14 : silhouette

155 1 0
                                    


[14]

silhouette

outline



"adri. cuba sebut."

mereka berdua duduk di sofa menonton televisyen ketika adri meminta nora berhenti memanggil dia 'tuan' dan mula memanggil lelaki itu dengan namanya. nora mengalihkan mata daripada rancangan dokumentari netflix.

adri duduk di belakang nora sambil dipeluk badan gadis itu daripada belakang. sejak tadi dia tak fokus langsung ke program di kaca tv. dia bermain dengan rambut nora, apabila nora suruh dia berhenti, dipaksa nora sebut nama dia pula.

"adri." kata nora tanpa teragak.

terus adri ketawa dalam rasa tak percaya. ditarik gadis itu menghadap dia dan terus digigit dagu nora. "ow! kenapa gigit." nora mengelak dan leher dia pula menjadi mangsa.

terjerit-jerit nora dibuatnya. "senang je sebut. kenapa selama ini nak panggil saya 'tuan'. buat saya macam tua sangat." gigitan bertukar jadi kucupan. sesakali dihisap geram sampaikan nora kesakitan.

dengan nafas tak cukup, nora menjawab, "saya panggil tuan sebab semua orang panggil begitu. mana tahu saya boleh panggil nama selama ni." nada nora mengusik.

hidung adri berkerut. "kalau orang melayu, panggil kekasih apa?" nora ketawa. "tak tahu saya." adri dengan geram mengucup bibir nora. "jangan tipu. apa, cepat. abang? sayang? baby?" setiap perkataan, diselangi dengan kucupan.

naik lemas nora. "saya panggil awak adri saja, tak boleh?"

adri berhenti. "sebut lagi. leretkan nada macam merayu." mengecil mata nora. macam-macam permintaan lelaki ni. didekatkan bibir ke telinga adri. "adrian..."

"ack!"

terkejut nora bila adri mengangkat dia dan dibaring ke badan sofa. lelaki itu terus memanjat naik dan mengucup mulut nora. tangan kiri lelaki itu menarik peha nora naik ke pinggangnya dan dielus-elus.

erangan adri dekat di telinga dan nora turut merasa getarannya. tangannya mengurut bahu adri. "again." bisik adri meminta.

dengan nada meleret nora mengeluhkan nama lelaki itu. "adrian...ah!" serentak adri kembali mengucup bibirnya. tangan lelaki itu mulai merayap ke pinggang.

baju t-shirt yang dipakai diselak dan tapak tangan lelaki itu mengurut perut nora. perlahan tangan itu merayap naik. dada nora bergetar saat terasa bralette yang dipakai ditolak ke atas oleh adri.

desahan nora membuatkan adri semakin berani. dia melepaskan ciuman dan memandang ke bawahnya. baju gadis itu terangkat tinggi dan satu tangannya meramas kelembutan di dada nora. liur ditelan berkali-kali. satu lagi tangan mula menjalar ke getah seluar di pinggang nora.

setelah adri selesai melampiaskan keinginan yang membuak sejak pagi tadi, kepala diangkat. dia bersandar di sofa dengan nora terbaring di dadanya. gadis itu tertidur kepenatan. adri membawa ibu jari menyentuh pinggir mata nora yang basah.

dibawa jari dan dihisap. masin. gadis itu teresak-esak tadi. adri berdehem perlahan apabila nafsunya seperti dijentik lagi mengingat apa yang berlaku tadi. perlahan disentuh dagu nora dan dikucup bibir gadis itu untuk meredakan perasaan.

"urmm..." nora merengek kerana tidurnya diganggu. gadis itu sudah tak cukup tidur malam tadi, siang hari pun diganggu. kasihan dia kepenatan. adri memang tamak. sudah dapat, makin menjadi-jadi gatal dia.

sambil dia memujuk nora kembali tidur, adri menggapai telefon yang diletak di meja tepi sofa. skrin telefon disentuh. beberapa mesej diterima daripada nombor tak dikenali. diabaikan. dia kemudian membaca mesej daripada azim.

BisaWhere stories live. Discover now