersenyum puas. Nampaknya abang aku yang sorang ni jatuh cinta! Love at first sight!

Lamunan aku terbuyar apabila ainul menepuk bahu aku. "Woi, aku suruh kau cari photographer kalau boleh berangan lak"

"Mana ada berangan aku just dah tahu siapa yang sesuai jadi photographer sepupu kau tu" cinta melabuhkan punggungnya di ruang sebelah aku. "Serious la laju gila kau cari? Tadi pun kau berangan je macam mana boleh jumpa. Siapakah gerangan insan itu?"

"Orang yang sesuai jadi photographer sepupu kau tu adalah abang aku yang kedua tu.. zafier" ainul meng'oo'saja sebijik zafier. "Hm boleh la tu"

"Eh ainul, kau perasan tak yang Avia tu macam...dah kawin?" Ainul toleh ke arahku lalu menatap aku pelik. "Avia? Siapa je nak dia?" Kami ketawa besar. Jangan terasa ya Avia. Kami hanya bergurau. "Aku gurau je la..kalau dia dah kawin abang dia mesti tahu kan? Kan abang dia wali" aku angguk setuju. "Tapi kalau kawin kat Thailand tak perlu wali an?"

Ainul angguk setuju. "Yelah kot mana la aku tahu. Saya hanyalah ikan. Tapi kenapa kau Tanya macam tu?" Aku menarik nafas dalam dalam lalu menghembus. "aku nampak noa pakai cincin astu aku nampak Avia macam sorokkan cincin bila jemput Ryder haritu"

"Alah kau ni. Dak Avia sejak zaman sekolah suka buat cincin buatan. Manalah tahu dah besar ni dia beli cincin sendiri" aku angguk setuju. "Tapi kan kalau dia beli sendiri kenapa nak sorok dari Ryder?"

Ainul hanya menepuk bahu aku. "Pening la!  Daripada kita Susah susah kita berteka teki kat sini baik kau Tanya dia sendiri" haahlah tak terpikir lah benda tu. Aku tak nak dia curiga je.

"Okay la kalau macam tu. Eh jap bila majlis sepupu kau ni? Aku dah lapar nak makan nasi minyak nanti!" Tanya aku teruja. Yelah jarang nak jumpa nasi minyak ni. Selalunya kenduri kawin je ada. Aku ni malas nak masak nasi minyak

"Hm 23/8/. Berapa hari je lagi nanti" aku angguk. "Yelah eh aku nak jumpa Avia dulu Tau! Bye" aku berlalu pergi dari situ. Misi aku untuk mengetahui tentang Avia yang paling penting sekarang!

KINI aku duduk berhadapan dengan Avia yang masih lagi menatap aku dengan tatapan risau. Akhirnya Avia bersuara."A-ada apa kau nak jumpa aku ni?"

"Aku nak Tanya..kau dah kawin ke?" Avia aku nampak macam tersentak mungkin terkejut aku tiba tiba Tanya Hal ni. "Kenapa kau Tanya macam tu?"

"Tak adalah haritu kat airport aku nampak jari noa ada cincin and cincin yang dia sarungkan tu di jari manis dia menandakan dia dah kawin. Takkanlah dia kawin dengan orang Lain selain kau?" Avia hanya tersenyum tipis. "Mungkin. Who knows?"

Aduhai kan senang kalau kau bagitahu aku 'aku dah kawin dengan noa' habis cerita! Aku hanya menatap dalam mata Avia. "Serious la?"

"Serious"
"Sumpah?"
"Mana boleh main sumpah nanti makan diri sendiri"

Aku mengeluh. Avia yang sorang ni Memang tak nak menyerah kalah Dari dulu lagi. Walaupun dia Salah dia tetap nak menang. Macam mana lah aku boleh berkawan dengan dia? Oh kalau bukan sebab misi tak ingin aku nak berkawan dengan minah biyul ni.

"Aku kawan baik kau. Takkan perkara yang besar macam ni kau nak sorokkan daripada aku dengan ainul?" Avia tampak bersalah. Aku bingkas bangun dari tempat duduk. "Tak apa lah kalau kau tak cerita aku pergi dulu"

Hampeh punya Avia! Aku dah agak dia tak kan buka mulut. Tiba tiba telepon aku berdering minta diangkat. Icon hijau digesek sebelum telepon ditekapkan ke telinga.

"Larissa"

Terkejut beruk aku lalu aku menjauhkan telepon Dari telinga aku. Aku nampak nama pemanggil 'naira'. aku tekapkan kembali telefon ke telinga aku. "Hoi! Terkejut aku!"

Aku terdengar naira ketawa dihujung panggilan. "Sorry aku nak bagitahu pasal Avia je" terus aku fokus pada naira.

"Kenapa dengan dia?"
"Budak Kita report yang dia dah kawin dengan noa tiga bulan yang lalu. Masa kita kat Italy" aku tersentak. Maksudnya betul la yang diorang dah kawin!

"Tapi diorang kawin kat mana? Kan Ryder perlu jadi wali" langkah ku aturkan ke kereta aku.

"Diorang kawin kat Thailand astu diorang sahkan surat nikah diorang dan berkemungkinan dia akan dikenakan denda" aku hanya tersenyum bangga kerana naira dapat tahu tentang ni.
"And guess what, Ryder never know about them"aku angguk. Maksudnya dioranga kawin tanpa pengetahuan Ryder.

"Kau jangan bagitahu Ryder lak nanti dia curiga. Ingat naura sentiasa bodoh tak macam Larissa yang pandai" aku meng'iya' kan lalu matikan panggilan. Lalu aku menatap langit yang biru. Indahkan hidup orang Lain? Aku tak dapat nak tentukan pilihan sendiri.

𝓡𝔂𝓭𝓮𝓻𝓐𝓾𝓻𝓪 Where stories live. Discover now