10 : azkaban

142 4 0
                                    


[10]

azkaban

fictional prison



adri terjaga daripada tidur ketika alarm di telefon bergetar. terus dia mengangkat kepala. mencari nora yang sepatutnya duduk di tepi dia. sudah beberapa malam nora akan datang ke bilik adri dan mengatakan dia mahu membantu adri tidur.

seperti pekerja yang berdedikasi, nora akan duduk di tepi adri dan membaca novel lotr sampailah adri terlena. pada malam pertama, adri menyuruh nora berbaring sekali dengannya tapi gadis itu menolak tegas.

jadi, sudah beberapa hari, adri tidur selepas dibacakan novel oleh nora. selimut di kaki disepak dan adri terus membersihkan diri. dia sudah terbiasa mandi setiap kali pagi kerana cuaca malaysia yang panas.

dia kemudian berjalan ke dapur sambil tangan memegang tuala. dia mengelap rambut yang masih lembap.

akhirnya hari ini nora cuti. adri hanya bersabar melihat nora yang pergi bekerja dan pulang tak bermaya. kesabaran dia sudah dihujung. tapi kerana nora tak merungut, adri tak boleh buat apa-apa.

dia juga terpaksa mengalah apabila nora tak mahu makan tengahari bersama-sama dia. masih dia ingat perasaan tak percaya dia apabila nora memberitahu gadis itu tak mahu makan bersama dia.

adri membuka peti ais. dia masih tak ada barang dapur. rimas pula mata dia melihat keadaan peti ais itu. roti dan telur yang disuruh azim beli juga sudah nak habis.

tak lama selepas adri bangun, nora juga bangun. dia menjenguk ke luar bilik. mendengar bunyi dari arah dapur, nora terus menapak ke situ. dilihat adri sedang menyediakan sarapan seperti biasa. adri menoleh. "hari ni nak beli groceries?"

mata nora terbuka luas dan dia terus tersenyum lebar. teruja. "nak. lepas sarapan ke?" adri ketawa. dikerling jam dinding yang baru mencecah tujuh pagi.

nora terus berdiri di tepi adri. melihat french toast yang dibuat. adri buat french toast yang sangat sedap nora pernah rasa. dan melihat adri bergerak di dapur, lelaki itu nampaknya memang pandai memasak. tak kekok langsung.

mereka berdua duduk di kerusi dekat meja kaunter. adri mengiring merenung nora yang mengunyah roti. dia sudah selesai makan dua keping roti. jari mengelap tepi mulut nora apabila tercalit kesan minyak. jari kemudian dihisap perlahan.

nora buat-buat tak nampak tingkah adri. roti dihabiskan dan dia meneguk kopi yang hangat dengan berhati-hati. "perlahan-lahan, jangan melecur lidah." adri pesan.

diteguk sekali dan nora terus letak cawan ke kaunter. dia pandang rendah terhadap kepanasan kopi itu. adri terus menyentuh rahang nora. "let me see."

nora nganga. rasanya hujung lidah dia terbakar kerana rasa sakit. mata adri mengecil. jari dibawa menyentuh ke lidah nora yang ada nampak merah daripada biasa. nora mengerutkan dahi.

"kan dah melecur. nak letak ubat?" ditarik jarinya. nora mengulum lidah. "ubat apa?" selalu kalau melecur mulut, nora tahan ja. tak kuasa dia nak letak ubat.

adri padang nora dalam-dalam. nora mula rasa ubat adri tu bukan sesuatu yang dia nak. senget senyum adri. "letak ubat okey?" berkerut-kerut muka nora.

bila adri ketawa dan mendekatkan muka, nora memejamkan mata. bibir lelaki itu lembut mengelus bibir nora. lidahnya yang melecur tadi pun disentuh. ini ubatnya.

ciuman dileraikan apabila nora sudah hampir rebah ke belakang akibat ditolak adri yang berdiri. tapak tangan memegang kepala gadis itu. mata adri tajam merenung mulut nora yang sedikit terbuka.

BisaWhere stories live. Discover now