Sara mula melangkah keluar daripada biliknya dengan baju kardigan labuh dan berseluar tracksuit. Rambutnya pula diikat pony.
Walaupun rumah Zulkiflee ini mempunyai banyak pembantu rumah tetapi untuk tingkat 3 yang menempatkan dia dan Zulkiflee tiada seorang pun pembantu lelaki yang dibenarkan naik ke tingkat ini apatah lagi bekerja.
Menurut Zulkiflee pembantu lelaki hanya dibenarkan bekerja di tingkat satu sahaja. Manakala di tingkat 2-10 hanya dibenarkan pekerja perempuan sahaja yang bekerja.
Matanya menangkap wajah pembantu yang paling ramah dengannya. Bukannya yang lain tidak ramah tapi dengan Kak Jah dia lebih rapat.
" Kak Jah buat apa tu?" Sara mula mendekati Kak Jah yang tampak sibuk mengemas dapur.
" Eh puan.. saya baru lepas habis buat sarapan dekat Tuan ni.. ingat nak pergi hantar dekat bilik dia." Kak Jah mula mengelap tangannya yang basah pada kain.
" Owhh.. biar saja jelah yang pergi hantar.." Sara memandang makanan yang baru siap disediakan oleh pembantu rumah yang dipanggil Kak Jah..
" Saya pergi hantar dulu ya Kak Jah." Dia mula mengangkat dulang yang mempunyai makanan di atasnya dengan perlahan-lahan.
Kak Jah hanya mengangguk sambil tersenyum.
Sara berjalan perlahan menuju ke bilik Zulkiflee. Setelah beberapa minggu tinggal di rumah ini dia sudah hafal sedikit sebanyak laluan rumah ini.
Beberapa minit berjalan dia sampai ke bilik Zulkiflee yang berada di hujung ruang. Kata Zulkiflee dia tidak suka orang menganggu masa rehatnya.
" Boleh saya masuk?" Dia hanya mampu bertanya dari luar pintu. Nak diketuk pintunya tangannya sedang memegang dulang.
Bila tiada yang menyahut dari dalam Sara mengambil keputusan untuk menerjah masuk sahaja. Lagipun ini bilik suaminya kan? Ikut suka hati dialah nak masuk bila-bila masa pun.
Pintu bilik Zulkiflee dibuka menggunakan sikunya.
Baru sahaja dia ingin melangkah masuk apabila pintu sudah terbuka luas tapi langkahnya terhenti di depan pintu.
Sara terkedu. Sama juga macam Zulkiflee.
Cepat-cepat Sara pusingkan badan apabila melihat Zulkiflee tidak memakai baju di hadapannya.
" Apa yang awak buat ni?" Tanya Sara. Mukanya sudah merah padam.
" Saya rasa saya yang patut tanya awak, awak buat apa dekat sini?" Zulkiflee mengukir senyuman nakal. Dia mula mendekati Sara yang sudah keras kejung di hadapan pintu biliknya.
" S-s-saya n-nak hantar makanan ni je!" Mahu sahaja Sara menyumpah seranah dirinya sendiri. Apasal pulak dia ada penyakit gagap ni?
Cepat-cepat dia meletakkan dulang itu di atas ruang kosong di atas meja yang terletak di sebelah katil Zulkiflee.
Yang penting dia mahu cepat berambus dari tempat ini. Walaupun bilik ini luas, seluas rumah banglonya tapi terasa oksigen yang dihirupnya tidak cukup untuk bernafas.
Baru sahaja dia ingin melangkah keluar lengannya dipegang oleh seseorang. Dan tidak payah susah payah nak meneka dia sudah tahu siapa gerangannya.
" Nak pergi mana?" Tanya Zulkiflee dengan senyuman nakal masih terukir elok di bibirnya.
" Nak pergi kejutkan Adreanna dan Qayra." Alasan! Itu hanyalah alasan semata-mata. Alasan untuk dia melarikan diri dari lelaki di hadapannya ini.
" Diaorang dah keluar." Zulkiflee menuturkan itu dengan nada yang perlahan.
" Hah? Dia orang pergi mana?" Tanya Sara. Terkejut juga dia tadi apabila Zulkiflee berkata begitu. Seingatnya Adreanna dan Qayra akan memberitahunya apabila ingin keluar.
YOU ARE READING
A TRUE LOVE [COMPLETED]
Romance"Berkorban apa sahaja demi cinta yang membara." ZULKIFLEE X SARA SOFEA " Jangan hanya awak yang berkorban, ingatlah bukan awak seorang sahaja yang ada dalam hubungan itu." - Sara Sofea " Your love makes me blind Mi Amore.." - Zulkiflee Benarkah ji...