Sara merenung ke arah luar tingkap kafe, langit yang membiru beserta dengan pokok yang kehijauan yang bergerak akibat ditolak angin memenuhi kornea mata.
Dia mengakui keindahan Florence, Italy sangatlah cantik. Pemandangan yang tenang dan damai yang dirasakannya setiap hari apabila dia menetap di sini. Sesungguhnya Allah menciptakan sebaik-baiknya alam fana buat manusia.
Keindahan dunia pun sudah cukup untuk mengaburi mata manusia apatah lagi keindahan syurgawi.
Sara menyisip secawan kopi yang sedari tadi berada di sebelah tabletnya. Kopi yang masih hangat itu menjadi sangat menggiurkan apabila masuk ke dalam mulut. Dia mengelap sisa air kopi yang berada di tepi bibir menggunakan sehelai tisu.
" Akak Sara, ada orang nak jumpa." Sara berpaling badan ke arah punca suara itu.
Zaleha nampak termengah-mengah menarik nafas. Baru lepas lari 200 meter ke?
" Siapa? " Sara mula bangun dari duduk meninggalkan kopi panas di atas meja. Sempat juga dia melilau ke arah luar kafe mencari siapakah susuk gerangan yang dimaksudkan Zaleha.
" Ermmm.... Bos syarikat yang kita tangguhkan tempahan katering dulu." Zaleha sudah mula menggaru leher yang tidak gatal.
Tudung bawal yang di pakainya dilibas perlahan. Cuaca panas terik memang membuatkan dia kepanasan. Tambahan pula dengan penat bekerja seharian.
" Do you mean.. Syarikat S&Z Entertainment?" Sara mula melangkah ke depan sedikit.
Zaleha hanya mengangguk.
" Dia kat mana? " Sara mula berasa tidak sedap hati apabila mengenangkan hal ini. Tapi mengapa?
" Dekat depan kaunter. " Wajah Zaleha mula mengerut, jawapannya entah betul entah tidak.
Sara mula melangkah laju meninggalkan Zaleha yang terkebil-kebil melihat bosnya.
Kaunter ditujunya. Langkahnya diberhentikan secara mengejut apabila seseorang lalu secara tiba-tiba di hadapannya.
PAPPP!!!
Aduhh... terlajak lah pulak.
Sara menjauhkan diri apabila badannya berada terlalu dekat dengan seorang jejaka yang hampir dia langgar sebentar tadi.
" Are you Sara Sofea? " Aku angkat mukaku yang sejak tadi memandang lantai.
Aku tergamam apabila melihat wajah lelaki yang berada di hadapanku.
POV: AUTHOR 🤞🏻❤️
Lama tak update kan? Untuk pengetahuan semua, MM dan Stalker akan slow update. Saya ada cakap hari tu yang saya akan unpublish salah satu cerita.. so saya tak nak unpublish tapi saya nak slow update Jerr.. kalau rajin saya update 🤞🏻😌.Btw jangan terlalu berharap dengan citer ni..
YOU ARE READING
A TRUE LOVE [COMPLETED]
Romance"Berkorban apa sahaja demi cinta yang membara." ZULKIFLEE X SARA SOFEA " Jangan hanya awak yang berkorban, ingatlah bukan awak seorang sahaja yang ada dalam hubungan itu." - Sara Sofea " Your love makes me blind Mi Amore.." - Zulkiflee Benarkah ji...