" Mi Amore.. abang dah balik.." Zulkiflee meletakkan kasutnya di atas rak. Sambil matanya tidak lekang mencari kelibat isteri tercinta.
" Abang dah balik?" Sara meluru ke arah Zulkiflee dengan apron masih lagi tersauk elok di badan.
Sara menyalami tangan suaminya sebagai tanda hormat.
" Saya dah masak dinner tu.. nanti awak makan ek? Saya nak mandikan Ameera jap." Sara memberi pesanan ringkas sebelum dia naik ke tingkat atas.
Zulkiflee hanya mengangguk kecil.
Dia menyangkut coat yang tadinya tersarung elok di badannya sebelum dia melangkah perlahan ke arah meja makan.
Matanya menangkap semangkuk kari ayam beserta dengan sepinggan nasi terhidang elok di atas meja. Melihatnya sudah membuatkan perutnya berbunyi minta diisi.
Dia mengambil tempat duduk di atas kerusi. Dia mencedok kari ayam lalu dia curahkan dia atas nasi.
Memandangkan dia malas membasuh tangan dia hanya makan dengan sudu sahaja.
Baru sahaja mulut ingin disuapkan nasi. Telinganya menangkap derapan kaki seseorang.
Adreanna melangkah ke arah dapur dengan Muhammad di dalam dukungannya. Mukanya tidak berperasaan. Masih terkesan dengan budi bicara Qayra sebentar tadi. Entahlah hatinya tidak tahan asyik menggamit kenangan pahit itu. Kenangan pahit yang cukup membuatkan dirinya sesal akan diri sendiri.
Hujung tudungnya dibetulkan dengan menggunakan sebelah tangan yang tidak mendukung anak kecil itu.
Dia memang selalu menjaga Muhammad daripada Ameera kerana Ameera akan selalu merengek jika berada dekat dengannya entahlah anak kandung Sara itu memang sebiji ikut perangai maknya. Wajah Ameera pula lebih bercirikan orang dihadapannya sekarang ini.
" Lepas kau makan aku nak bincangkan sesuatu dengan kau selepas ini. Jangan risau Sara pun ada." Adreanna melangkah ke ruang tamu meninggalkan Zulkiflee yang terkebil-kebil dengan riak bersahajanya.
" Apa yang kau nak bincangkan tu? Adreanna Areesa.." Zulkiflee duduk di atas kerusi sambil
dagunya ditongkatkan pada tangan." Aku nak sambung belajar.. aku nak minta izin dengan kau untuk keluar daripada rumah ni." Adreanna hanya memberikan perjelasan tanpa seukir senyuman di raut wajah.
Sara yang duduk di atas sofa berhadapan dengan Adreanna hanya berdiam diri menunggu jawapan daripada Zulkiflee.
" Kau tak payah minta izin daripada aku pun sebenarnya." Tutur Zulkiflee.
" Aku pun berniat nak hantar kau orang berdua jauh daripada Malaysia." Sambung Zulkiflee.
" Apa yang awak cakap ni?" Sara sungguh tidak menyangka suaminya akan berkata sebegitu. Dia salah dengar ke?
Nak pisahkan mereka bertiga? Tak cukup lagi ke penderitaan yang mereka berdua hadapi sekarang ini? Sekarang ini tak pisahkan mereka pula?
" Ya.. kalau saya tak pisahkan kau orang bertiga.. nyawa Adreanna dan Qayra dalam bahaya. Saya terpaksa hantar dia orang ke luar negara.. supaya DZ tak dapat jejak dia orang." Terang Zulkiflee. Dia bukannya membuatkan keputusan ini ikut suka hatinya sahaja. Dia sudah fikir ke depan.
Sara terkedu. Dia sudah melupakan dirinya yang tadi lantang bersuara. Sekarang ini dia terdiam seribu bahasa.
" Aku setuju. Sara aku minta maaf, izinkan aku untuk cari kebahagiaan aku di luar sana. Aku tak boleh berlama di Malaysia.. aku takut aku akan ingat kenangan lama itu kembali. Aku takut." Kata Adreanna sayup-sayup sahaja.
" Aku akan uruskan pengajian kau, tapi sebelum kau berangkat ke luar negara aku nak kau buat sesuatu untuk kita orang." Zulkiflee sudah fikir masak-masak berkenaan hal ini. Hanya Adreanna sahaja yang boleh melakukan hal ini.
YOU ARE READING
A TRUE LOVE [COMPLETED]
Romance"Berkorban apa sahaja demi cinta yang membara." ZULKIFLEE X SARA SOFEA " Jangan hanya awak yang berkorban, ingatlah bukan awak seorang sahaja yang ada dalam hubungan itu." - Sara Sofea " Your love makes me blind Mi Amore.." - Zulkiflee Benarkah ji...