[03]wyrġan
to strangle
•
hanna merenung nora yang sedang bersolek di depan meja. sejak tadi lagi dia tak lepas memerhatikan nora. ketika hanna pertama kali tinggal dengan gadis-gadis yang lain, nora merupakan orang yang paling dia tak kenali.
lebih suka menyendiri dan tak banyak bercakap, ianya membuatkan hanna tak boleh menebak personaliti dan sikap nora. hanna menggigit bibir bawah, dia mulai merasa rimas dengan otaknya yang meronta-ronta semenjak beberapa hari yang lalu.
kejadian yang disaksikan oleh dia pada hari rabu yang lalu sedikit membuatkan dia curiga dan resah. tetapi hanna padamkan niat untuk mendekati nora. lebih baik dia lupakan apa yang dilihat. hari ini sabtu, dia boleh berjumpa dengan adri.
"sit down, why are you standing like that?"
hanna menelan rasa kecewa melihat pelanggan yang menempah dia bukan adri. tetapi wajah dimaniskan dan hanna segera mengambil tempat.
di dalam sebuah bilik kelab yang lain, kelihatan nora duduk termangu. bersendirian di dalam bilik itu. bouncer yang tadi mengiringi dia berdiri di luar pintu. nora meramas objek di dalam genggamannya.
ketika dia termenung dan cuba melegakan rasa gelisah, pintu kelab dibuka daripada luar. dia mengangkat muka. terus nora berdiri.
lelaki itu tersenyum. mata tersorot ke arah tangan nora yang menggengam erat. "you did it. i underestimate you."
nora mengetap bibir. lelaki ini tak tahu bertapa gementar dan takut dirinya saat mencuri objek ini daripada dalam laci meja kamal.
"saya tak tahu ini usb yang tuan nak. kamal hanya letak dalam laci. it's not even locked." berbanding rasa gementar dan gelisah yang dia rasa, mencuri usb ini terlalu senang.
malah, dia masuk ke dalam pejabat kamal juga senang. pengawal kelab tak menyoal tindakkan nora. mereka tak kisah dia masuk ke bilik kamal kerana lelaki itu sendiri suka menyeru nora ke situ.
mungkin mereka tak terfikir dalam banyak-banyak orang, nora akan bertindak mencuri sesuatu daripada kamal.
adri mendekat dan diambil usb yang nora sua di atas tapak tangan. dia duduk di sofa dan usb itu disimpan ke kocek seluar. tindak-tanduk adri diperhatikan nora dengan dahi berkerut.
adri menoleh. dengan senyuman dia bertanya, "kenapa tenung saya macam tu?"
"tuan tak nak pastikan itu usb yang tuan nak?"
"hmm nantilah."
sumpah nora tak boleh baca sikap adri. lelaki ini terlalu misteri dan aneh. nora berkira samada untuk beredar. mereka macam sudah tak ada yang nak dibincangkan.
kecuali tentang lelaki ini sepatutnya membayar nora.
adri duduk menyilang kaki dengan kepala bersandar ke sofa. posisi wajib dia setiap kali datang ke kelab. malah dia memejam mata seperti mahu tidur. nora merenung wajah adri.
baru dia perasan lelaki itu mempunyai bawah mata yang gelap. ianya tidaklah terlalu jelas, tetapi masih boleh dilihat. apa adri ada masalah untuk tidur? habis apa yang dia buat di sini? mahu tidur?
"awak boleh menyanyi?" tiba-tiba adri yang senyap bersuara. nora kalut mengalihkan matanya. kus semangat. lelaki itu menoleh. "can you?"
nora geleng kepala. "saya nyanyi sumbang."
YOU ARE READING
Bisa
Romance"jantan kaya tu datang lagi." hanya nama dia diketahui. adri, adrian. setiap kali datang, kamal, manager kelab Lunak akan menyusun semua pelayan macam boneka untuk melayan adri dan kawanannya. "duduk sini okey, i'll protect you from anyone." kewujud...