[12]warda
rose
•
"kau nak tahu apa nama tunang samseng tu?"nora tak mengendahkan kamal. dengan cermat diletak pinggan yang berisi truffle aglio olio ke meja. memastikan kerja dilakukan selesai, nora kembali ke stesen dia.
abu mencekak pinggang. "nora, saya boleh call polis."
dulang hitam dipeluk ke dada dan nora merenung kamal yang dengan lagak memutar garfu ke dalam spagetti yang dia pesan. si gila itu sudah banyak hari datang untuk makan di restoran ini.
"tak apa encik. saya nak tengok sampai mana dia nak buat sketsa ni." kamal silap jika lelaki itu fikir nora akan mudah digertak selepas apa yang dia lalui. sepertinya kamal ingin menggunakan taktik kotor itu.
tunang. nora tak terkejut lelaki seperti adri ada tunang. ataupun kekasih. bukankah lagi pelik jika lelaki itu tiada? nora pun sudah lebih awal bersedia. bersedia tentang apa saja maklumat mengenai adri yang akan dia ketahui.
lagipun... jelas adri hanya mahu nora jadi perempuan simpanannya. kan?
abu geleng kepala. sedikit terkejut kerana nora tampak tenang berdepan dengan lelaki gila itu. dia sendiri menahan marah melihat cara kamal memerhati nora yang melayan pelanggan di dalam restoran.
"dia bekas teman lelaki akak ke?" hani tak dapat menahan sifat ingin tahu dia yang membuak-buak. sudah banyak hari dia memaksa mulut untuk dikatup rapat.
hani mencubit isi di lengan kawannya. manakala liyana meluaskan telinga. mahu tahu juga gosip tentang nora dan lelaki di meja pinggir restoran itu.
dengan muka kosong nora jawab, "bukan boyfriend. dia gilakan akak."
uhuk-uhuk! tiga orang gadis itu terus tersedak manakala abu menahan gelak. nora hanya memekakkan telinga mendengar liyana yang mencemuh dia sebagai terlalu 'perasan'. dia pun tak hingin dikejar lelaki macam kamal.
nasib baik kamal tak berani menunggu nora sehingga gadis itu tamat shift. lelaki itu beredar sebelum nora habis waktu kerjanya. kamal pasti tahu bodyguard adri yang akan mengambil nora pulang.
nora mengeluh penat.
tak sedar dia juga sebenarnya tertekan dengan jolokkan kamal beberapa hari ini. nafas ditarik dalam. apabila membuka pintu kereta, nora sedikit terkejut melihat adri duduk di kerusi penumpang. muka yang penat terus berubah segar.
"tuan." nada nora sedikit gembira. cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta. tali pinggang dipasang. tetapi adri kelihatan masih leka merenung telefon di tangan. jadi nora mendiamkan diri tak mahu menganggu adri.
kereta bergerak perlahan mengharungi keadaan trafik yang sedikit sesak. nora letak tangan ke riba dan merenung ke depan. adri yang tadi merenung telefon menyimpan gajet itu ke poket blazer. adri merenung nora seketika kemudian diusap belakang gadis itu.
"kerja okey beberapa hari ni?"
nora angguk. "customer ramai sedikit sebab cuti peristiwa tapi saya okey."
"owh okey..." adri membuang pandangan ke tingkap kereta. mata lelaki itu sedikit lain. kemudian ditenung nora kembali. bibir tersenyum. "sampai bila saya kena tunggu awak cakap tentang kamal, nora?"
suasana dalam kereta sunyi.
azim memandu tenang. sesekali dia memberikan signal, menukar laluan. bunyi deru enjin dan pendingin hawa menemani mereka.
YOU ARE READING
Bisa
Romance"jantan kaya tu datang lagi." hanya nama dia diketahui. adri, adrian. setiap kali datang, kamal, manager kelab Lunak akan menyusun semua pelayan macam boneka untuk melayan adri dan kawanannya. "duduk sini okey, i'll protect you from anyone." kewujud...