[09]hematoma
an injury
•
hari pertama nora bekerja berlalu dengan baik pada pendapatnya. dia pulang dijemput oleh azim. nora fikir adri akan ada di dalam kereta tetapi lelaki itu tiada."tuan adri hampir pitam."
"apa?"
adri yang sedang berbaring di dalam bilik membuka mata apabila terdengar pintu bilik dibuka. belum dia sempat bangun, nora meluru dan melutut di tepi katil. tapak tangan gadis itu menyentuh dahi adri.
muka nora berkerut seperti dia mahu menangis. "kenapa ni?" adri bangun dan bersandar ke kepala katil. nora memeriksa setiap inci muka adri.
"encik azim cakap tuan pengsan sebab tak cukup tidur." beritahu nora dengan suara bergetar. mata adri yang layu terus terbuka luas.
dia ketawa perlahan. berani kau azim. aku sepak kau esok. "tak pengsan, nora. saya cuma pening." kepala nora diusap-usap. "okey kerja?"
nora bersila di tepi katil. dagu diletak ke tilam dan dia mengeluh lega. "okey. tuan okey?"
adri masih menyetuh kepala nora. "okey. belum makan kan? saya sudah belikan dinner. pergi mandi lepastu makan."
nora mengangguk. "okey, tapi baru pukul 4:30 petang."
adri pandang jam di meja katil. "oh." dahinya berkerut. nora tersenyum. disentuh lengan adri. "tuan baring. saya mandi. nanti saya teman tuan tidur. lambat lagi nak dinner."
mendengar kata nora terus adri tersenyum lebar. "really?" nora angguk. mukanya serius. "betul. tuan baring lah." adri meluruskan badan. nora tersenyum comel. sempat dibetulkan letak selimut nipis di pinggang adri.
nora keluar daripada bilik adri. dia berpusing menuju ke dapur. dia buka microwave. ada bungkusan makanan di dalam microwave itu. hidung didekatkan, menghidu. tomyam.
nora ketawa perlahan. semasa mereka makan tengahari tadi, nora cakap dia suka makan tomyam thai. mana adri cari tomyam. nora tak rasa kedai masakkan thai ada berdekatan kawasan elit ni. pasti adri suruh azim yang mencari tomyam.
selepas membersihkan diri dan menukar pakaian ke pakaian yang selesa, nora menapak ke bilik adri. dia sibuk mencari buku untuk dibaca di dalam aplikasi play books.
dulu, adri menyuruh dia baca cerita the lord of the rings (lotr) . nora masih ingat, dia hanya baca satu mukasurat sebelum dia sendiri tertidur. menyeringai nora teringat kejadian memalukan itu.
nora membuka pintu perlahan dia mengintai. takut dia mengejutkan adri jika lelaki itu sudah tertidur. mata nora bertembung dengan mata adri. lah.
"kenapa mengintai macam tu."
nora malu sendiri. "saya ingat tuan tidur." dia mendekati adri yang mengiring di atas katil. lelaki itu seperti bersedia menunggu dia. nora mahu bersila di lantai tapi adri membuka selimut. nora lambat memproses.
"cakap nak teman saya tidur. sini cepat."
nora mengulum lidah. tetapi dia tak membantah kata adri. perlahan dia memanjat naik ke atas katil. adri tersenyum lebar. diletak selimut menutup badan nora.
dengan keadaan mengiring, tangan adri menyeluk, memeluk pinggang gadis itu. dagunya diletak di atas kepala nora. adri menghela nafas. nora mengangkat telefonnya.
"apa tu?" tanya adri. tangan kiri yang ada di pinggang nora merayap ke perut gadis itu. menyelak t-shirt nipis dan menyentuh kulit di perut nora. mengelus lembut.
YOU ARE READING
Bisa
Romance"jantan kaya tu datang lagi." hanya nama dia diketahui. adri, adrian. setiap kali datang, kamal, manager kelab Lunak akan menyusun semua pelayan macam boneka untuk melayan adri dan kawanannya. "duduk sini okey, i'll protect you from anyone." kewujud...