seminggu kemudian ,
Tokma mellisa sudah pun discharge. Mellisa sedang bekerja di tempat kerjanya sambil dibantu oleh sahabatnya.
" neeya , kau tolong ambilkan aku pisau tu kejap " arah mellisa kepada sahabatnya.
" ha nah " kata daneeya sambil memberikan pisau itu kepada sahabatnya.
" beb , esok aku nak pergi bercuti. kau nak ikut tak ? aku dah tanya sha , dia cakap dia nak ikut jugak " tanya daneeya sambil membersihkan pisau yang dipenuhi darah itu.
" hmm.. aku rasa aku nak ikut kau. tapi tulah aku tak bagitahu bonda lagi. takut nanti dia tak izinkan aku pergi pulak " balas mellisa yang sedang membuka glove berwarna putih itu lalu dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di sebelah meja peralatan pembedahan.
" kau ni memang anak mak betul al kan. sikit - sikit nak kena bagitahu bonda. cuba sekali tu kau tak payah bagitahu dia boleh tak " kata daneeya naik menyampah dengan perangai sahabatnya yang sikit - sikit nak kena bagitahu maknya dulu. lepastu baru diizinkan.
" eh kau neeya ! cakap baik - baik sikit eh. mulut kau tu tolong jaga sikit , jangan nak kurang ajar sangat ! selagi aku ada mak , selagi tu lah aku nak buat apa - apa aku kena bagitahu dia. sebab dia tu syurga aku !! dah lah kau !! blah ahh ! aku tak jadi nak ikut kau esok , malas aku nak melayan perangai kau yang tak semenggah ni " marah mellisa lalu berlalu pergi meninggalkan sahabatnya.
" lahh kok ngamuk ? lantak kau la mel !! period kot " kata daneeya sendirian. kemudian dia juga keluar daripda bilik itu dan pergi ke biliknya.
Mellisa masih lagi kepanasan dengan sahabatnya. Dia berjalan keluar daripada biliknya. Tidak lupa kot putihnya dan iphonennya juga diambil.
Zafira yang baru sahaja mahu masuk ke bilik sahabatnya itu terus mengundur ke belakang apabila dia bertemu dengan mellisa yang seperti baru sahaja jadi hulk itu.
" mel , are you okay ? sape buat kau ni beb ? " tanya zafira terketar - ketar.
" no , i am not. kau tanya la sahabat sehidup semati kau tu apa yang dia dah buat. esok kau nak ikut dia pergi bercuti kan ? hah pergilah. tak payah balik pun takpe. tak sengsara pun aku ni " kata mellisa dengan wajah yang masih memerah menahan marah. Usai berkata dia pun pergi meninggalkan sahabatnya.
" apa yang kau dah buat ni daneeya ? i have to meet her now " kata zafira sendirian.
Zafira memandu keretanya menuju ke rumah daneeya. Sampai sahaja di depan rumah itu terua dia memarkir keretanya di luar pagar.
" Assalamualaikum !! " jerit zafira memberi salam dari luar rumah.
" waalaikumusalam !! " balas satu suara dari dalam rumah. Pintu rumah dibuka lalu terpancul wajah puan adellia.
" hah kamu rupanya sha , mummy ingatkan sape dah tadi. ha meh masuk.. neeya ada kat ruang tamu tu tengah tengok tv " kata puan adellia kepada anak sahabatnya itu.
" thanks mummy. sha pergu dekat neeya dulu ea " balas zafira mesra. Puan adellia pun mengganggukkan kepalanya.
" kamu nak air ke ? kalau nak pergi kat dapur tu ha. atas meja mummy ada buat air sunquick tadi " kata puan adellia.
" eh takpe mummy , sha datang ni pun sekejap je pastu nak terus balik. takut nanti mama risau pulak " balas zafira.
" kirim salam dekat mama tu , cakap dekat dia nanti ada masa datang la sini ajak bonda tu sekali " kata puan adellia lagi.
" baik mummy , nanti sha bagitahu mama dengan bonda okey " jawab zafira dan terus melangkah ke arah sahabatnya.
" woii !! kau buat apa tu hahh ?! " jerit zafira memenuhi ruang tamu itu. Daneeya yang sedang menonton itu terjerit kecil.
" apa kau ni sha ! terkejut aku , aku tengok tv la takkan tv tengok aku pulak. halah kau ni pun " kata daneeya.
" hah aku datang sini nak tanya kau satu benda ni je sebenarnya. pastu aku nak terus balik " kata zafira berterus terang.
" hah kau nak tanya apa ? pasal esok ke ? nanti lah aku whatsapp kau bagitahu " sampuk daneeya pantas.
" apa kau buat dekat mel hah ? sampai habis satu muka dia merah. pastu habis dia maki hamun semua nurse yang ada kat hospital tadi. risau aku kau tau tak " tanya zafira panjang lebar.
" aku takde buat apa pun , dia tu je ha baru aku cakap sikit dah sentap. period lah kot " balas daneeya bersahaja.
" period acik kau lah. aku bukannya baru kenal korang dua ni semalam. Dah 11 tahun aku kenal korang and aku tahu kalau korang naik angin tu macam mana. macam mel tu , dia jarang au marah orang sampai muka naik merah. kalau jadi macamtu maksudnya ada yang buat dia sakit hati and dia tak boleh nak terima apa yang orang tu buat kat dia. so , sekarang ni aku rasa baik kau pergi minta maaf dengan dia. Aku takut nanti dia buat sesuatu diluar jangkaan aje " teramg zafira kepada sahabatnya.
" semarah - marah dia tu mesti ada hadnya jugak. Sama lah macam kita ni. Itu aje yang aku nak bagitahu kau. Aku nak tahu esok korang dua dah berbaik. Biarlah kalau dia tak nak ikut kita pergi bercuti pun aku tak kisah. Aku pergi dulu " sambung zafira lalu meninggalkan daneeya yang terdiam mendengar ujarannya tadi.
dah baca kan ?
so jangan lupa vote dan komen
support cerita ni banyak - banyak !
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐒𝐒 𝐂𝐀𝐃𝐁𝐔𝐑𝐘 🍫🕊 | 𝐇𝐎𝐋𝐃 𝐎𝐍
RomanceSecond story of fluverrysnysa__ Mellisa Arina nama diberi. Cantik molek seperti orangnya. Seorang gadis yang gemar akan semua jenis coklat dan terpaling favourite ialah coklat cadbury dairy milk. Dia merupakan anak kedua daripada pasangan suami ist...