11 : original musk

137 4 0
                                    


[11]

original musk

a kiehls' perfume



nora tahu bekerja di restoran, walaupun dia sentiasa menaiki kereta untuk pergi dan pulang; tak semestinya kamal tak dapat mencari nora. ketika nora hendak memberikan menu kepada pelanggan, kaki terpasak melihat lelaki yang duduk di sebuah meja di tepi dinding.

berbanding dengan keadaan kamal beberapa minggu lepas, kali ini dia nampak normal. tiada lebam, tiada darah dan reaksi di wajah ketika mata mereka bertembung tampak tenang.

jadi nora juga mengawal perasaan dengan bersikap tenang. selepas mengambil pesanan, nora terus menyerahkan kertas pesanan ke dapur restoran. hani yang turut mendekati kawasan meletak pesanan menyentuh bahu nora.

"kak nora, customer di table 12 tu cari akak. mungkin kenalan akak."

mengingatkan diri yang mereka berada di kawasan penuh orang awam, nora berdepan dengan kamal. lelaki itu melihat nora yang mengenakan seragam pelayan restoran, ketawa. seperti tidak percaya.

"kau kena bela jantan kaya tu untuk jadi pelayan dengan gaji 1.5k? kau bodoh?"

nora menentang renungan kamal. lelaki ini tidaklah nampak hebat apabila sudah tiada balaci yang menjaga dia. malah nora nampak kamal tak ubah seperti jenaka.

"order makanan atau berambus." kata nora. kamal yang tak pernah dihambur ayat begitu oleh nora ketawa. ditepuk-tepuk dada dia.

"aku cakap aku boleh jaga kau kan perempuan? apa yang kau hamak sangat dengan samseng tu? kau ingat dia lagi mulia daripada aku?"

nora sudah bosan nak mendengar luahan dan rengekan lelaki ini. untung saja dia tak tahu macam mana nak laporkan orang ke wad psikiatri. lelaki macam kamal ini terlalu luas imaginasi.

dengan tangan di pinggang, nora bersuara. "aku tak pernah rasa tuan adri tu mulia. aku bukan bodoh kamal. kau yang bodoh fikir aku hamak dengan kau lepas apa kau buat pada aku dan gadis-gadis yang lain."

terus kamal terbangun. kuat bunyi kerusi diseret. jari telunjuk naik. suasana yang agak kecoh membuatkan pekerja restoran kalut mencari abu. nora mengeluh dalam hati.

"kau fikir aku kepala organisasi tu? aku hanya orang tengah. aku tak ada pilihan. aku nak selamatkan kau, sebab itu aku lindungi kau dalam Lunak!"

"kau ingat adri tu tak tahu ada organisasi culik perempuan ni? hey, dia tu anak samseng dalam malaysia ni. kelab tu milik datuk dia. kau ingat dia tak bersalah?!"

nora berpaling. "encik boleh call polis." katanya pada abu yang mendekati mereka dengan muka cemas. abu terus mengeluarkan telefonnya.

"hey, jantan kurus kau berani call polis?!"

nora menghalang kamal yang hendak meluru. muka nora tegas dan matanya merah. "baik kau pergi kamal."

kamal mengetap rahang keras. "kau ingat jantan tu nakkan kau? dia cuma nak rasa kau lepas tu dia akan lempar kau balik ke jalan. kalau tidak kenapa dia boleh ada tunang yang tengah study dekat amerika huh nora? kau bodoh ke nora?"

abu mengangkat telefon di tangan. "bang, saya dah call polis. abang rasa nak duduk lokap?"

kamal terus meludah ke lantai. "kalau dia buang kau, aku sanggup kutip kau huh!" seusai berkata, kamal meloloskan diri.

nora menyentuh dahi dan mengeluh kuat. dia menghadap abu. "maaf encik abu, dia stalk saya dari tempat kerja lama."

abu menggaru belakang leher. "bahaya tu nora. awak tak nak pergi balai, buat laporan. jangan biar dia bebas je."

BisaWhere stories live. Discover now