" Astaghfirullahalazim.. Zayyen Syarfitain Bin Zulkiflee!" Sara yang sedang mencuci pinggan mangkuk itu mencerlung mata ke arah anaknya yang telah memecahkan pasu bunga pemberian nendanya itu.
Zulkiflee yang sedang berbual dengan Nadzreen di ruang tamu tersentak, apa lagi yang berlaku ni?
" Mi Amore, apa yang berlaku pulak tu?" Zulkiflee memberi isyarat kepada Nadzreen untuk menghentikan seketika perbualan mereka. Lalu dia gegaskan diri ke arah dapur.
Dan matanya terhenti melihat anaknya yang sedang menangis di dalam pelukan bibiknya itu. Ah sudah.
" Tengok anak awak tu.." Sara memuncungkan bibirnya ke arah Zayyen yang masih teresak-esak itu.
" Anak kita. Perangai saya. Muka awak." Jelas Zulkiflee.
Dia mengambil Zayyen dari dukungan bibik rumah mereka itu.
Lalu dia usap perlahan bahagian belakang tubuh anaknya itu.
" ASSALAMUALAIKUM ORANG SINGLE DATANG NAK BERAYA NI!!" Terdengar suara orang terpekik di luar yang menyebabkan Sara terkocoh-kocoh berlari ke arah pintu.
" Masuklah orang single, tapi dengan syarat takleh jealous.. tengok orang taken bermanjahh." Sara memeluk kedua sahabatnya itu.
Ketiga-tiga mereka tergelak dengan perangai acuh tak acuh masing-masing..
Namun gelak Qayra terhenti apabila matanya terpaku pada susuk tegap Nadzreen, rindu tapi bukan kepunyaannya. Dia tidak layak.
" Korang dah sampai marilah ambil gambar Ngan video sekali." Zulkiflee datang bersama dengan Zayyen di dalam dukungan.
Masing-masing menganggukkan kepala lalu mereka mengambil tempat duduk masing-masing di atas sofa. Sara, Qayra dan Adreanna duduk bertiga di atas sofa manakala Zulkiflee dan Zayyen duduk di sebelah Sara. Nadzreen pula duduk di sebelah Qayra. Masih ada ruang yang tercipta di antara.
Kamera video disetkan kepada 10 saat.
Tut.
" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA KAMI!!"
Tut.
POV: AUTHOR ✌🏻❤️
Assalamualaikum semua.. Mat Riye au.. daripada Abe Kiplee dan Kak Peahh sekeluarga.. also from me.. rindu boleh kembali jangan haha.. makan-makan banyak-banyak tauu.. biar gemuk.. cam saya..haha..Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin..
YOU ARE READING
A TRUE LOVE [COMPLETED]
Romance"Berkorban apa sahaja demi cinta yang membara." ZULKIFLEE X SARA SOFEA " Jangan hanya awak yang berkorban, ingatlah bukan awak seorang sahaja yang ada dalam hubungan itu." - Sara Sofea " Your love makes me blind Mi Amore.." - Zulkiflee Benarkah ji...