[16]12th reason
not 13th yet
•
"kejap."adri menoleh. tangan yang membuka pintu kereta rolls royce ditarik balik. "kenapa? ada tertinggal barang?" diletak cabin luggage ke lantai dan dia dekati nora yang seperti tengah berfikir.
nora berkerut-kerut. lama ditenung kereta yang tak pernah dia ketahui milik adri itu. nora ingatkan kereta mercedes yang azim selalu bawa itu ialah kereta adri. mengapa mereka tak menaiki kereta itu sahaja?
"nora?"
"saya minta maaf, tapi saya nak tanya satu soalan."
adri mengangguk. "kenapa?" nora menggigit kuku ibu jarinya. adri lembut menarik tangan gadis itu menjauh daripada terus mengigit kuku.
"mana kereta hitam tu?"
"the mercedes?" tanya adri balik.
nora angguk. adrian masih keliru tetapi dia tetap melayan pertanyaan nora. "ada. dekat sana." jari menunjuk ke arah kereta yang diparkir di petak di sudut bertentang dengan mereka sekarang. mercedes hitam jenis suv itu ada tersadai.
"kita naik kereta tu boleh...?"
adri tak dapat menahan ketawa. "mestilah boleh. jom." luggage diangkat dan tangan nora ditarik mengikut dia. nora tersipu malu. harap adri faham kenapa dia yang teragak hendak menaiki kereta rolls royce.
sempat nora memeriksa ketinggian kereta suv itu. kereta ini sudah tinggi. pasti takkan tersangkut kalau memandu di kawasan pedalaman. adri hanya tersenyum melihat tingkah nora. selepas meletakkan beg yang dibawa ke belakang dan berjalan ke arah nora.
"terima kasih..." ucap nora saat lelaki itu membukakan pintu untuknya. nora memanjat naik. dia duduk dan memasang tali pinggang keselamatan. dibetulkan duduknya supaya dalam keadaan selesa.
dia memakai jubah dan selendang hitam yang dibeli tempoh hari ketika dia berjalan di luar. adri pula memakai tshirt putih, cardigan hitam dan jeans biru lusuh.
adri masuk dan bersedia untuk memandu setelah memastikan nora selesa. kerana mereka keluar pada jam sembilan pagi, keadaan trafik menghala ke tol tidaklah terlalu sesak. perjalanan akan mengambil masa hampir tiga jam untuk sampai.
"kalau awak penat drive, kita berhenti rnr." kata nora kepada adri. padahal adri segar bugar. matanya terbuka luas. tak langsung merasa penat walaupun semalam dia pulang lewat daripada majlis keluarganya.
"iya kalau saya mengantuk, kita berhenti dan awak boleh bantu hilangkan mengantuk saya dengan ciuman."
berkerut-kerut hidung nora mendengar ayat selamba adri. pertama kali mereka di atas jalan raya. nora tegak duduk. menemani adri yang memandu santai. sesekali gadis itu menawarkan snek yang dibawanya kepada lelaki itu.
mereka kemudian berhenti di rnr sungai perak untuk makan. adri meraih jemari nora. mereka berdua sudah lama tak singgah tempat perhentian rehat. kedua-dua mereka sedikit keliru nak kemana.
adri membetulkan letak cermin mata gentle monster dibatang hidung. tangan nora diraih perlahan mengikutnya. nora juga memakai kaca mata hitam. melilau melihat keadaan sekeliling.
"adri, saya nak pergi tandas."
"okey jom."
adri menunggu nora yang masuk ke dalam tandas. dia memeluk tubuh di depan kawasan tandas wanita. tak terkesan langsung dengan pandangan orang terhadapnya. nora pula tak mahu berlama di dalam tandas mengingatkan lelaki itu yang berdiri di luar.
YOU ARE READING
Bisa
Romance"jantan kaya tu datang lagi." hanya nama dia diketahui. adri, adrian. setiap kali datang, kamal, manager kelab Lunak akan menyusun semua pelayan macam boneka untuk melayan adri dan kawanannya. "duduk sini okey, i'll protect you from anyone." kewujud...