Tubuh Zaleha mengeras apabila sebaris ayat itu menutur di mulut Zulkiflee. Adakah sudah tiba masanya? Adakah sudah tiba masanya untuk membongkarkan segalanya..
Dia berpaling menghadap Sara yang tengah menekup mulut. Mungkin terkejut atau.. kecewa dengan dia yang merahsiakan identiti sebenarnya.
" Apa yang awak cakap ni? Zaleha ni Lily Violet? Siapa Lily Violet?" Soalan demi soalan diajukan untuk Zulkiflee.
Zulkiflee dan Zaleha berpandangan seketika sebelum masing-masing menghembuskan keluhan. Jadi dari mana mereka harus terangkan?
" Nama Zaleha Nadhirah adalah nama Islam saya, saya mualaf. Dulu saya bekerja sebagai manager akak. Masa tu saya masih belum masuk Islam lagi. Selepas akak amnesia saya pura-pura baru kenal akak. Dan sekarang saya adalah perisik yang menyusup masuk dalam kandang musuh." Riak wajah Zaleha berubah 100% dari tadi.
" Saya tak sepenuhnya berhijab, masa dengan DZ saya hanya pakai hoodie hitam dan mask. Sebab tulah dia tak cam saya." Terang Zaleha lagi. Dia harap wanita dihadapannya ini faham tentang dirinya.
" Dan tolong rahsiakan perkara ini daripada Nazmeen, saya tak nak tengok dia kecewa dengan saya." Membayangkannya saja sudah cukup untuk membuat dirinya rasa hancur. Dia sayangkan lelaki itu.. lebih daripada seorang kawan..
Sara menarik tubuh Zaleha masuk ke dalam pelukannya. Dia faham apa yang Zaleha rasa. Berjuang dalam diam, gembira dalam duka dan menipu orang yang tersayang.
" Nanti semua ni selesai, bolehlah Leha buat majlis kahwin ek? Calonnya mesti dah ada kan?" Sakat Sara. Dia tersengih kera. Siapa je tak tahu Zaleha ni suka kat budak bertuah seorang tu. Ketara sangat sukanya.
Zulkiflee sudah tarik senyum dalam diam. Aishh ada-ada jelah isteri dia ni..
Wajah Zaleha sudah merona merah. Haihh menyesal dia cakap gitu.. kan dah memakan diri.
" Mana adalah kak.." Zaleha meleraikan pelukan lalu dia berpaling ke belakang ingin keluar daripada bilik yang sudah menggamit banyak usikan nakal itu.
" Tak sabar sangat ke nak jumpa bakal suami tu?" Sara mulakan usikan lagi. Semakin lama semakin galak dia mengusik anak buahnya itu.
" Heshh akak ni.." Zaleha terus terkocoh-kocoh keluar daripada bilik itu.. eeeiii malunya!!
Sara ketawa mengekek melihat tingkah laku kelakar Zaleha. Dia berguling-guling di atas katil empuk itu.
Pelik kan dia.. tadi sedih, marah dan sekarang dia tengah ketawa. Mood dia tak menentu hari ni. Mungkin selagi dia boleh bahagia selagi itulah dia cuba untuk bahagia bersama keluarganya.
Sebelum segala-galanya berakhir.. sebelum mimpi yang indah ini sampai ke penghujungnya. Sebelum senyuman menjadi tangisan. Sebelum hatinya dipenuhi luka.
Zulkiflee yang melihat Sara yang tadi tengah berguling-guling di atas katil itu merembeskan air mata terus duduk di birai katil bersebelahan dengan Sara.
Baru saja dia ingin memujuk isterinya itu.
" Woiii dah lah tu berasmara dananya.. mehh tolong aku masak kat dapur ni." Suara Adreanna dari arah bawah mula didengari.
Sara bingkas bangun dari baringannya. Dia mengesat air mata yang tersisa.
" Dah tepi!!" Sara menolak tubuh Zulkiflee lembut supaya memberi ruang kepada dia untuk bangun berdiri.
Langkahnya terhenti apabila tangan Zulkiflee memegang tangannya lembut.
" Tak nak ajak abang sekali ke?" Zulkiflee sudah tersenyum nakal.
" Eeuuuu.. takyah nak berabang-abang sangat ek.. tampar karang.." Sara merentap kasar tangannya daripada pegangan Zulkiflee.
Sara mengatur langkah meninggalkan Zulkiflee yang sudah terkebil-kebil dengan tingkah isterinya. Padan muka.
Inilah yang dikata.. kecapilah bahagia yang ada sebelum datangnya duka.
POV: AUTHOR ✌🏻❤️
Bak kata Sara.. Bahagialah sebelum duka melanda.. Bahagialah dulu ya.. reader reader sekalian.. sebelum ehem ehem melanda..Sejujurnya saya ni Author anti sweet.. saya ni Author yang baik, yang selalu memberikan scene sweet sampai melelehkan air mata..
So.. next bab bila? Lamberttt lagi.. minggu depan hari jumaat atau Sabtu lah pulak yer..
Sekian daripada Author yang hambar..😌..
YOU ARE READING
A TRUE LOVE [COMPLETED]
Romance"Berkorban apa sahaja demi cinta yang membara." ZULKIFLEE X SARA SOFEA " Jangan hanya awak yang berkorban, ingatlah bukan awak seorang sahaja yang ada dalam hubungan itu." - Sara Sofea " Your love makes me blind Mi Amore.." - Zulkiflee Benarkah ji...