08 : cafe 1930

148 1 0
                                    


[08]

cafe 1930

by astor piazolla


sebuah kereta hitam berhenti di depan tempat parking restoran. penumpang kereta itu tak keluar dan enjin masih tak dimatikan.

adri mengangkat kening melihat nama restoran itu. tak pernah dia tahu wujud restoran ini tak jauh daripada kawasan kediamannya. mungkin restoran baru dibuka.

tangan nora masih digenggam. adri menjenguk lagi. mereka berdua di kerusi penumpang belakang. nora sabar menanti adri melepaskan dia. gadis itu berpakaian serba hitam dengan sneakers. rambut nora disanggul kemas tanpa ada sehelai pun yang terkeluar.

"part time kan?"

"ya part time. habis pukul 4 petang."

adri tarik nafas. dia masih tak puas hati. sejam nora hanya dibayar 10 ringgit. lebih baik dia saja bagi nora gaji tanpa perlu gadis itu bekerja. nora perasan ura-ura adri seperti tak mahu bagi dia keluar daripada kereta.

"saya dah lambat tuan." nora menarik tangannya. kalut dia membuka pintu kereta. tetapi tak boleh. terus dia pandang azim yang ada di tempat pemandu.

adri mengurut dahi. "okey. telefon, tak lupa?"

nora sentuh poket seluar. "ada. dompet pun ada dalam beg." adri angguk. kemudian dikerling azim. barulah lelaki itu menekan butang unlock. nora mengecilkan mata.

adri masih tak lepas melihat nora yang nampak tak kekok masuk ke dalam restoran itu. dia mengeluh dan bersandar. azim mencuri pandang majikannya di cermin pandang belakang.

"tuan nak saya hantar budak ke sini?"

"tak perlu." laju dia menangkis. jari telunjuk mengetuk lutut. perlahan kemudian makin laju. batang hidung pula disentuh, dipicit. "let's go."

kereta hitam itu mula meninggalkan kawasan restoran. nora yang ada di dalam mengeluh di dalam hati. dia kembali menumpukan perhatian kepada supervisor di depannya.

seperti yang nora jangka, menjadi pelayan restoran lebih mudah berbanding di Lunak. tak ada lelaki yang tiba-tiba menarik tangan dia. tak ada lelaki mabuk yang mahu mengajak dia menari. tak ada cemuhan diterima apabila dia menolak.

kerana nora terbiasa bekerja di Lunak sepanjang malam, dia terasa masa berlalu cepat. nora merenung tangannya yang ditarik seorang pekerja restoran bernama, liyana.

"pilihlah nak makan apa, kak nora. nanti kitchen akan sediakan. lepastu yana akan tolong key-in dekat sistem untuk meal akak hari ini." liyana budak berusia 21 tahun. ceria dan peramah. nora pula kekok nak bergaul.

nora melihat buku menu yang dibuka. suri dan hani kebetulan mahu memesan makanan pekerja mereka juga melihat. "kak nora, akak cakap akak asal dari perak? perak dekat mana?" tanya suri.

"dekat taiping." jujur nora beritahu. dia agak tak selesa disoal tentang hal peribadi tetapi dia angkat positif kerana mereka ingin berkenalan dengannya. liyana menyentuh pipi nora. "tak sangka akak ni dah 27 tahun. akak awet muda."

nora senyum kekok. disentuh tempat liyana mencuit pipinya tadi. nora rasa macam dikepung. sabar. nora mengucap dalam hati. baru sahaja mereka nak bertanya lebih, abu, supervisor restoran muncul.

mencicit suri dan hani. liyana pula terus menghadap sistem register dengan muka manis. "kak nora pilihlah nak makan apa."

abu mendekati. "nora."

BisaWhere stories live. Discover now