Bab 28

23 3 0
                                    

MARISSA cedera parah semasa perjalanan ke sini. Fasha mampu mematahkan segala serangan shasha dan naira. Aku tak percaya fasha sekuat itu.

Enzo terlihat kesal. "Sial! Sikit lagi plan kita dah nak berjaya! Satu langkah lagi kita akan berjaya bunuh semua keturunan Grayson!" Aku mengeluh sambil melihat Marissa yang dirawat oleh adlan itu.

Zachary yang sedari tadi diam akhirnya bersuara jua. "Macam mana ni Enzo? Pasti Ryder akan bertindak dengan lebih pantas. Avia akan dibawa pergi ke negara lain"

Enzo akhirnya mendengus kesal. "Aku tak tahu. Kita tak ada pilihan lain selain kita sendiri yang tarik diri"

Aku bingkas bangun dari tempat duduk lalu memukul meja dengan begitu kuat. "Kita tak boleh menyerah kalah! Mayat enza ditanam oleh lelaki itu dan kita tak tahu pun di mana dia tanamkan mayat enza!"

Enzo mengerling aku yang tampak tidak tenang dengan keputusannya. "Marissa sudah cedera parah aku tak mahu kehilangan adik adik aku kau faham tak!? Aku tak sanggup nak hilang adik beradik aku lagi. Aku tak nak perkara yang sama berlaku pada kauorang semua!"

Aku terbungkam. Semua yang abang aku cakap ada benarnya tetapi aku ni berdarah panglima, pangtiga, pangdua memang tak suka mengalah! Akan aku cari fasha dan berikan hukuman yang setimpal padanya! Aku bersumpah!

Zachary angguk faham. "Kami faham perasan kau Enzo. Kami tak akan bertindak sesuka hati tanpa arahan kau"

Aku mengerling ke arah adlan dan shasha. Mereka berdua adalah orang yang paling setia dengan kami. Shailey membela mereka berdua untuk dijadikan senjata. Bukan mereka sahaja. Sebenarnya banyak lagi. Mereka seakan akan faham apa yang aku fikirkan akhirnya mereka mengangguk.

FASHA terkejut melihat keadaan mata abangnya yang ditikam. Nazri buta sebelah mata.

"Kenapa kau tak elak? Aku pun boleh lepas dari shasha dan Marissa kenapa kau tak boleh elak serangan remeh macam ni?" Nazri menjeling adiknya itu. Mata dah tinggal satu pun ada hati nak jeling orang lagi bisik hati fasha.

"Kau diam la! Atleast aku tak bodoh fikirkan mereka akan tepati janji" fasha menjeling abangnya. Manakan tidak nazri mengunkit kisah bahawa fasha akan dikahwinkan dengan han itu janji zafier atau lebih dikenali sebagai Zachary.

"Boleh tak kau orang diam? Aku penat dengar kau orang bising!" Fasha dan nazri menoleh ke arah sumber suara. Luth masih lagi dengan tangan terkulainya namun perlahan lahan dirawat oleh Salah satu doktor.

"Kita kena susun strategy yang bernas sebelum keluarga De'luca bertindak" ucap Ryder yang masih lagi tak dapat nak terima bahawa naura itu pembelot. Naura nampak polos.

"Amacam perasaan kau bila kau ditipu oleh wanita yang kau cintai, Alex?" Tanya nazri sambil tersenyih.

"Aku rasa sakit. Sangat sakit. Wanita yang aku Cuba lindungi adalah musuh aku sendiri. Dan aku jatuh Cinta dengan musuh sendiri" Ryder meraup wajahnya.

"Aku akan tunjukkan pada Kau Alex yang naura tu pembelot!" Nazri bersumpah dihadapan Alex yang masih lagi berdiri tegak. Ya beberapa hari yang lepas nazri meminta jasa baik Ryder untuk menyempurnakan rancangan kecilnya. Dia menyerang naura di wad Avia.

"Aku tengok mata dia. Aku dah tahu dia adalah Larissa, Alex" nazri gumam sambil menepuk bahu Ryder seolah olah memberi semangat baru padanya.

"Sudahlah yang penting sekarang kita perlu tingkatkan pengawalan! Avia tak boleh mati begitu juga Alex!" Kata kata luth memberi semangat pada yang lain.

Aura..aku akan selamatkan kau. Aku tahu kau takkan buat semua ni. Kau pasti dipaksa. Aku akan selamatkan kau aura. Tunggu aku! Bisik hati Ryder.

AKU menyandar pada dinding sambil mengesatkan air mata. Hati aku sebak. Sebak sangat sampai tak terkata. Marissa nazak. Enzo pula sudah tidak tentu arah sehingga membaling baling barang ke dinding. Zachary hanya tertawa sedih dan kecewa. Zachary Cuba tidak mahu menangis.

𝓡𝔂𝓭𝓮𝓻𝓐𝓾𝓻𝓪 Where stories live. Discover now