ATL | PROLOG

178 4 0
                                    

Sara membuka mata mata perlahan, sakit yang dirasakan pada sekujur tubuh tidak dia hiraukan. Mata tetap melilau mencari di manakah dia berada.

Hospital?

Wayar yang berselirat di pandang kepelikan, bagaimana dia boleh berada di sini? Apa yang berlaku?

Segala tragedi yang berlaku sebelum ini mula hadir memenuhi fikiran. Tangan yang sedari tadi menggengam erat comforter mula berketar mengikut rentak jantungnya yang mula berdegup kencang.

Perasaan takut dan keliru mula menguasai diri. Dia di mana? Dia berada di sinikah?

Perasaan takut dan trauma hadir seiiring apabila otak mula mengimbau kembali susuk si ' dia ' itu. Aku dah tak nak ada dalam hidup dia!!

Sara mula mencabut segala jenis wayar yang berada di tangannya. Perasaan takut dan keliru harus dilawan pada saat ini. Dia harus menjadi wanita yang kuat untuk menempuhi semua ini. Dia takkan tunduk lagi pada si 'dia ' itu lagi.

Sara mula berdiri tegak walaupun kesakitan masih lagi mencucuk badan dengan kerasnya. Tak dihiraukan Sara, dia mula melajukan langkah keluar daripada bilik wad yang menempatkan dirinya. Dia harus lari!

Dia selamat keluar daripada hospital, namun dia masih lagi merasakan tidak selamat. Langkah dilajukan lagi walaupun tidak tahu ke mana hala tujunya.

Sehinggakan..

PINNN!!!

Bunyi hon kuat berbunyi apabila dia melintasi jalan raya, tubuhnya sudah rebah menyembah bumi. Matanya berpinar apabila cahaya lampu kereta memasuki kornea matanya.

Rasa sakit mula mencucuk di bahagian kepala. Sara menyentuh perlahan dahinya yang terasa basah, terbeliak luas matanya apabila melihat darah yang mula mengalir keluar daripada dahinya. Namun dalam masa yang sama dia tersenyum kelat melihatkan nasibnya yang sentiasa begini.

Wajah ibu dan kawan-kawannya mula bermain di fikiran. Sesungguhnya dia sangat rindukan mereka! Aku nak mati di sisi korang.. Qayra.. Adreanna..

" A-Ak-Aku ri-rind..uu k-kor-rang.." Badanku yang terkujur menghadap langit yang hitam pekat yang mula memperlihatkan bayangan wajah kedua-dua sahabat karibku seolah-olah langit yang gelap itu tahu bahawa inilah pengakhiran hidupnya.

Tangan mula ingin menggapai bayangan wajah kedua-dua sahabat ku.

" T-teri-ma.. kasih."

PAPPP!!!

Tangan Sara mula jatuh ke atas jalan raya seiring dengan tertutupnya mata kuyu gadis itu.

POV: AUTHOR 🤞🏻❤️
Jangan risau saya Author yang baik 😏.

A TRUE LOVE  [COMPLETED]Where stories live. Discover now