Hospital Kota Bharu
" bonda , bonda kena banyakkan bersabar tau. kena banyakkan berdoa untuk tokma " kata mellisa sambil menggosok bahu puan shafia.
" yela bonda , insyaAllah tokma takde apa-apa " sambung adiyya kakak mellisa.
" bonda risau la dengan tokma kamu berdua tu , kamu macam tak tahu pulak. tokma kalau dah sakit , susah nak makan ubat tau " balas puan shafia kepada kedua anaknya.
" yee , diyya tau. sebabtu kita kena banyakkan berdoa untuk tokma. semoga diberikan kesembuhan daripada Allah " kata adiyya.
" fia , abang nak balik kejap. tertinggal pulak phone kat atas meja dekat dapur tu " kata encik firas kepada isterinya.
" ye , abang pergi la. lepastu abang datang lagi tak lepasni ? " tanya puan shafia.
" abang datang petang nanti , sebab nak balik rumah ni ada jugak kerja nak kena settlekan. awak duduk dekat sini tunggu mok sedar dengan mel dan diyya ni " jawab encik firas.
" diyya dengan mel ada ni boleh jaga bonda. ayah jangan risau " kata adiyya. mellisa hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
" keluarga puan mariah ? " tanya seorang doktor yang bernama suhana itu.
" saya , saya anak dia. mok saya baik - baik sahaja kan ? " tanya puan shafia.
" ohh , puan mariah mengalami pendarahan dekat bahagian kepala. dan dia kehilangan banyak darah. tapi saya dah masukkan darah dekat dalam badan dia tadi. cuma dia belum sedarkan diri lagi " jelas doktor suhana.
" agak - agak bila eh tokma saya sedar ? " tanya mellisa.
" buat masa ni saya pun tak berapa pasti lagi bila dia akan sedar. tapi daripada jangkaan saya , saya rasa dia akan sedar minggu depan " jawab doktor suhana.
" mel , kenapa doktor ni cakap kl ? dia bukan orang kelantan ke ? " tanya adiyya kepada mellisa sambil berbisik di telinga adiknya.
" mel rasa dia doktor yang baru dipindahkan dekat sini kot. sebab kalau tengok cara penampilan dia ni macam dak - dak kl jugak " balas mellisa.
adiyya hanya menggamgguk. puan shafia meneruskan pertanyaannya kepada doktor itu.
" bonda , diyya dengan mel nak pergi cafe dekat bawah tu. bonda nak apa - apa tak ? " tanya adiyya kepada puan shafia.
" belikan bonda 100 plus satu dengan nasi lemak sebungkus eh " jawab puan shafia.
" okeylah , kami pergi dulu bonda. bonda kalau tokma sedar nanti roger - roger lah eh " kata mellisa.
" ye mel , nanti bonda bagitahu kalau ada apa - apa perkembangan pasal tokma " balas puan shafia.
adiyya dan juga mellisa berjalan pergi meninggalkan bondanya. lalu dia menurun ke tingkat bawah untuk membeli beberapa makanan.
" macam mana dengan mok fia ? " tanya encik firas yang baru sampai itu.
" macam tu lah bang , mok still tak sedarkan diri since kita sampai sini pagi tadi lagi " balas puan shafia lemah.
" awak jangan lah lemah fia , mana isteri abang yang kuat dulu tu ? mana perginya dia ? seorang yang sangat kuat dan tak mudah berputus asa " kata encik firas.
" macam mana saya tak lemah abang , mok saya tengah sakit tu kat dalam. takkan saya nak bergembira pulak " balas puan shafia kepada suaminya.
" abang tak suruh pun awak bergembira. abang cuma nak awak kuat macam dulu. nanti mok sedih la tengok anak perempuan dia lemah macamni " kata encik firas sambil memeluk bahu isterinya.
" kak diyya , mel kena balik kl ni mel rasa. sebab neeya dengan sha cakap ramai sangat patient yang sakit. so mel kena balik sana tolong diorang la " kata mellisa kepada kakaknya.
" kena pergi sekarang ke ? tokma pun tak sedar lagi dik. takkan mel nak balik tinggalkan tokma kat dalam tu ? " tanya adiyya membuatkan mellisa rasa sebersalah.
" haah , ya mel tahu. tapi patient kat sana pun kena ada yang rawat jugak. kalau doktor dah ambil banyak kes , mel memang kena pergi sana. nak ke tak nak itu bukan pilihan " balas mellisa kepada kakaknya.
" takpelah , nanti mel bagitahu lah bonda ye. kak diyya nak rehat kejap " kata adiyya.
" hmm " balas mellisa ringkas.
" bonda , ayah. mel nak kena balik hospital ni. ada ramai patient yang belum dirawat lagi. neeya dengan sha pun dah ambil banyak patient and buat beberapa kes. boleh ke mel nak balik ni ? " kata mellisa kepada kedua ibu bapanya.
" takpelah , kamu pergi lah balik hospital sana. patient dekat sana sedang memerlukan pertolongan kamu. bonda dengan ayah izinkan kamu balik " balas puan shafia kepada anaknya.
" thank you bonda , ayah. nanti tokma sedar , bonda roger mel tau. mel pergi dulu. assalamualaikum " kata mellisa.
" ya , sama - sama. nanti bonda bagitahu kamu. yelah , waalaikumusalam " balas puan shafia.
mellisa berjalan ke arah lift dan turun ke tingkat bawah. dia pergi ke arah grab untuk balik ke hospital.
dah baca kan ?
so jangan lupa vote dan komen
support cerita ni banyak - banyak !
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐒𝐒 𝐂𝐀𝐃𝐁𝐔𝐑𝐘 🍫🕊 | 𝐇𝐎𝐋𝐃 𝐎𝐍
Roman d'amourSecond story of fluverrysnysa__ Mellisa Arina nama diberi. Cantik molek seperti orangnya. Seorang gadis yang gemar akan semua jenis coklat dan terpaling favourite ialah coklat cadbury dairy milk. Dia merupakan anak kedua daripada pasangan suami ist...