[15]pirouette
a ballet move (spin)
•
memerlukan beberapa kali rayuan untuk adri membenarkan nora pergi keluar ketika lelaki itu bekerja. syaratnya, nora ditemani azim. kerana sudah dibenarkan keluar, nora tak kisah ada azim yang menjadi bayang.
walaupun lelaki itu berpakaian sangat kemas dan janggal untuk berjalan-jalan, nora tak kisah. nora memegang bakul sementara dia membelek barangan di dalam daiso. dipilih selipar di dalam rumah kerana selipar sedia ada terlalu besar untuk kakinya.
"ini kad debit. you can paywave it, use pin payment, or withdraw cash from atm. this is the pin." pagi tadi adri berikan dia satu kad debit hong leong bank. lelaki itu tak beritahu nora ada berapa banyak duit di dalam kad ini.
nora nak tergelak. kau betul-betul jadi mistress nora. nora tak mahu menggugat emosinya dengan terus memikirkan isu kad debit itu. dia terus melakukan pembayaran. dia kemudian berjalan masuk ke dalam sephora.
produk skincare yang selalu digunakan diambil begitu juga dengan alat solek. tingkah nora sangat cepat daripada mengambil dan beratur di kaunter bayaran. azim yang berdiri tidak jauh di luar sephora hanya memerhati.
selepas itu nora masuk pula ke dalam butik victoria secret. tak sampai 30 minit, kelihatan nora keluar dengan bag di tangan. walaupun kaki nora pendek, dia melangkah besar dan cepat.
akhirnya dia tiba di depan mc donald. tapak tangan mengusap perut yang berkeroncong. selepas membuat pesanan, nora duduk di meja. beg shopping diletak ke tepi dan telefon dikeluarkan.
melihat ada mesej dihantar oleh adri.
-sayang, tell me what did you buy in vs boutique?-
-are you stalking my purchase, mister adrian...-
sejurus mesej itu dihantar, terus adri menghubungi dia. nora meletak telefon ke tepi telinga. terdengar ketawa lelaki itu. "saya tak stalk. the notification popped out on screen; hence i'm asking. so... what did you buy?"
nora memberikan senyuman ketika pekerja mc donald menghantar pesanan ke mejanya. perlahan diucap terima kasih. "cakap dengan siapa?"
pekerja lelaki itu tersenyum lebar.
"oh, ni saya makan mc donald's. staff hantar my order."
"i wasn't aware they bring your food to you..." nada lelaki itu sedikit tak puas hati. dia masih terbayang nora yang bersiap pagi tadi semasa dia mahu keluar ke pejabat.
nora ketawa geli hati. "saya tak tahu. budak tu hantarkan. mungkin sebab saya tak dengar dia panggil. " sebatang fries dimasukkan ke dalam mulut.
adri mengetuk jari di meja. menyesal kerana dia tak ikut nora sahaja hari ini. dia ke pejabat kerana ada mesyuarat ahli pengarah. rupanya mereka hanya nak membincangkan urusan majlis keraian ulang tahun perkahwinan datuk dan neneknya.
"kalau ada lelaki kacau, jerit nama azim. he can give them a smack or two. he does mixed martial arts."
"okey saya akan jerit nama azim kalau diganggu."
mereka berbual kosong untuk beberapa minit sampailah adri meminta diri. selepas mematikan panggilan, nora kembali fokus kepada makanan di depannya. air cola yang sudah cair aisnya diteguk.
baru sahaja dia mahu menggigit apple pie, kerusi di depannya ditarik. sedikit terkejut nora dibuatnya. azim yang duduk di kerusi di luar menurunkan telefon di tangan. bersedia mahu mendekati nora melihat tetamu tidak diundang itu.
YOU ARE READING
Bisa
Romance"jantan kaya tu datang lagi." hanya nama dia diketahui. adri, adrian. setiap kali datang, kamal, manager kelab Lunak akan menyusun semua pelayan macam boneka untuk melayan adri dan kawanannya. "duduk sini okey, i'll protect you from anyone." kewujud...