[17]nur
light
•
"rm 100 saja? along, bagilah lagi. kariah surau nak kena bagi makan. sekarang kenduri bukan murah."
nora yang sedang membantu mengemas ruang tamu rumah tak menoleh pada adik-beradik tirinya. selepas sahaja mayat encik razak dikebumikan, keluarga mereka perlu mengadakan kenduri doa selamat selama tiga malam.
nora meletakkan kusyen di sofa. sambil itu dia mengintai ke tingkap. mencari kelibat adri. tak susah nak cari lelaki itu kerana dia sahaja nampak berbeza dalam kelompok orang ramai. nora berjalan ke pintu utama.
belum apa-apa, tangan dia ditangkap seseorang. nora menoleh dan perlahan cuba menarik tangan daripada sentuhan azmir. dahi nora berkerut tidak selesa dengan tingkah lelaki berusia lewat 30-an itu.
"ni, bagi la sikit duit. nak pakai buat kenduri untuk ayah." kata azmir. aziz dan azlina tertunduk malu dengan sikap abang sulung mereka. nora menangkap cengkaman tangan azmir dan dengan keras dibuka tangan lelaki itu.
azmir menyeringai sakit apabila nora sengaja mencengkam kukunya kuat. pegangan terlepas. wajah nora sedikit pun tak berubah. dia tetap kelihatan lembut dan tenang dengan senyum kecil di bibir.
"berapa nak minta duit?" tanya nora.
puan amira yang kebetulan mendengar segera mendekati mereka. kepala digeleng-geleng. "jangan nora. tak apa, duit pencen ayah korang ada lagi."
"mak, duit pencen tu nak guna untuk sara mak dengan adik-adik. biarlah nora bagi. dia pun anak ayah kan? along tak ada duit dah."
nora mengangguk. "ya, simpanlah duit tu. berapa selalunya nak guna untuk kenduri 3 malam, makcik?"
azmir mahu membuka mulut tapi puan amira lebih pantas. "dua ribu dah cukup. setakat makan jiran tetangga saja."
"okey. sekejap saya pergi bank."
nora menyarung sandal. adri terlihat berdiri di laman rumah seperti menanti dia. nora tersenyum hambar. mereka berdua berjalan ke kereta sambil diperhatikan keluarga di rumah encik razak.
adri menoleh setelah mereka di dalam kereta. dia mengeluarkan satu pack wet tissue yang ada di pintu kereta. ditarik sehelai tisu dan ditekan lembut ke mata nora yang bengkak. nora ketawa perlahan.
"saya macam ikan buntal."
"tahu tak apa. kepala macam mana? okey?" tisu diletak ke tepi dan pelipis nora dipicit lembut. nora memejam mata. rasa nyaman sedikit sudah jauh daripada rumah itu dan penghuninya.
sejak tadi, dia hanya bersabar mendengar ahli keluarga puan amira yang kuat bertikam lidah dan bergosip. kenduri untuk jenazah sudah macam tempat mengumpat. sudah pasti, nora dan adri tak terkecuali daripada isu perbahasan mereka.
"adri saya nak pinjam duit boleh?" nora buka mata. adri senyum nipis. bukan dia tak dengar apa yang dicakapkan keluarga tiri nora. malah dia menyabarkan diri daripada menerkam azmir yang berani memegang tangan nora begitu tadi.
adri menyelak lengan jubah. ada kesan merah di pergelangan tangan gadis itu. mata adri berkelip. ada rasa panas mula menggelegak. dia perasan pandangan azmir pada nora sejak mereka sampai.
YOU ARE READING
Bisa
Romance"jantan kaya tu datang lagi." hanya nama dia diketahui. adri, adrian. setiap kali datang, kamal, manager kelab Lunak akan menyusun semua pelayan macam boneka untuk melayan adri dan kawanannya. "duduk sini okey, i'll protect you from anyone." kewujud...