06 : flagrantia

165 4 0
                                    


[06]

flagrantia

scorching heat


(cw : ada adegan 18+, maaf sesiapa yang tidak mahu baca, boleh skip apabila ada tanda * )

bunyi ketul ais berlaga gelas kaca. gelas kecil itu sudah kosong. cecairnya diteguk sekaligus. tekak terasa dijilat api tetapi emosi yang tadi tegang menjadi kendur. badannya makin lembik bersandar. adri menghela nafas perlahan.

matanya dipejam. ada sentuhan jemari lembut yang mula meramas tapak tangannya. rick yang menjadi pengawal baru adri memerhati majikan dia yang semakin mabuk. rick menggantikan azim kerana lelaki itu ditugaskan di kediaman adri.

"tuan... kenapa ni? tuan minum banyak malam ni." hanna mendekatkan duduknya. dengan lembut hanna melabuhkan kepala dia bahu lelaki itu. tapak tangan adri digenggam.

anita dan amy yang kebetulan menunggu minuman untuk dihantar ke pelanggan tercengang melihat keberanian hanna. mereka saling berpandangan. "woah perempuan tu..."

"tuan adri pun, sejak dulu biarkan saja perangai hanna."

"nak saya tolong tuan tidur?"

perlahan adri membuka mata. gadis di tepi dia bukan gadis berambut kerinting yang sedang berlari-lari di fikiran. wajah hanna ditenung dan adri memberikan senyuman. "tidak perlu hanna. i think my insomnia is going to heal."

senyuman hanna terkaku dan dia menegakkan badan. dengan wajah menahan kerutan hanna bertanya. "macam mana boleh elok?"

adri bangun. kerana pengaruh alkohol, dia hampir terduduk balik tetapi rick tangkas menampung badan adri. dipandang hanna sekilas apabila gadis itu turut memegang lengan adri. "let me, miss."

hanna mengetap rahang dan melemparkan jelingan tajam. berasa tidak puas hati dengan ayat rick. selama ini dia rasa hanya dia yang dibenarkan bersama adri.

"tuan, kemana harus saya hantar tuan?" rick tak mengendahkan hanna yang sedang merenung dia tajam. dipapah adri dengan berhati-hati.

"hmm, i'm going home to my birdy."

hanna hanya mampu melihat belakang adri dan rick yang perlahan meninggalkan dia. buku lima dicengkam kuat di sisi badan sehingga terasa kukunya menekan di tapak tangan.

mata nora terbuka apabila terdengar bunyi di luar bilik. segera dia bangkit daripada katil dan berlari ke sudut bilik. jantung berdegup kencang. dia masih resah ditinggalkan sendirian di dalam rumah besar ini.

meluaskan telinga, nora cuba mendengar siapa di luar itu. terdengar suara adri, nora memberanikan diri ke pintu. dibuka kecil dan dia mengintai. sejurus itu dia ternampak seorang lelaki memapah adri yang terlihat mabuk.

lelaki itu sedar ada bukaan di satu pintu bilik menoleh. "cik nora."

"nora?" adri yang mabuk juga menyebut nama nora. kepala yang menekur ke bawah diangkat dan dia menoleh. mata dikecilkan. kemudian dia tersenyum. "nora. come here."

nora membuka pintu biliknya dan menapak keluar. dia melihat lelaki berbaju sama seperti azim meletakkan adri ke sofa di ruang tamu. nora mendekat dan duduk di sofa. dia melangut, memandang rick.

"cik nora..."

"go, rick." belum apa-apa adri sudah mengarah rick pulang. lelaki itu mabuk tetapi dia sudah merenung rick yang terkulat-kulat di depan nora. rick perasan renungan adri segera berundur.

BisaWhere stories live. Discover now