[01]nelson's sparrow
ammospiza nelsoni
•
(cw - penggunaan bahan terlarang, bahasa kesat)
bunyi esakkan menyelami bilik yang gelap. cahaya lampu dari ruang luar menyelinap masuk melalui celah pintu. esakkan yang kuat, lama-lama semakin perlahan. tak lama selepas itu, terdengar bunyi hempasan kuat pintu dan riuh rendah.
"oi bangun! dasar sundal semua, kau kerja teruk sangat sampai tak reti bangun!"
mereka dikejutkan dengan suara madam liz yang nyaring membelah langit. jika mereka masih berada di unit apartment lama, pasti berpuluh 'complaint' akan dihantar ke unit mereka.
sembilan orang gadis yang tinggal di dalam banglo dua tingkat itu masing-masing menguatkan diri untuk bersiap.
amy hampir menyumpah melihat muka si gadis baru ketika dia keluar bilik. segera kepala dipusing. mencari seseorang.
"kau nak mati? kenapa mata kau bengkak macam ni hah? pergi rendam tuala dalam ais, tekap ke mata kau!" amy menyergah kalut.
gadis yang berwajah bujur sirih itu terpinga-pinga. baru saja dia mahu bangkit, ada besen kecil diletak di atas meja.
tak sempat hendak mengucapkan terima kasih, orang itu bergegas keluar.
"hanna, kau jangan buat hal! kalau kami semua dibelasah sebab kau, nahas kau!" anita yang nampak keadaan hanna turut risau.
pemandu velfire hitam itu menoleh apabila pintu kereta dibuka. sudah tahu siapa yang akan paling awal. cermin mata hitam dibetulkan.
orang yang datang awal itu terus mengambil duduk ke tempat kegemarannya. menyorok di tempat paling belakang.
madam liz tak mengangkat muka daripada ipad yang dipangku. malas hendak menegur gadis itu.
apabila semua enam gadis masuk ke dalam kenderaan mpv itu, tayar mula berputar. tak lama di atas jalan, velfire hitam itu masuk ke laluan belakang bangunan.
satu persatu gadis itu menunduk masuk ke dalam bangunan yang tampak normal di kawasan metropolitan.
melihat pakaian yang tergantung di rak, gadis itu mengetap bibir. jika difikir suara yang menjerit-jerit di dalam kepala, dia sudah menerjah pintu bilik kamal dan melempar baju itu ke muka lelaki tak guna itu.
amy yang perasan mendengus. "kawal gila kau. si budak baru tu dah cukup buatkan kamal sial tu naik minyak."
muka menoleh. dengan mata kuyu dia membalas, "aku tahu."
amy menjuih bibir. badan dikalih menghadap cermin meja solek, dia membetulkan olesan lipstick di bibir. memastikan penampilan dia sempurna tanpa cela. malam ini sangat penting bagi mereka semua.
membawa baju yang digantung, dia masuk ke dalam tempat persalinan. apabila dia keluar amy mendengus seperti rimas. sakit hati pun ada. "kamal si jantan gila tu. entah apa obses dia dengan bagi kau baju macam ni."
nora rasa mahu merentap off-shoulder dress hitam yang ada di badan. hanya menampakkan sedikit bahu dan paras peha, nora tak merasa bersyukur baju dia lebih sopan berbanding lima gadis yang lain. kerana dia tahu siapa si gila yang memilih baju ini.
nora sentiasa tidak suka dengan cara kamal seperti 'menyimpan dan menyorok' dirinya bagaikan gadis itu hak persendirian dia. nora rasa loya. sejak lima tahun ditipu dan terpaksa menjadi hamba kelab ini, lelaki-lelaki di sekitarnya tak ubah binatang.
YOU ARE READING
Bisa
Romance"jantan kaya tu datang lagi." hanya nama dia diketahui. adri, adrian. setiap kali datang, kamal, manager kelab Lunak akan menyusun semua pelayan macam boneka untuk melayan adri dan kawanannya. "duduk sini okey, i'll protect you from anyone." kewujud...