[02]black mamba
dendroaspis polylepis
•
tap.
tap.
tap.
bunyi sebatang pen diketuk dengan ritma perlahan bagaikan satu bunyi yang sangat membingitkan. nora bersandar di sofa dengan renungan ditala ke depan. dia berlagak seolah-olah dia tak mengerti mengapa sebaik sahaja tiba di kelab, bambu kamal sudah mengheret dia ke pejabat lelaki itu.
"aku tengok rakaman cctv semalam." kamal memulakan bicara. di depannya ada sebuah komputer. di skrin komputer, jelas rakaman cctv yang dijedakan.
di rakaman itu, jelas kelihatan laluan ke tandas kelab. seorang gadis duduk bertinggung, mengelak daripada melakukan tugasannya.
dan ada susuk tubuh tinggi lampai berdiri di laluan yang sama. kamal tak dapat memastikan identiti lelaki tersebut kerana lelaki itu membelakangi kamera. tetapi melihat reaksi nora, kamal pasti lelaki itu menegur nora.
"aku cuma duduk sekejap di situ." kata nora.
"oh?" kamal menoleh. merenung nora yang menyilang tangan ke dada. gadis itu mempamerkan riak selalunya. masam mencuka dengan matanya dikecilkan.
"aku sebenarnya lebih berminat dengan customer lelaki yang berbual dengan kau di hallway ni. siapa dia? apa yang korang bualkan?" pen digenggaman mulai diramas. kamal tersenyum.
nora mendengus. "aku tak kenal pelanggan itu. dia cuma tanya aku okey atau tidak sebab aku duduk di situ. aku cakap aku okey dan dia pergi."
kamal merenung nora. beberapa ketika kemudian dia mengeluh. "baiklah. kau boleh pergi."
tanpa menunggu sesaat, nora menegakkan badan dan bergegas keluar. sebaik sahaja pintu ditutup, nafasnya dilepaskan. terasa mahu saja dia mencarut kepada kamal. lelaki ini semakin merimaskan.
nora tidak sedar bila ianya bermula, ketika dia pada awalnya dipaksa menjadi pelayan di dalam sindiket haram kelab 'Lunak', kamal sudah ada.
dialah bos, dialah manager. semua berkenaan hal kelab dan pekerja kelab, dibawah pengendalian kamal. nora tak pernah menimbulkan masalah, walaupun dia menangis-nangis minta dilepaskan, nora tak pernah berani menimbulkan marah kamal.
tetapi kerana itu, kamal mulai memberi perhatian istimewa terhadapnya. pada awal lagi nora sudah mula merasa gerun dan loya dengan sikap kamal seolah-olah lelaki itu penyelamatnya. kamal sering bercakap seperti nora bukan diculik dan diugut untuk bekerja di kelab ini.
si gila itu malah suka mengongkong nora tentang pemakaian dan pelanggan yang nora layani. nora tahu kamal pasti khayal dan mempunyai fantasi yang tidak logik tentang dirinya.
'jantan bodoh, kau fikir aku akan jatuh dengan fantasi gila kau.'
"apa yang kamal nak dengan kau?"
hampir dia menjerit apabila anita muncul sebaik sahaja dia membelok di hallway. nora mengeluh dan mengelak badan gadis itu yang dekat dengannya.
"kau fikir dia nak apa?"
anita mengeratkan dahi dengan muka seolah dia tertelan asam. kepala digeleng-geleng. "aku tak faham kenapa pemilik kelab ini tak pernah tunjukkan muka. kalau dia ada, sekurangnya kamal itu sedar diri sedikit. dia berlagak macam dia miliki kita semua. dasar jahanam."
YOU ARE READING
Bisa
Romance"jantan kaya tu datang lagi." hanya nama dia diketahui. adri, adrian. setiap kali datang, kamal, manager kelab Lunak akan menyusun semua pelayan macam boneka untuk melayan adri dan kawanannya. "duduk sini okey, i'll protect you from anyone." kewujud...